Tuh la nama kursus yang den hadir di Bangkok. Kursus 14-16 Jun. Ada macam-macam tafsiran bagi Integrated Water Resources Management (IWRM) nih. Secara sempoinya, maksud dia adalah ‘pengurusan dan pembangunan bersepadu bagi air, tanah dan sumber-sumber lain bagi memaksimakan ekonomi dan taraf hidup di samping tidak mengkrompomi kelestarian sumber asli bagi keperluan generasi akan datang’ camtuh la.
Bengkel dok berlangsung
Chantek dewan dia
Belah kiri, Pengerusi NARBO orang Malaysia. Belah kanan, orang kuat NARBO
Kursus nih adalah anjuran Network of Asian River Basin Organization (NARBO), Asian Development Bank Institute (ADBI) dan Department of Water Resources (DWR) of Thailand. 

Peserta dalam 50 orang. 60% daripada jabatan-jabatan dari Thailand sendiri. The rest adalah international participants dari Filipina, Cambodia, Laos, Vietnam, Indonesia dan Malaysia.

Ketua urusetianya adalah En Komoto yang walopun umoq 40 tahun tapi nampak sangat muda macam late 20s. Mungkin kesan produk SKII gamaknya. Effective sungguh mamat nih k. Dia la MC, dia la present paper, dia la jadi fasilitator, etc. Serious mamat nih terror jadi one man show.
Energetic sungguh mamat Komoto nih
Memang dah dimaklumkan awal setiap wakil Negara kena buat presentation tapi disebabkan den ingat den sempat nak cilok skit presentation x-boss tuh tapi dia tak datang, maka malam hari pertama kursus baru la den tergedik-gedik nak buat presentation tuh.

Selepas den buat power point tuh almost 2 jam, alih-alih fasilitator kata tak payah formal sangat, just brief je apa masalah pengurusan sumber air yang setiap Negara hadapi dan apa progress yang setiap Negara dah buat bagi mengatasi masalah tersebut camtuh la. Penat je den buat power point tuh bersungguh-sungguh tau. Kalo just brief camtuh je, den tidoq awai kat katil empuk tuh.

Ada 11 presentations semua daripada beberapa orang speakers dari Thailand, Jepun dan Malaysia. Speaker dari Malaysia nih merupakan Pengerusi NARBO. Den tegoq la beliau sekupang kan coz dah sama-sama dari Malaysia tapi tak bley nak sembang la kan coz dia high level people kot.

Presenters darip Thailand memang la cakap dalam bahasa ibunda. So memang ada terjemahan ke Bahasa Inggeris oleh dua orang penterjemah. So ada la alat yang kitaorang kena pakai untuk dengaq terjemahan tuh. Terasa macam persidangan antarabangsa sangat chewah hahahahhahaha.
Botoi ayaq mineral dia tuh kaca. Sangat chantek. Nota kursus yang sangat tebai.
Alat untuk dengaq translation daripada bahasa Thai ke English
Den kena fokus kat bengkel nih coz nanti nak kena buat report bila balik Malaysia. Masa nih dok guna alat translator tuh.
Nasib baik la kan ada bapak Iwan dari Indonesia yang takde kawan jugak semasa kursus nih. So kitaorang berkawan la berdua di samping berkawan-kawan dengan peserta-peserta kursus yang lain jugak. 

Ramai participants daripada generasi Y. So depa punya Bahasa Inggeris adalah sangat baguih. Den je la jenuh terkulat-kulat nak cakap omputih sebab memang tak praktis cakap omputih kot selama nih hehehehehe. So asal depa paham den cakap apa dan vice versa kira okay la tuh kan hehehehehe.
Peserta Thai
Sesi Q & A
Masa group discussion, den satu group dengan pak Iwan, dua orang wakil Filipina dan 4 orang Thailand. Bincangnye sekupang dua je. Lebihnye dok kalut ‘you present, no…you present…no no no….you present’. Gittew la kekdahnya. So bila ada sorang fasilitator datang memantau group kitaorang, nampak macam sakan berbincang padahal dok sakan tolak menolak sapa nak present kat depan heheheheheh. Akhirnya group den berjaya paksa si pak Iwan untuk present study case tentang IWRM di Bengawan Solo, Indonesia.
Presentation yang den paling berkenan dooh
Antara presentations yang den minat
Nko mampu nota dalam bahasa Thai

Kesimpulan bengkel 2 hari nih adalah Malaysia sebenaqnya agak ketinggalan jugak dalam pelaksanaan IWRM nih lagi-lagi dalam konteks public participation. Nih pendapat den la kan. Berdasarkan presentation oleh wakil Cambodia, Thailand dan Indonesia, banyak lagi yang perlu kita tambahbaik bagi pengurusan sumber air secara bersepadu nih. Banyak lagi nak kena blajaq. 

Nanti kalo den rajin den buat rumusan la skit apa yang menarik perhatian den throughout all the presentations tuh yek.

0 Comments