Dalam buku nih ada beberapa bahagian.

Pengenalan - Dr Azizan ceite pasal background dia. Dia berazam nak jadi businessman lepas tengok kawan-kawan dia datang keje naik kereta mewah yang mana parents kawan-kawan tuh semuanya meniaga.

Fasa Pertama - Persediaan Seorang Usahawan

Dalam bab nih, beliau menceritakan tentang:

1. cabaran-cabaran yang biasanya dihadapi oleh orang yang bekerja apabila mereka membuat keputusan untuk berniaga. Antara cabaran-cabarannya adalah teragak-agak membuat keputusan, takut ambil risiko, buat keputusan atas desakan orang lain dan lain-lain;

2. keperluan kita menilai niat kita atau big why kenapa kita hendak berniaga. Adakah sebab hendak mengubah taraf hidup atau hendak jadi kaya dan sebagainya;

3. ciri-ciri usahawan yang berjaya termasuklah komited, pandai menguruskan risiko, tinggi daya tahan termasuklah menjaga solat 5 waktu, bersedekah, berzakat dan sebagainya;

4. keperluan memahami jenis perniagaan samada pengeluar, pemborong, peruncitan, trading dan francais. Sedikit tentang struktur perniagaan iaitu maklumat tentang Enterprise dan Sdn Bhd.;

5. pilihan antara mulakan perniagaan baru dan take over perniagaan sedia ada. The pros and cons of each choice;

6. beberapa langkah yang perlu diambil supaya tidak gagal termasuklah ilmu dan latihan, rancang dan buat persediaan, pengurusan yang cekap, keseimbangan antara perniagaan dan peribadi, set matlamat peribadi dan bisnes, etc; dan

7. 10 kesilapan perniagaan termasuklah mulakan bisnes dengan modal besar, keluarkan produk sendiri walopun baru mula meniaga, sewa kedai mahal, pinjam duit, buat pelbagai bisnes, takde rekod duit keluar masuk, etc.

Fasa Kedua - Permulaan Perniagaan Berjaya

Dalam bab nih, Dr Azizan Osman ceite pasal modal termasuklah belanja sara hidup, peralatan, stok dan bahan-bahan, marketing, premis, loan, jenis perniagaan - produk atau perkhidmatan, siapa pelanggan anda & di mana mereka tinggal, persaingan, keunikan dan perbezaan produk, perundangan yang berkaitan dan terma bayaran, etc.

Fasa Ketiga - Membina Perniagaan Menguntungkan

Antara perkara yang ditekankan dalam bab nih termasuklah menilai potensi diri sendiri, penyelidikan dan kajian, pelan perniagaan, kenalpasti sasaran pasaran, pelan pemasaran, struktur undang-undang, cukai, permit dan lessen, insurans, buku rekod dan bersabar dan realisitik, etc.

Fasa Keempat - Meluaskan Perniagaan

Satu perkara terpaling penting yang ditekankan dalam bab nih adalah pemasaran.

Fasa Kelima - Memberi Kembali Kepada Masyarakat

Membuat kebajikan secara berterusan tidak kira dalam skala kecil atau besar. Ala-ala Corporate Social Resposibility (CSR) gittew.

Seterusnya beliau jelaskan tentang 13 kunci usahawan berjaya, pemasaran digital, teknologi digital dan menjemput rejeki.

Buku nih den abis baca dalam tempoh 2 hari (3/4 den baca masa on the way the site visit orang korek pasir dan ¼ lagi den baca keesokan hari masa nak tido).

Buku yang padat dan menggunakan bahasa mudah dan ringkas. In sya Allah semua orang yang baca buku nih akan paham.

Kesimpulannya, mudahnya berniaga sekiranya kita ada mentor yang berjaya, strategi dan ilmu yang betoi.

Even Jack Ma, pengasas AliBaba dalam satu talk dengan belia cakap bila belia abis belajar kena bekerja dengan seorang boss yang boleh dijadikan mentor (bekerja dengan orang yang kita nak bekerja dan belajar, bukan bekerja dengan kerjaya tuh sendiri camtuh la lebih kurangnya).

So moh la baca buku nih dan moh la melaksanakan apa yang dicakapkan dalam buku nih baik dalam business, kerjaya atau kehidupan peribadi kita. Chewahhh....ayat motivasi sangat nih.

0 Comments