Dalam 3 minggu lepas masa dapat tau den akan pergi kursus 14-16 Jun 2016 dengan x-boss yang dah balik ke opis lama lepas abis tempoh peminjaman ke opis den. Den happy la sebab dapat pi dengan x-boss nih coz dia sure akan siasat dan kumpul semua maklumat yang penting.

So bila x-boss cakap ‘nanti kita jumpa kat airport pukoi 1 pm k’, den memang la kan tak amik pot pun apa-apa info yang penting macam nak naik apa dari airport ke hotel, waktu solat, adaptor, etc coz dok ada rasa macam ‘takpe la nanti sure boss dah check semua info tuh. Nanti pinjam la adaptor boss kalo perlu guna’. Camtuh la den punya maleh baloq dan amik kesempatan dengan bersungguh-sungguh sebab nak pi kursus dengan x-boss.

Bila x-boss koba dia nak bawak periuk, den lagi la buat tak reti nak tapau food apa sebab dah tau dia sure akan masak-masak dan den akan dengan muka tak malunya tumpang makan nanti hhehehehehee.

Even homework yang dipesan suruh buat oleh organizer pun den buat dek je. Den cakap dengan x-boss ‘nanti saya tengok yek boss buat camne, pastuh saya tiru apa yang patut’, cemerlang sangat perangai kan.

So disebabkan x-boss dah menguruskan hal-hal yang serius macam airport transfer, homework, waktu solat, makan, etc, den kena la tolong boss sediakan info berkaitan perkara-perkara lagho camtuh kan. Katanya kena bekerjasama gittew.

So den dengan bersungguh-sungguhnya membuat tugasan nih. Den coba cari tempat shopping yang menarik dekat-dekat dengan hotel yang kitaorang akan duduk nanti. Tugasan berat tuh kot coz banyak sangat tempat menarik. So nak kena pilih tempat yang paling dekat dengan hotel dan okay sebab jadual kursus yang sangat pack tuh. Daripada beberapa tempat menarik yang den coba cari, memang dalam 1 tempat je la yang den jumpa dekat dengan hotel, boleh pergi berjalan kaki dan masih bukak lepas kami abis kursus setiap hari.

Flight kitaorang hari Isnin (13 Jun 2016) at 3 pm. Ahad (12 Jun) at 330 pm, x-boss wasap kata dia tak boleh pergi di atas sebab kecemasan yang tak dapat dielakkan.

Memang la kan den sangat gelabah coz tak study apa pun pasai tempat kursus tuh huhuhuhu. So lepas bukak posa hari ahad tuh, baru la tergedik-gedik cari info camne nak pegi kat hotel dari airport. Nasib baik simpan info waktu solat yang x-boss wasap. Contacted my mentor mintak pinjam adaptor dan info untuk buat homework yang terpaksa dibuat masa dah sampai kat hotel nanti.

Lepas dapat tau x-boss tak dapat pegi tuh la baru terkalut nak bawak food apa coz dah takde orang nak menumpang kasih untuk makan sahur dan berbuka nanti. Nasib baik la buong tuh nak melayan den kan. Pegi la tesco beli barang yang rasa tak cukup.

Memang semuanya last minute preparation nya. Bertuah sungguh perangai nih.

So kesimpulannya sekiranya ada rejki nak pergi kursus lagi di masa hadapan, walopun dapat pergi dengan orang yang dikenali, kena la jugak buat preparation sendiri supaya kalo tiba-tiba terkena pergi sendiri tak la gelabah dan kalut macam den huhuhuhuu.

p/s semua entries berjalan-jalan di Ipoh tuh semuanya dibuat masa den ada kat tempat kursus.

0 Comments