Disebabkan jadual kursus yang sangat padat & lokasi Emerald Hotel yang bukan di tengah-tengah Bandar Bangkok or den yang tak beberapa reti nak pi jalan-jalan dan shopping kat mana, memang la kelam kabut skit.

Rabu petang lepas kursus dalam kul 6 pm camtuh, den dan bapak Indonesia ikut 2 kawan sekursus dari Filipina, sorang mamat Cambodia, sorang mamat Jepun yang dah 3 kali mai Bangkok untuk pi shopping. Den dan bapak Indonesia berangan nak cari souvenirs untuk keluarga dan kengkawan opis. Apa yang kitaorang berangan adalah nak cari keychains, fridge magnets dan tshirts yang ada tulis ‘Bangkok’.


Dari Emerald Hotel ke stesen MRT terdekat iaitu Huay Kwang Station adalah dalam 500 meter, lebih kurang 7-8 minit berjalan kaki. Sistem MRT nih sama macam sistem komuter dan LRT kita cumanya dia tak guna tiket, dia guna coin yang macam parking kereta tuh eh ke system komuter dan LRT kita pun dah guna coin camtuh. Dah lama sangat tak naik komuter dan LRT tuh yang tatau tuh. Nak masuk ke MRT kita touch coin tuh pada screen palang tuh. Sampai kat station yang kita turun kita masukkan coin tepi palang.

Boleh bayar coin tuh dekat mesin atau pi kat kaunter. Setiap train akan sampai setiap 15 minit.

Dari stesen Huay Kwang nih kitaorang naik MRT dan berhenti di stesen berikutnya iaitu Thai Cultural Centre. Rege nya perjalanan sehala dalam 16 bath (RM 1.90).
Stesen-stesen yang dok ada
Jejaka-jejaka teman bersoping
Rege tiket 16 bath. Hang bayaq guna duit kertas 100 bath. Sakan la mengutip bakinya ye bang.
Beratur nak naik train

Den bajet ada la kan souvenirs yang kitaorang nak cari tapi rupa-rupanya mamat-mamat Filipina dan Jepun tuh bawa kitaorang ke shopping centre, kalo tak silap den la nama dia Esplanade.

Mamat-mamat tuh rupanya shopping kerepek-kerepek. Den dan bapak Indonesia tatau nak shopping apa coz takde barang yang kitaorang cari. End up beli air untuk berbuka posa. Sebelum balik terjumpa satu stall nih jual pakaian bertemakan gajah. So den amik la seko seluar bermuda corak gajah untuk buong. Pak Indonesia belikan skirt untuk wife dia. Kecewa tak dapat cari souvenirs.
Stalls yang ada dalam shopping mall nih
So balik la kitaorang bebuka posa makan maggi in cup yang den tapau dari rumah. Tragis sangat.
Nih je la makanan bebuka den. Eh...bayang jari den tuh macam runcing plak kan hehehehehhee

0 Comments