Hari nih genap 15 tahun den bertugas di opis den sekarang nih.

Kalo orang reja swasta, tatau la dah pangkat apa dan berapa gajinya tapi reja gomen nih, kalo takdak jawatan kenaikan pangkat, dok situ mampuih pi la hang kejang kat takuk tuh tak bergerak-gerak cam den nih ha hehehehehehhe.

Ingat lagi den datang interview kat opis nih lebih 15 tahun sudah. Den pakai baju kurung bunga-bunga pink (pinjam baju Intan coz baju tuh comei sangat). Jawab soalan interview tungging langgang la jugak coz nerbes.

Bila dah lama skit reja, boss ceite jawatan tuh sebenaqnya depa offer kat orang lain tapi orang tuh tolak. So den orang kedua depa tawarkan jawatan tuh (ayat gomen dah keluaq dah hahahahaha). Ingat lagi ramai kawan-kawan dok tanya, pakai ‘kabel’ mana masuk reja gomen nih. Serious memang takdak kabel. Kalo Allah dah kata rejki kita, in sya Allah memang akan jadi rejki kita la kan walopun takdak kabel.

The first month reja, boss suruh cari maklumat pasal air bawah tanah atau air bumi. Punya la den blur sampai pi telefon Pengarah JBA Kelantan ke Syarikat Air Kelantan nak tanya maklumat. Alhamdulillah nasib baik la Tuan Hamka (kalo tak silap den nama dia) baik hati sungguh, layan den bagi maklumat bagai. Dah lama skit reja baru la tersedaq diri, kalo level macam den patut pi contact staff yang sama level dengan den je hehehehhehehe.

Disebabkan den dah sign Skim Pencen coz dok ingat nak reja sampai pencen or sampai mati (which ever comes first) kat opis nih dan tak pernah rasa nak cari reja lain or buat bisnes, etc, so den masih bertugas di sini. Sebarang perancangan nak bersara awal kena disusun betoi-betoi supaya memberikan kesan positif yang lebih banyak berbanding dengan kesan negatif bukan saja untuk diri den tapi jugak untuk family den.

Banyak la yang den lalu sepanjang 15 tahun reja kat sini. Antara yang den nak ceite:

1. sapa-sapa yang masih dok kata reja gomen nih berehat-rehat macam bercanda di tepian pantai adalah samada orang yang memang tak pernah reja gomen atau takdak sanak sedara dia yang reja gomen. Sepanjang 15 tahun den reja nih, tak pernahnya ada waktu senggang pun. Of coz la den ada masa solat, makan, bergossip sekupang, etc tapi most of the time memang la kena buat reja. Kalo tak sediakan maklumat, kena buat kertas kerja, slide presentation, mesyuarat, lawatan tapak, ulasan permohonan, kursus, etc. Tuh reja hakiki. Tak termasuklah lagi kena buat audit ISO, KIK, 5S, macam-macam lagi. Serious banyak je kejenye k;

2. kitaorang banyak buat reja dengan rujukan paling minima di dalam Negara the first 7 years keje. Disebabkan jabatan den nih antara jabatan yang mula-mula ditubuhkan di Malaysia pasai menguruskan sumber air, memang la bila nak buat Peraturan dan garis panduan tuh takdak rujukan sangat dalam Malaysia. Nak-nak pulak masa tuh takdak lawyer, kitaorang yang teknikal nih la terkulat-kulat draft Peraturan sendiri berdasarkan rujukan kat Akta, Enakmen, Ordinan dan Peraturan yang kitaorang cari bagai nak pengsan. Bincang plak draft Peraturan dengan Peguam Negeri di Kamar Undang-Undang Negeri pun kitaorang jugak. Memang penuh dengan blood, sweat and tears la kata orang;

3. jumpa the love of my life, soulmate and partner in crime kat opis nih. Ayat macam poyo skit tapi tuh kebenarannya setakat nih chewah;

4. meet wonderful and kind hearted people macam my mentor (banyak sangat nak ceite pasal dia sampai tatau nak ceite yang mana satu dulu), Nazifi (mamat tahfiz yang sangat berhemah dan serious baik gila), En Mazlan (suka sangat-sangat permudahkan dan tolong orang, elok sangat-sangat jadi YB sebenaqnya coz dalam diri dia penuh cirri-ciri kemasyarakatan), Abe (the philosopher, mamat yang sangat baguih dan adil memberi pandangan dan nasihat), etc. Eh pasai pa semua yang den ceite nih lelaki hahahahahaha. Den bukan gender biased k tapi memang seriously these guys are truly awesome;

5. den jumpa geng gossip, friends and foes hehehehehe;

6. den dapat reja dengan bosses yang setiap sorang ada leadership tersendiri. Kadang-kadang bila terkenang boleh buat den tersenyum. Bila den minum ayaq panas dalam gelas, den mesti teringat kat sorang boss Pegawai tuh yang panggil satu perbincangan khas sebab caterer teranto gelas untuk minum petang untuk satu mesyuarat tuh hehehehehehe;

7. setiap sorang boss memberi impak yang sangat besar dalam hidup den secara langsung dan tak langsung;

8. big boss biasa la bertukar-tukar kat mana-mana jabatan tapi untuk jabatan den nih memang extra special sebab dia macam ceite Hindustan skit. Tempoh transmission antara Pengarah tuh serious lama gila. Last time 2 tahun kitaorang bekerja takde Pengarah. La nih dah masuk setahun takde Pengarah. Coba belayaq tengok tanpa ada nakhoda yang nak tentukan arah tuju mana nak pi. Serious sangat penat k.

9. den dah reja di tiga unit berbeza sepanjang 15 tahun bertugas. Setiap unit ada cabarannya yang tersendiri;

10. den dapat peluang berkursus di luar Negara. Jauh perjalanan, luas pemandangan camtuh;

11. den dapat pergi kursus macam-macam kat dalam Negara;

12. as public speaking is never my strong point, reja kat sini menyebabkan den terpaksa telan perasaan takut bila kena bagi taklimat kat mana-mana forum. Siap ada kumpulan berpiket lagi lepas dengaq taklimat daripada den. Nko hado? Hahhaahaa;

13. in sya Allah setiap bulan opis den akan anjurkan majlis bacaan Yassin;

14. you learned that sometimes in life you do the job (susah payah, jerit perih...eh ada ke perkataan nih) but other people get the credits. Mula-mula den macam terkezut gila macam kena renjatan elektrik. Lama-lama you get used to it and accept it as part and parcel of life gittew; etc.

Tapi bila hang among the seniors yang terlibat dengan macam-macam perkara untuk membangunkan jabatan hang, daripada jabatan nak ditutup coz tak perform according to that time MB sampai la sekarang nih jadi rujukan jabatan di beberapa negeri lain, dia punya sentimental value tuh lain macam k. Dia punya perasaan self belonging to the department tuh memang macam chenta pertama gittew eh betoi ka nih hehhehehehee. You might get hurt but you will never forget la camtuh.

Kat mana-mana pun kita reja dan dalam hidup pun, memang la akan ada ups and downs, manis, pahit, payau, etc. Macam mana pun, kita kena ingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersyukur sebab kita masih ada kerja dan boleh survive. Kita kena muhasabah diri jugak yang kita kena buat reja kita sehabis baik dan sedaya mampu sebab ini adalah amanah.

So happy anniversary to me. Semoga jodoh den dan opis den sekarang berpanjangan sampai den bersara awal heheheheehe.

2 Comments

  1. Ermm..

    Takdaq sembang bab bonus pun..
    Takkan ia bawah Akta Rahsia Rasmi OSA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdak rahsia apa aihh pasal bonus. Dah sah-sah PM dok announce dalam persidangan bajet setiap tahun. Alhamdulillah sepanjang 15 tahun kerja memang ada bonus setiap tahun dengan paling minima jumlahnya RM 500.

      Delete