Ceite basi dah nih tapi nak jugak ceite. Almost a month ago den ada kesempatan berjimbaan ke Ipoh. Konon-konon nak jumpa kawan lama. Sekali tuh kawan lama ada kecederaan mata plak. So end up berjalan-jalan tanpa arah tujuan di Ipoh selama 3 hari 2 malam.

Hotel nih konsepnya macam hotel yang banyak dibangunkan akhir-akhir nih (eh ke dah lama ada tapi den yang tatau) iaitu hotel bersama apartment yang kita boleh beli camtuh la.
RM 180/malam untuk bilik Superior rate gomen bagi bilik yang menghadap bangunan. Top up lagi RM 40 untuk dapatkan bilik yang mengadap Kinta Riverfront. Biliknya nice dan simple sangat-sangat tapi saiznye macam comei sangat plak rasanye. Bilik air simple with modern design. Takde bath tub. Takde sofa dan coffee table. Kalo bawak kiddos memang la depa tak cukup ruang nak berlari.
simple sungguh bilik dia kan
Dengan rege tuh dapat breakfast for two. Setakat 2 kali breakfast, 90% makanannya adalah sama. Breakfast spread yang sederhana. Bilik breakfast dia nih ada tempat-tempat duduknya yang menghadap Kinta Riverfront. So boleh nampak Sungai Kinta di siang hari. Tapi seperti biasa la kan den nih malaih baloq amik gambo. So takde la gambo-gambo dining area dia yang spacious dan menarik nih.

Masa den dok breakfast tuh ternampak ada sorang mamat nih duduk kat tepi Sungai Kinta tuh dok memancing. Dapat jugak dia seko ikan sepanjang 30 minit dek dok breakfast tuh.

Dua-dua hari den breakfast den sakan la dok makan moi (bubur nasi) yang ada dua jenis (satu plain porridge, satu bubur nasi ayam). Banyak je kot food lain tapi tatau kenapa moi nih yang berkenan di hati. Maybe sebab dah lama sangat kot tak makan moi nih.

Lepas dah makan heavy breakfast. Melepak plak kat dining room tuh another half an hour dok mengkudap kuaci dan pumpkin seeds. Sedap jugak rupanya kudap-kudap depa dua tuh sambil melagho membuang masa heheehehehe.

#Teringat plak masa kecik-kecik dulu masa tengok movies kat panggung Rex atau Cathay dengan Allahyarham mak dan abah, mesti akan beli kuaci yang belang-belang tuh dan kuaci putih (eh ke tuh pumpkin seed). Masa tuh kebanyakan orang yang tengok movie tuh macam okay je dengaq bunyi orang dok kopek kulit kuaci tuh. Lepas semua orang keluaq dari panggung tuh, memang jenuh la kan orang yang kemas tuh kena menyapu semua kulit-kulit kuaci tuh. Tapi yalar kan. Panggung Rex dan Cathay dulu-dulu kerusi keras dan lantai simen render je. So senang la kan nak menyapu kulit koci semua tuh. La nih semua panggung dah canggih, dengan kerusi kusyen sedap & lantai bercarpet bagai. Memang la dapat nak tolong kalo kulit koci bertaburan. Sometimes u do miss the good old days.

Eh nak ceite pasal hotel sebenaqnye. Dah termelalut ceite pasal tengok wayang sambil makan koci hehehhehe.

Pool nye sempoi je. Ada 1 infinity pool untuk orang dewasa. Ada 1 pool untuk kanak-kanak. Disebabkan den mai tengah-tengah bulan di kala hari bekerja, maka memangnya sangat heaven den dapat berenang or lebih pada berendam sebenaqnya sorang-sorang. Seronok sungguh k acah-acah pandai berenang ke hulu ke hilir. Agak-agak penat duduk sekejap dekat kerusi yang ada. Lepas tuh sambung balik berenang. Memang best la.
Comei je pool nye tapi still best mandi bila takde orang hehehehehhe
Disebabkan hotel nih ada apartment sekali, ada la convenience store, basikal untuk disewa, etc.
Depa ada sediakan free paper setiap hari tapi disebabkan den lupa nak informed depa den nak paper Star, dua-dua hari tuh depa bagi den paper Nanyang Siang Pau hehehehee.

Lobi dia serious sangat spacious dan articulate. Den sempat la melepak membaca paper kat situ lepas check out coz sofanya sangat la selesa. Rasa macam nak baring je.
Ada piano kat lobby tuh tapi takde sape main masa den stay kat sini
Parking RM2 sepanjang kita stay kat hotel tuh dan ianya boleh diclaim bila kita check out nanti.
Kesimpulannya boleh je la kalo nak lepak kat hotel nih kalo datang ke Ipoh lagi-lagi kalo ada intention nak berjalan-jalan atau berbasikal di Kinta Riverfront di waktu malam. Cumanya kawasan kat sini macam kurang happening sebab takde shopping complex besar yang terdekat atau mana-mana university or college.

But it was still a great stay for me.

2 Comments

  1. Info menarik ni.. penceritaan ttg hotel ni pon menarik gak..kipidap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq haizan. Dok tunggu bila haizan nak buat blog plak nih:)

      Delete