Alhamdulillah kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut bulan Ramadhan pada tahun nih.

Dah umoq-umoq camnih apa yang diharapkan adalah dapat beribadah dengan lebih baik di bulan mulia nih di samping semoga terjaga untuk bangun sahur coz perut la nih tak sama masa perut umoq awal 30an yang masih boleh bertahan walopun tak bersahur. Sekarang ni kalo tak bersahur memang la terklepet macam kain buruk dan perut rasa pedih sangat almost the whole day.

In sya Allah untuk bebuka posa tuh takdak apa yang dirisaukan sangat coz kalo rasa termalas or terpenat nak masak boleh je la pegi tapau kat mana-mana. Kat Shah Alam nih memang toksah dok risau la takde pilihan makanan. Yang selalu dok penin adalah tatau nak pilih nak makan apa coz banyak sangat pilihan.

Rasanye setakat nih memang la perancangannya tuh nak masak je kat umah coz malas nak bersesak-sesak di bazaar Ramadhan. Masak teloq goreng pun dah okay dah asalkan ada lauk. Yang terpenting adalah ayaq tuh. Biasanya memang la akan minum bergelen-gelen sampai segah perut.

Memang akan jarang berbuka posa kat luaq coz tak larat nak kalut dengan budak-budak. Kalo kita pun terkaget-kaget dengan perangai depa, orang lain apatah lagi kan. So sebelum ada sapa-sapa tercekik kurma coz terkujat dengan perangai berhemah anak-anak den tuh, elok la kalo den lepak kat umah je untuk kesejahteraan ummah sejagat gittew.

Dari umah den nih ha, memang kalo hari-hari biasa pun akan dengaq jelas orang azan. So in sya Allah tahun nih walopun memang la den tak pergi solat Terawih kat surau, den akan dapat dengaq bacaan imam di kala solat Terawih tuh. So kita coba la no amik skit aura solat Terawih tuh walopun kita tak pi sana.

Memo untuk kumpulan tadarus opis pun dah dapat dah jumaat lepas. Kali nih depa ubah skit cara pembahagian kumpulan. Depa ikut unit kita bertugas plak. Den okay je cuma segan la skit kena bertadarus dengan boss hehehhehee. Den suka tadarus nih coz nak tak nak hang memang kena baca kan so at least in sya Allah hang akan ada la effort untuk baca Al-Quran tuh coz kalo nak mengharapkan baca sendiri tuh macam lemau skit (nih den la).

Tahun nih gak merupakan the first Ramadhan berposa tanpa Allahyarham Atok. Walopun selama nih memang tak berkesempatan pun bebuka posa setiap weekend masa Allahyarham masih hidup tapi den always knew in my heart that she is there kat kampong. So memang terasa lain la jugaknya. Even until now kadang-kadang den macam terlupa Allahyarham dah takde. Kadang-kadang terdetik kat hati ‘eh dah lama plak rasa tak tepon atok. Nanti lepas mesyuarat nak tepon la.’ Lepas tuh tersedaq yang Allahyarham dah takde. A few days back pun buong tiba-tiba cakap ‘Rasa macam atok tuh ada lagi je kadang-kadang’. Nak raya nanti sure lagi terasa extra syahdu kot.

Sepanjang Ramadhan macam sebelum-sebelum nih pun semua reja kat opis berjalan macam biasa cumanya kita memang akan stop dulu lawatan tapak kecuali lawatan tapak yang memang tak dapat dielakkan macam siasatan pencemaran sumber air, operasi pembenihan awan, operasi pam air dari kolam ke sungai, etc. Mesyuarat memang akan ada walopun biasanya yang bersemangat tuh Pengerusi je hehehehehe.

Cumanya minggu terakhir Ramadhan tuh memang akan terbusy skit dengan aktiviti lagho macam mendengaq lagu raya dengan sakannya sambil buat reja, sakan dok pungut kuih-kuih raya yang dah ditempah, kalut coz tertukaq duit raya tak cukup, etc.

Kepada semua yang terbaca blog den nih, den ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan semoga kita sama-sama dapat berusaha untuk beribadah dengan lebih baik pada bulan posa kali nih coz kita pun tak sure kita sempat tak mengabiskan Ramadhan tahun nih atau Ramadhan tahun nih merupakan Ramadhan terakhir kita. Sayu plak yek bila cakap camnih tapi tuh la kan hakikat kehidupan di mana kita semua adalah bakal mayat bak kata Hamka penulis blog Kereta Mayat.

Kalo ada salah silap sepanjang den tulih blog nih, mohon dimaafkan yek.

p/s tiba-tiba macam rindu plak kat Surah Al Mulk oleh Rasyid Misyari. Dah lama gila la rupanye den tak dengaq bacaan Quran rupanya. Haish.

0 Comments