Kembara Amal
Semalam den
ikut Kelab Sukan dan Kebajikan opis den buat program Kembara Amal di Maahat
Tahfiz di Hulu Langat. Most of my friends terkejut den joint program tuh coz selama
depa kenai den, den sangat la malaih baloq nak joint program yang melibatkan
beramah mesra bersama orang ramai. Hari Keluarga opis den pun tak den pernah
pergi. So boleh agak la kan den punya malaih baloq tuh camne.
Den pun
sendiri macam dok terpikiaq ‘pasai pa la aku nak joint program nih. Nak
menginsafkan diri ke aku nih atau memang ala-ala buang tebiat’. Dua, tiga hari
program nak berlangsung, ada a few staff tarik diri coz of lots of reasons. Den
dok terasa macam ‘aku nak tarik diri ke tak’ tapi disebabkan dok kalut pi
kursus, etc, den pun tak sempat nak buat final decision samada nak menarik diri
atau nak kekal joint.
Sudahnya den
pun joint la juga program nih dengan harapan konon-kononnya rasa macam nak
memberi manfaat kepada orang lain tapi bila den dah melalui program nih, den
sedaq Allah gerakkan hati den untuk joint program nih supaya orang lain dapat
memberi nilai tambah kepada diri den.
Masa
mula-mula kitaorang nak pi sana, dimaklumkan yang kumpulan pompuan yang 7 orang
je nih kena masak untuk lunch. The guys dalam 20 orang akan gotong royong cat
madrasah or asrama dan bersihkan kawasan sekitar. Dah den dok risau coz den
yang paling senior kot, kalo depa suruh den lead memasak memang la den pitam
kan coz kalo signature dish hang adalah ayam masak kicap, so apakah harapan
yang dok ada.
Alhamdulillah
ada satu kumpulan NGO yang joint kitaorang yang jadi lead chef. Lega hati den.
So den pun membuat tugasan biasa iaitu mengupas dan memotong kentang dan
bawang. Lepas tuh menyibuk la sekupang tolong kacau sayoq. Tuh je la pun yang
den boleh buat tanpa menyebabkan kepeningan kepada semua.
Masa dok
kupas kentang tuh, sembang dengan pembantu kat situ pasal madrasah kat situ. Kalo
den tak salah, camni la infonya:
Tanah untuk
Maahat Tahfiz tuh diwakafkan oleh tuan tanah iaitu sepasang suami isteri. Kedua-duanya
merupakan peguam yang mempunyai dua buah firma guaman. Satu per tiga pendapatan
depa diinfaqkan untuk operasi maahad tuh.
Operasi
Maahat nih sebahagiannya adalah daripada sumbangan orang ramai.
Maahad nih
diuruskan oleh 4 orang ustaz dari Indonesia, Arab dan lagi dua Negara yang den
dah terlupa. Students ada 50 orang camtuh. 4 orang je student perempuan setakat
nih. Students ada dari dalam dan luar Negara (Vietnam, Cambodia dan lain-lain)
berumoq antara 6 - 18 tahun.
Masa den
beratoq nak makan tengahari, den sembang la dengan 2 orang budak tahfiz yang
beratoq belakang den. Rupa-rupanya sorang dari Ho Chi Minh dan sorang lagi dari
Cambodia. Fasih gila cakap Bahasa Melayu k.
Lepas tolong
kacau sayoq sekupang tuh, den melepak kat tepi sungai dengan sorang wakil NGO
tuh. Sejuk hati dengaq dia ceite pasai abah dia yang melatih depa 5 beradik
untuk membuat perniagaan daripada kecik lagi. Umoq dia sekarang 27 tahun dan
dah 4 tahun buka bisnes printing. Den masa 27 tahun dok buat ape yek? Oooo sibuk
dok berjimbaan tak ketahuan mengabiskan beras. Haishhh.
Hasil keuntungan
perniagaan printing tuh dia memang berikan bantuan pada golongan yang
memerlukan. Lama-lama ramai orang nak joint memberi sumbangan melalui syarikat
dia. So di samping dia uruskan bisnes, dia buat charity sekali.
Intipati cerita
nih adalah apabila kita memperoleh rezeki yang sangat baik (dengan kata lain
bila kita banyak duit la kan), kita sepatutnya membelanjakannya di jalan yang
sepatutnya bagi memberi manfaat pada orang lain.
Kita kena
berazam nak ada rezeki berlebihan untuk kita sumbangkan pada orang lain camtuh
la kot.
Memang boleh
kita bersedekah dengan apa yang kita ada sekarang (ianya memang digalakkan pun)
cumanya kalo kita ada lebih, we can give more camtuh.
So kita kena
terus bersedekah dengan apa yang kita ada sekarang di samping menambahbaik
hidup kita supaya ada duit berlebihan untuk disumbangkan kepada kesejahteraan
semua.
0 Comments