Ada jual simcard untuk tepon kat booths di airport tuh. Den kalut nak sampai cepat kat hotel, tak teringat langsung la kan nak beli simcard. So bertabah je la bayaq RM3/sms guna simcard TuneTalk yang sedia ada tuh. Celcom plak den memang tak buat roaming. So di kawasan yang takde free wifi, memang berharap kasih pada TuneTalk tuh je la.

Kalo ikut info yang organizer bagi, ada 3 cara nak pergi hotel dari airport. Amik public cab (700-900 bath, RM 82-105, depend berapa jauh jarak) atau amik limousine taxi (1,300 bath, RM 152) atau amik komuter dan MRT (70 bath, RM 8.20).

Walopun boleh claim dari ofis nanti, memang la tak gamak nak amik limousine taxi kan (den kan pekerja berintegriti). Komuter dan MRT tuh memang murah. Kena naik komuter dulu dari airport, then turun kat satu stesen lain. Then kena gerak naik MRT plak. Dari MRT kena jalan dalam 500 meter ke hotel. Macam ngeri la plak sebab satu nak kena naik turun train bersama beg berat den tuh + kalo tersesat lagi la sakit jantung.

So sebagai langkah keselamatan dan in sya Allah dijamin sampai, den pilih untuk naik public cab je la. Tempat naik public cab ada di Level 1, samada di Gate 4 dan Gate 7. Lepas amik bag, den pun terus pegi kat Gate 4. Beratoq dalam 10 minit untuk dapatkan public cab.

Den naik teksi Toyota Vios kale hijau kuning. Pakcik cab kata warna teksi berbeza-beza berdasarkan syarikat teksi. Den nampak ada teksi warna purple, pink, yellow, etc.

Ada 1 je tol dari airport nak menghala ke Bangkok tuh. Tol dalam 75 bath (RM 8.80). Dari airport ke Emerald Hotel (tempat kursus) dalam 40 minit tapi disebabkan jam skit dalam sejam la sampai kat hotel tuh. Takde la jam sangat seperti yang dibayangkan coz orang dok kata kota Bangkok jam teruk tapi maybe sebab hotel tuh lokasinya kat outskirt of Bangkok, bukan centre of Bangkok, so takde la jam mana sangat.

Jalan tar dari airport sampai la hotel den hitam berkilat, serious macam baru ditar. Chantek kot. Den nih memang dah tua sangat rasanya. Jalan raya chantek pun den happy. I am so easy to please la atau nak menyedapkan hati boleh cakap try to find happiness in simple thing gittew.
Boleh nampak kat sepanjang perjalanan tuh, ada banyak kain rentang dan gambar Raja Thailand, King Bhumibol Adulyadej sempena 70 tahun beliau ditabalkan sebagai Raja bulan Jun 2016 nih. Sayang sungguh rakyat Thailand dengan raja depa nih.

Sepanjang perjalanan dari airport ke hotel tuh, den macam terpesona tengok jaringan kabel/wayar elektrik atau tali api depa yang dok ada. Berselirat k wayar elektrik depa tuh. Dah la tuh kedudukan wayar tuh agak rendah dengan paras muka bumi (ayat gomen nih). Kira terror la kan TNB depa buat keje. Depa tau wayar mana supply elektrik kat kawasan mana. Serious den terkesima tengok wayar elektrik tuh.
Berselirat tali api nye...terkesima den
#den pernah tengok dokumentari kat Sri Lanka ke India, tali api depa lagi berselirat daripada yang kat Bangkok nih.

Den memang tak berani la nak tidoq dalam cab sebab risau macam-macam hhehehehe. Kalo pi dengan x-boss den tuh, sure den dah bantai tidoq sampai meleleh ayaq liuq basi. Tapi sebab pegi sorang-sorang tuh, kena la extra careful. Bukan nak buruk sangka tapi lebih pada berhati-hati camtuh. Den tak risau pakcik pemandu teksi nih pi jual den kat sindiket pemerdagangan manusia untuk kelab malam ke apa sebab takde maknanye pun kan coz orang Thai sendiri dah cun melecun.

Untuk den yang umoq 38 tahun + ada selulit + parut czer nih memang la tak sesuai la nak dijual kat mana-mana strip club jadik pole dancer ke ape coz takde market kan. Nak menari tiang pun tak mampu coz terlebih berat. Mampuih la kan takde customer nanti.
Den lebih risau pada sindiket pemerdagangan organ terutamanya buah pinggang. Ha….pengaruh tengok ceite SPL II la nih. Takpe la kot orang kata paranoid ke apa kan sebab bila pi tempat orang sorang-sorang nih den la better la extra berhati-hati kan?

Dalam pada dok sembang sekupang dua dengan pakcik teksi sambil tengok pemandangan tali api yang berselirat tuh, sampai la kat Emerald Hotel, tempat den berkursus sampai 16 Jun.

Tambang teksi adalah 300 bath (RM 35) + tips 50 bath (RM 6). Tips tuh memang kena dibagi kepada pemandu teksi kalo amik teksi dari airport. Dalam info yang diberi oleh organizer pun, perkara nih dah dimaklumkan.

0 Comments