Hello June, Goodbye May
Pejam celik
pejam celik dah masuk bulan Jun. Serious sekarang nih time flies sooooo fast.
Rasanye hari tuh macam baru je tengok movie kat tv sempena tahun baru.
Alih-alih sekarang dah masuk setengah tahun. Kejap-kejap lagi dah hujung tahun.
Setiap masa
dan bulan apa pun rasanye ada banyak je things to do camtuh.
Untuk den,
memang la macam-macam nak kena buat:
1. coba untuk
memasak untuk berbuka posa dan sahur. Harap-harapnya dipermudahkan dan berjaya
la untuk buat walopun tak sepenuhnya;
2. persediaan
raya. Yang paling ngeri of coz nak sediakan duit raya berdasarkan senarai nama
dalam excel den tuh ha (ramai sangat sanak sedara sampai kena buat senarai coz
takut ada yang tercicir namanya atau yang paling ngeri kot-kot ada anak
sapa-sapa yang terberatoq dua kali amik duit raya heheheehhe), kuih raya (biasanye
den beli kuih raya daripada kawan-kawan opis je), baju raya (buong kata pakai
baju apa yang ada je tapi masih la kena beli baju raya budak-budak tuh coz depa
makin membesaq, baju raya tahun lepas tak muat), etc;
#ceite pasal
persediaan menyambut Ramadhan 2 baris ayat je. Ceite pasal persediaan nak
sambut Aidilfitri sampai 7 baris ayat. Nampak tak kat mana priority nye tuh?
Bertuah betoi perangai kan?
3. nak kena
mula dah sangat-sangat mengajo F membaca, mengira, etc;
4. In sya Allah
biasanya opis den akan buat program Tadarus sepanjang bulan posa nih. Nak coba
joint la nanti coz masa nih la pun dapat baca Quran. Nak mengharapkan baca
Quran kat umah tuh memang la tatau macam mana kan coz dok kalut dengan budak-budak
dan sibuk nak tidoq kan;
5. nak settlekan
2,3 stuff yang masih pending atas meja den kat opis tuh. Ada satu reja yang
pending tuh memang buat sakit mata dan sakit hati bila terpandang kat dia coz
dari sehari ke sehari nak settlekan tak terbuat-buat jugak. Walopun deadline
lama lagi tapi still rasa macam tak puas ati kalo takdak progress apa pun;
6. nak mula
buat profile bank bagi tujuan mintak loan rumah sebagaimana yang telah diajar
oleh Tuan Naza Baharom dalam 2 seminar hartanah yang den dah pegi. Walopun takde
rancangan nak beli umah lagi sekarang nih, profile nih memang kena buat
sekarang coz banyak info nak kena letak. Lepas tuh nak cari lampiran-lampiran
yang den dah terlupa den letak kat mana huhuhuhuhu;
7. nak mula
buat Rancangan Perniagaan (RP) untuk cadangan bisnes den...chewah hehhehehehe. Nih
pun memang akan amik masa yang panjang untuk dibuat coz nak kena cari fakta
bagai tapi kena la mula sekupang dua. Di samping berangan nak coba bid
geran-geran perniagaan yang dok ada nih, yang terpaling penting adalah den nak
tengok samada cadangan bisnes den tuh viable atau tidak camtuh la; dan
8. den hutang
banyak ceite untuk blog nih sebenaqnya. Nak ceite pasal 2 bengkel yang den dah
pi bulan Mei lepas, ceite jalan-jalan kat Ipoh, etc. In sya Allah den coba
ceite satu-satu bila berkesempatan nanti k.
Ustaz kata
bila akhir zaman nih masa berlalu dengan sangat cepat. Dengaq pasai akhir zaman
macam ngeri coz mengenangkan diri yang belum bersedia nih. Tapi sepatutnya
memang la kan kena berusaha menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang
lain dan menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa sebab bukan pasai akhir
zaman tapi sebab bila-bila masa boleh mati tapi still kan dok melaqho sana
sini. Haish.
So June,
please be nice to me and my family k.
0 Comments