Bengkel Penulisan Kreatif
Den
tertengok iklan pasal bengkel nih di blog Hamka Kereta Mayat http://keretamayat.blogspot.my/.
Bengkel yang
diadakan pada 29 Mei lepas di Bandar Baru Bangi nih dianjurkan oleh En Khairy
Tajuddin http://khairytajudin.com/. Den tak kenai pun sapa dia nih tapi disebabkan Hamka Kereta Mayat
iklankan bengkel nih, den agak-agak dia pun penulis popular la jugak.
Tatau kenapa
teringin nak pergi bengkel nih walopun den memang la tak pernah terasa nak
menulis novel ke cerpen ke. Den memang tatau langsung pasal dunia penulisan
novel ke cerpen ke.
Pengalaman den
berkaitan penulisan nih adalah laporan yang berkaitan keje je setakat nih.
Penulisan laporan bengkel, seminar, lawatan tapak, minit mesyuarat dan
seangkatan dengannya.
Dah la den
memang tak berminat sangat dengan novel Melayu sebab den tak berkesempatan
jumpa novel yang den berkenan, so tatau pasai pa bley nak joint bengkel nih.
disebabkan tak amik gambaq apa pun, kita bubuh la gambaq nih no |
Bila dah pi bengkel
nih, baru la den tau En Khairy Tajuddin nih penulis yang dah hasilkan 17 buah
novel dari 2011 - 2016 (kalo den tak silap la). Orang Kedah. So bila dia ceite
pasal penulisan nih memang best sebab ada loghat Kedah hehehehhehe.
Ada 15 orang
peserta yang hadir ke bengkel nih.
Macam-macam
info la yang diajor untuk half day bengkel tuh. Antaranya:
1. 2 perkara
utama yang penting dalam penulisan novel atau cerpen adalah apa yang kita mampu
tulis untuk orang baca dan apa yang pembaca nak baca.
2. Perlu tengok
pasaran, trend dan permintaan.
#dah
seumpama sama la macam bisnes jugak gayanye yek. Kebanyakan kursus yang den dah
pegi (baru 4 je pun, macam banyak sangat bunyinye kan) dok koba kita kena jual
barang yang orang nak beli dan beri perkhidmatan yang orang perlukan.
3. Biasanya
orang harap novel yang happy ending. Nih ala-ala ceite Hindustan la nih, wajib
happy ending kalo tak panggung wayang kena bako. Nih mungkin ada benarnya kot
coz sampai sekarang den dok teringat-ingat ending novel Rage of Angel oleh
Sidney Sheldon. Patah hati kot sebab sad ending (makwe terpaksa mulakan hidup
jadi lawyer di pedalaman lepas selamatkan pakwe, the Senator daripada dibunuh.
Pakwe angkat sumpah jadi Presiden US di samping isterinya yang sedang
mengandung anak kedua. Serious tragis).
4. Kita boleh
terbitkan sendiri buku kita dengan kos layout, cover dan printing ditanggung
sendiri atau kita boleh minta penerbit yang buat untuk kita.
5. Kita boleh
email penerbit dengan menghantar manuskrip pada mereka. Terpulang kepada
penerbit. Ada yang nak kita email sinposis setiap chapter, ada yang nak 2 bab
yang pertama dan ada juga yang nak 3 bab (mula, tengah dan hujung). So kita
sendiri kena identify kehendak penerbit.
6. Sekiranya
sebulan lepas email masih tak dapat maklumbalas daripada penerbit, sila anggap
penerbit tidak berminat.
7. Kalo nak
terbitkan buku sendiri, kos yang mungkin terlibat adalah layout (1 muka surat
RM 4), cover (antara RM 200 - RM 400) dan printing RM 3.50/buku (ikut jenis
kertas).
Tips Merangka Cerita
1. Watak dan
Perwatakan (protagonist dan antagonist)
2. Konflik
3. Plot dan
subplot
4. Dialog dan
naratif (novel - 60% dialog dan 40% naratif, cerpen - 40% dialog dan 60%
naratif)
5. Gaya bahasa
(Bahasa Melayu standard atau santai)
6. Background
7. Klimaks@Ending
8. Moral of the
story
Dalam
cerpen, hanya perlu ada 1 plot dan 1 konflik je.
Dalam novel,
boleh ada 3 plot dan 3 - 5 konflik.
Prolog -
mana-mana bahagian dalam novel yang paling menarik, laju @ kemuncak.
Kadang-kadang boleh jadi ending cerita.
Epilog -
rumusan atau in a nutshell gittew (ie ending ceite hero mati. So epilog boleh
jadi rumusan beberapa tahun lepas hero mati).
Struktur
novel:
1. Set up
termasuk insiden (yang menyebabkan hero berubah, etc) - 15-20%;
2. Konflik
(halangan) - 60 - 70%; dan
3. Penyelesaian
(termasuk klimaks) - 20 - 30%.
4. Klimaks yang
terbaik adalah twisted ending, ending yang orang tak sangka (ie tak sangka
orang A adalah penjahat rupa-rupanya).
Tips Membina Dialog
Dialog yang
melibatkan 2 watak berbeza, guna perenggan berbeza.
Dialog yang
melibatkan watak yang sama, guna perenggan yang sama.
Tips Tulis Cerpen
1.Panjang
cerpen kurang 2000 patah perkataan (kurang 10 muka surat).
2.Watak 2 - 4
orang sahaja.
3. 1 plot.
4. Konflik di
perenggan pertama dan klimaks di perenggan terakhir.
Tips Tulis Buku Non Fiksyen
1. Perlu banyak
buat research.
2. Boleh tulis
pasal pendapat sendiri, pengalaman sendiri, adaptasi kisah orang lain, etc.
3. Boleh tulis
je pasal apa yang kita tau, lihat, dengar dan baca.
4. Baca buku
yang ada topic yang sama. Kemudian tulis semula gunakan gaya sendiri.
5. Ebook kena
nipis je. Dalam 10 - 20 muka surat.
Jangan
betoikan manuskrip masa sedang mengarang. Tulis dulu sampai habis. Dah siap
baru semak semula dan betoikan mana yang perlu.
Perkongsian oleh Tuan Hamka Kereta Mayat
Dah karang 8
buah buku.
Mula tulis
blog pada 2006. Seminggu sekali mesti tulis blog untuk orang yang baru nak mula
menulis.
Pembaca Nak
Apa Sebenarnya:
1. Punch line,
lawak.
2. Info,
berita, peristiwa dan cerita.
3. Falsafah dan
nasihat.
4. Pendapat
tentang sesuatu isu.
5. Ilmu
bermanfaat.
6. Tips hidup
yang lebih baik.
Kenapa Tuan
Hamka Nak Menulis
1. Ilmu akan
kekal dalam kubur.
2. Banyak
sangat info dalam otak, so kena tulis.
3. Nak tegur
salah orang atau orang tegur salah kita.
4. Berkomunikasi
dengan anak cucu.
Perlu isi
masa lapang dengan membaca buku yang bagus.
3 jenis
penulis:
1. Penulis yang
bagus akan tulis tentang idea (bisnes), ilmu (make sense) dan mati (ilmu
agama).
2. Penulis yang
biasa akan tulis pasal peristiwa, berita dan pengalaman.
3. Penulis yang
teruk akan tulis tentang kelemahan orang dan kehebatan diri sendiri.
Banyak lagi
info depa berdua shared sebenaqnya tapi den dah tak larat nak tulih hehehhehee.
Kesimpulan
Dengan
bayaran RM 200, den dapat maklumat tentang cara nak menulis cerpen dan buku
daripada 2 orang sifu (En Khairy Tajuddin dan En Hamka Kereta Mayat), 2 buah
buku (novel Saka dan novel Sarkas - himpunan beberapa cerpen) dan 3 ebooks
berkaitan penulisan novel dan cerpen.
Dapat juga
beli teruih 8 buah buku karya En Hamka Kereta Mayat. Alhamdulillah dah terima 8
buku tuh through pos laju jumaat lepas.
En Khairy
kata untuk menjadi penulis kena ada 4 perkara iaitu minat, bakat, rajin membaca
dan bercita-cita menjadi penulis.
Setakat nih,
daripada 4 perkara tuh, den mungkin ada sangkut skit kat ‘rajin membaca’ tuh.
Sekupang la pun.
Seperti biasa la den memang maleh baloq nak amik gambo. Gambo dengan dua-dua orang penulis pun den tak amik. Haish.
p/s 1 terasa
macam ada rasa terkilan sangat hati coz Prof Ungku Aziz tak tulis cerita pasal
dia mengasaskan Lembaga Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (Biro
Angkasa). Ke memang ada buku pasal dua perkara nih tapi den tatau? Ke Pak Ungku
merajuk hati coz at the end, dia macam tak dihargai oleh organisasi nih? Sayang
sangat rasanya tak dapat nak tau idea, semangat, kerja keras, halangan, etc
yang dilalui oleh beliau dalam mengasaskan kedua-dua organisasi nih.
p/s 2 sampai
hari nih novel Melayu yang terlekat kat minda adalah Jibam, Cinta Terakhir dan
Ujang.
Penulis buku Harry Potter yang legend ittew |
2 Comments
Terima kasih atas review, nanti saya share yer, :)
ReplyDeleteTerima kasih banyak-banyak tuan. Sorry banyak-banyak sebab tak perasan tuan ada tinggalkan komen di blog saya nih. Thanks lots.
Delete