Hari ketiga dan terakhir kursus (16 Jun 2016) dipenuhi dengan lawatan tapak ke tiga tempat. Lawatan tapak yang pertama adalah ke Empangan Khun Dan Prakan Chon. Selepas 2 jam perjalanan dari Hotel Emerald, lepas 3 kali tertidoq, terjaga baru la sampai ke tempat nih. Kematu bontot duduk dalam bas lama gila.
Kawasan luar empangan
Selamat datang ke Empangan Khun Dan Prakan Chon
Takungan empangan masa kitaorang melawat nih 23% penuh

Mula-mula sampai kat empangan, terus naik tram macam yang ada kat zoo tuh melawat empangan. Den mula-mula macam terkujat sebab pelik nampak ada orang awam duduk berjalan-jalan kat kawasan empangan tuh. Siap ada kiosk jual makanan dan minuman lagi kat situ. 
Tram yang ceria
Peserta seminar berbondong-bondong naik tram
Kiosks makanan, minuman dan cenderahati yang ada di dalam kawasan empangan. Tak sempat nak jengah pun sebab masa tak mengijinkan isk isk isk

Terkujat sebab dekat Selangor nih, 7 empangan yang dok ada nih memang kawasan larangan. Nak masuk kawasan empangan nih kena dapatkan kelulusan daripada Jabatan Keselamatan Negeri Selangor dan opis den.

So memang la pelik tengok orang awam dok berjalan-jalan mengambil angin termasuklah ada family yang bawa anak baru nak bertatih berjalan kat situ.

So kitaorang dalam 50 orang nih naik 2 trams dan melawat empangan. Mujoq la kan naik tram coz serious panjang dam dia nih. Kalo menapak memang bermandi peluh la. Tapi disebabkan takde sapa-sapa pun bagi penerangan pasal dam tuh, tak la den tau berapa panjang dan lebar dam tuh tapi memang jauh la.
Kawasan empangan yang dilawati
Diabadikan tempat Raja duduk semasa datang melawat empangan nih pada satu ketika dulu

Air dari empangan dilepaskan untuk kegunaan rakyat. Nampak tak saluran air tuh adalah semulajadi, bukannya konkrit, etc. So memang chantek k pemandangannya di mana air dialirkan melalui saluran semulajadi (rumput, etc)
Lepas kitaorang melawat dam, kitaorang dibawa ke dewan untuk taklimat. Biasanya taklimat dulu, baru site visit tapi kat sini site visit dulu, baru la taklimat. 

Taklimat dimulakan dengan tayangan video pembinaan empangan nih. Daripada video tuh, dimaklumkan bahawa Raja yang mencadangkan supaya empangan ini dibina bagi mengatasi masalah kekurangan air semasa musim kering bagi tujuan pengairan bagi tujuan pertanian. Masa pelan pembinaan empangan disiapkan pun, Raja ambil peduli dan tengok sekali pelan tuh.
No wonder la kan rakyat Thailand sayang dan sanjung sungguh raja depa coz beliau sangat prihatin terhadap keadaan rakyat.
Taklimat oleh Royal Irrigation Drainage dan Water User Group

Lepas abis tayangan video tuh, jurutera dia yang comei lote tuh bagi pembentangan pasal empangan tuh. Disebabkan pembentangan dalam bahasa Thailand, walopun ada penterjemahan ke Bahasa Inggeris, ada la jugak info yang den tak beberapa nak tangkap sebab den memang camtuh kan. 

Tinggi empangan adalah 219 m dan ia boleh menakung air sebanyak 224,000 m3. Empangan nih terletak dalam Taman Negara.

Tujuan empangan nih dibuat adalah bagi menyalurkan air ke kawasan pertanian semasa musim kering dan kemarau.

Landscaping yang chantek kat empangan nih dibuat untuk tujuan pelancongan. Ada mini museum. Ada beberapa aktiviti rekreasi yang boleh dibuat seperti rafting di sini.

Ada juga dusun buah-buahan di empangan ini. Ada macam-macam jenis buah macam durian, rambutan, manga, duku, manggis, etc.

Air sungai Nakhon Nayok masuk ke empangan tapi lembangan sungainya adalah Bangbakung (kalo tak silap den la kan coz telinga den nih kadang-kadang ngoi skit).

Air dari empangan ini dialirkan ke irrigation canal kawasan pertanian yang merangkumi 185,000 ekar. Ada 2 Water Management Plan iaitu masa musim kering (Mei - Oktober) dan musim basah (Nov - April). 

Empangan nih ada banyak manfaat selain daripada fungsi utamanya sebagai pengairan untuk kawasan pertanian. Antaranya adalah untuk bekalan air, penjanaan 10 mw elektrik (pada masa-masa tertentu), mengurangkan keasidan tanah, penternakan ikan, pengurangan impak akibat kemarau dan banjir, mengurangkan kemasukan air masin, pelancongan dan lain-lain (ilmiah sangat info nih hahahahahaha).

Pembentangan kedua oleh wakil Water User Group (WUG). Beliau maklumkan selepas empangan dibina ada masalah perbalahan di antara petani tentang siapa yang patut dapat air dulu dan banyak mana. 

So WUG ditubuhkan di mana setiap kampong/kawasan pertanian diwakili oleh sorang wakil untuk berbincang dengan Royal Irrigation Department (RID) (ala-ala Jabatan Pengairan Saliran Malaysia). Ada 5 kumpulan utama menaungi 59 kumpulan WUG kecil yang lain.

Sebelum air dialirkan masa musim kemarau, WUG akan discuss dengan RID tentang kaedah pengagihan air termasuk jadual penerimaan air oleh setiap kawasan. Sebelum tarikh penyaluran air, semua WUG perlu membersihkan dan mengorek terusan tuh sendiri.

Aktiviti pembersihan dan pengorekan terusan oleh penduduk kampong juga dibuat pada hari jadi Raja dan Permaisuri sebagai tanda terima kasih kepada Raja sebab initiated pembinaan empangan nih. Depa buat sendiri k. Takde diarahkan oleh sapa-sapa pun. 

Semasa aktiviti penyaluran air dilaksanakan, semua petani bekerjasama dengan RID. Semua petani ada jadual masing-masing untuk menutup dan membuka pintu air bagi sesuatu kawasan.

Moral of the story adalah:

1. setiap pemimpin yang mengambil berat dan prihatin terhadap rakyatnya, in sya Allah akan sentiasa disayangi dan dikenang oleh rakyat macam rakyat Thailand terhadap King depa; dan

2. semua orang perlu bekerjasama untuk mendapat manfaat bersama. Contohnya semua petani bekerjasama dengan baik bagi sama-sama mendapatkan air untuk kegunaan kawasan pertanian depa. Nih adalah satu satu konsep IWRM di mana pengurusan sumber air yang melibatkan penyertaan awam (public participation).  


Serious chantek empangan dia dan den terkesima mendengo cara petani bekerjasama untuk mendapatkan sumber air. Kat Semenanjung Malaysia nih kat mana kan ada kerjasama seumpama nih? Teringin jugak nak melawat.

0 Comments