Lepas balik dari site visit hari terakhir kursus (khamis) tuh, den dan bapak Indonesia berazam nak cari jugak souvenirs tuh walopun tatau ke mana arah tuju. So kitaorang tanya orang hotel dan orang Thailand yang sama kursus dengan kitaorang, ada la beberapa tempat yang depa suggested kan tapi disebabkan masa sangat terhad, kitaorang gamble la nak pegi dua tempat.

Kali nih kami pi berdua je, redah sendiri tengok map kecik yang pihak hotel bagi. Mula-mula kitaorang naik MRT ke stesen Rama 9. Tengok-tengok kat situ shopping complex jugak. Kitaorang berbuka posa kat situ dengan sangat bertawakkal sebab area nih tak banyak halal stalls. So end up makan kat KFC lepas tanya 4 orang pekerja kat situ dan depa kata KFC tuh halal. Disebabkan dah penat berjalan sakan masa site visit ke hulu ke hilir, dengan hujannya masa kami sampai kat stesen Rama 9 tuh, kitaorang tawakal je la makan huhuhuhuhu.

Lepas perut dah kenyang, dah ada tenaga, kitaorang amik MRT ke stesen Lad Pharao plak. 5 stesen dari stesen Rama 9 tuh. Memang gamble je k. Den cakap dengan pak Indonesia tuh kalo tak jumpa jugak mana-mana kedai yang jual souvenirs yang macam kitaorang nak tuh, kiranya pengalamannya adalah naik turun MRT dan bercanda di dalam hujan camtuh la. So terpaksa la beli souvenirs kat airport walopun harganya mahal. Serious tragis masa tuh k.

Sampai kat stesen Lad Pharao tuh hujan agak lebat. Tanya makcik cleaner tau tak kat mana Salam Night Bazar dah masuk dalam bangunan tuh baru la den tau namanya Suan Lum Night Bazaar. Nasib baik makcik tuh paham kitaorang cakap apa dan tau kat mana tempat tuh. So dia tunjuk arah kat kami. Dalam 5 minit kitaorang meredah hujan jumpa la dengan bazar tuh. By the time sampai kat bangunan tuh, memang dah basah agak kuyup huhuhuhu.
Gambaq-gambaq dalam bangunan yang sempat diamik

Disebabkan hujan agak lebat, stalls kat luar bangunan memang ¾ tutup. Kalo tak area nih macam fun fair ada mainan, jualan makanan, souvenirs, etc. Kalo tengok kat internet, tempat nih happening sebenaqnya. Takde rejki kami nak tengok kemeriahan tempat nih masa kami mai nih. Gambo pun tak sempat nak amik.

Disebabkan hujan tuh, kitaorang jalan-jalan kat dalam bangunan dulu. Hati kami adalah sangat gumbira sebab jumpa juga sekupang dua stalls yang jual tshirts bertemakan gajah walopun takde seko tshirt pun yang tulis Bangkok. Den dok berangan nak cari tshirt Bangkok yang murah-murah nak buat basahan tapi memang la nan hado k.

So dapat la beli tshirts untuk den, buong dan F. Untuk A takde size kecik. Kesian budak-budak tuh. Den layan sekali pak Indonesia beli baju untuk anak lelaki dan wife dia.

Terjumpa orang jual baju dinosaurs. Den pun beli untuk F dan A walopun takde kaitan dengan tema Bangkok.

Dalam bangunan nih, ada banyak sangat stalls kecik-kecik yang jual macam-macam. Mainan, baju lelaki, pompuan, kids yang moden, baju tido, barangan antic, handphones, etc. Tapi disebabkan kepala dah lalok sebab kena hujan dan kalut dok cari souvenirs takut tertinggai train terakhir coz tak ingat nak tanya last train kul bape, memang la tak beberapa nak sempat amik gambar.

Ada 2 tingkat bangunan nih. Tingkat bawah ¾ kedai bukak. Tingkat atas ¼ kedai je buka. Tatau la sebab hujan ke sebab weekdays ke ape. Tapi still kami ronda-ronda 2 kali dekat semua kedai kot-kot terjumpa keychains dan fridge magnets.

Dah penat jalan kitaorang pun nak balik sebab dah tak jumpa kedai jual keychains dan fridge magnets. Kalo dah namanya memang rejeki memang tak ke mana camtuh. Ada 2 kedai souvenirs yang jual keychains dan fridge magnets yang buka. The only 2 kedai yang buka dalam semua-semua kedai yang dok ada k.

So dengan hati gumbira kitaorang pun pilih la souvenirs yang berkenan di hati.
Fridge magnets
Coins purse
Fridge magnets
Lepas puas hati dapat beli keychains dan fridge magnets fridge magnets tuh, kitaorang baru terasa dahaga. Tapi disebabkan otak dah ting tong kena hujan, kitaorang pi beli ice blended tembikai kat gerai berdepan kedai souvenirs. Dah la ujan kan, pi minum ayaq sejuk. Baguih sungguh.
Sejuk-sejuk minum ayaq ais camnih
Sampai je dekat stesen Huay Kwang, hujan adalah sangat lebat. Berdiri la kejap kitaorang melepak kat stesen tuh dalam 15 minit. Dah seriyat skit kitaorang pun balik ke hotel dengan hasil tangkapan yang memberangsangkan.
Hasil tangkapan

Pemandangan di kala menunggu hujan seriyat

0 Comments