Emerald
Hotel nih tak terletak kat center of Bangkok k. Dia outskirt skit. Bapak gila
besar hotel nih k. First time den pegi hotel yang besar sangat. Ada dua tower.
Satu penuh dengan bilik-bilik. Lagi satu ada bilik + bilik-bilik seminar +
beberapa buah restoran.
|
Emerald Hotel dari tepi jalan raya besaq |
Lobi pun
besar sangat. Siap ada jambak bunga yang sangat besar. Sayangnya tak disediakan
sofa barang seketoi pun untuk kita berehat-rehat untuk tunggu turn amik kunci
ke apa. Spoil sungguh. Sofa-sofa hanya disediakan kat sebelah belakang skit.
|
lobi yang sangat besaq tapi takde kerusi untuk kita melepak |
|
chantek pokok bunga nih |
|
Reception area kat Tower 2 |
|
Kita boleh melepak di area sini |
|
Banyak lukisan yang berseni kat hotel nih |
|
Permaisuri ke Puteri duduk kat kerusi nih masa melawat hotel nih. So depa buat camnih sebagai menghargai kesudian keluarga di raja datang ke sini. |
Smooth check
in. Makwe yang uruskan check in muka macam retis. Serious chantek. Den tengok
dia pun tak terkelip-kelip mata sebab chantek sangat dan kulit flawless
meletop-letop. Masa den tunggu awek cun settlekan hal check in, den tengok la
rege bilik kat hotel tuh. Untuk bilik den yang paling murah (Superior), regenya
adalah 4,265 bath (RM 500). Rege paling murah camtuh, rege paling mahal untuk
Presidential Suite lagi la tak menahan dalam RM 15 K satu malam camtuh.
|
Kat kaunter check in ada rege untuk massage tapi disebabkan tak cukup masa, nak urut ibu jari pun tak dan |
|
Lobi at another views. Lif ke tempat seminar tuh kaca. So bley la kita nampak view lobi dari atas masa naik lif tuh. |
Dalam den
dok terkujat tengok rege bilik, awek cun mintak 3,000 bath (RM 350) sebagai
deposit. Langsung la den tersedih sebab den tukaq duit 10,000 bath je kot. So
dah tolak duit teksi + deposit bilik hotel, tinggal berapa je la kan untuk
shopping huhuhuhuhu.
Lepas check
in, den singgah ke bilik Business Centre untuk amik username dan password free
wifi yang boleh dipakai untuk 3 hari. 1 username dan password boleh pakai untuk
2 gadgets.
Kelajuan
wifi nye sederhana je la. Setakat nak wasap dan tengok fb takde masalah. Tapi
kalo nak download movie memang la tak dapat. Sedih betoi.
Bilik den
dekat Tower 2. Masuk bilik hotel dia terasa heaven sangat. Katil king ada 4
bijik bantal. Bilik air walopun agak-agak old fashion tapi best sebab ada bath
tub dan shower room yang berasingan. Disebabkan jadual terlalu padat, den tak
sempat berendam dalam bath tub tuh pun walopun ada berangan nak membaca sambil
berparti buih dalam tuh macam selalu tengok kat movie.
|
Katil empuk yang sangat best sebab banyak bantal |
|
Eh sikit rupanya gambo bilik hotel den amik. Haish. |
Yang tak
bestnye adalah dekat toilet takde hose. Agak jenuh la bila mem’beri’.
|
Baju nih buat den nampak macam preknen |
|
Lapik kaki je pun tapi tengok la rajin dan berseni nya orang Thailand nih |
TV nye
dibagi 62 channels. 70% ceite Thailand atau ceite omputih yang dialih bahasa ke
bahasa Thai. Sempat la den tengok ceite Criminal Minds dan Smallville cakap
Thai gittew. Ada sekali tuh ceite Hindustan cakap Thai. Ada 5 channels untuk
ceite Korea. Ada 3 channels English movies. Ada channels untuk berita, sukan in
English. Ada la piala Euro bagai tapi den memang tak minat, so den tak tengok
la. Ada AFC channel. Sekali sekala ada rancangan memasak Malaysia yang 5 rasa
ke 3 rasa tuh.
Pagi-pagi
masa sahur at 330 am (waktu Malaysia 4.30 am), den ditemani oleh channel
mengaji dan terjemahan. So dengar terjemahan dan ditulis dalam bahasa Thai.
Bila
bersiap-siap nak pergi kursus, dok layan la channel AFC. Malam sebelum tidoq
den layan movies.
|
View from my room di tingkat 15 |
Masa lepas
kemas-kemas barang di bilik tuh, tak jumpa cari iron board dan iron. So tepon
la housekeeping. Tak sampai 5 minit, makwe datang anto. Terkesima lagi sebab
chantek sangat minah nih. Kalo kat Malaysia memang confirm boleh jadik retis
la. Cakap plak lemah lembuh..krung krang krung krang…langsung terpesona den
walopun den bukan lesbo.
Aircond
bilik nih memang sejuk nak mampuih walopun den dah set suhu at 30C. So
kesudahannya, memang la tutup aje aircond nye. Agak-agak panas baru la bukak
aircond sekejap. Dah sejuk tutup balik. Camtuh la keje den sepanjang almost 5
hari den kat sana.
Swimming
pool hotel betoi-betoi depan bilik den. Buka pintu bilik den, jalan 2 tapak
buka pintu ke swimming pool. Tapi disebabkan jadual sangat pack, jangan kata
nak mandi kat pool tuh, nak amik celup-celup kaki dalam pool pun tak sempat.
Dah nak check out, baru la den singgah amik gambaq pool sekupang dua.
|
Pool yang den tak sempat celup ibu jari pun |
Bilik
seminar dekat Tower 1. Tak jauh mana pun. Dari Tower 1 ke Tower 2 dalam 5 minit
je la jalan.
Bilik
seminar pun besaq, sound system pun okay. Memang okay la hotel nih.
Cuma den tak
menyiasat la toilet di bilik seminar + food yang dia sediakan masa coffee break
sebab dah den posa, tak kuasa la menyiasat kan. Wifi dalam bilik seminar lagi
meletops dari wifi di bilik hotel tapi tak sempat la nak download movies kan
sebab memang la nak kena taboh dengan urusetia kalo download movies masa orang
dok sakan berkursus kan.
Pekerja-pekerja
hotel yang den sempat jumpa memang penuh kesopanan dan ketatasusilaan baik yang
laki atau pompuan.
Dari hotel
nih nak pi naik MRT dalam 500 meter atau 10 minit berjalan kaki. Tak jauh mana
sebenaqnya tapi kalo dah hang heret beg besaq agak payah la nak bergerak sebab
laluan pejalan kaki dia kecik dan jalannya tak sekata.
Kat keliling
hotel ada a few pubs dan umah urut. Again, jadual kursus yang padat menyebabkan
den tak sempat urut walopun jari kelingking walopun tuh adalah antara agenda
yang den berangan nak buat bila tau akan attend kursus kat sini. Kawan-kawan
kursus ajak gak berjimbaan tapi di pubs. Celah mana la plak kan nak berjimbaan
kat situ hehehehehe. Sat nih den kena panah kilat sebab berjimbaan di situ di
kala bulan Ramadhan baru la jadik cerita kan.
Hotel nih memang best untuk
den cuma den tak cukup masa nak berjalan-jalan kat sini.
0 Comments