Membina Empayar: Governan Abdul Taib Mahmud di Sarawak oleh Jufazli Shi Ahmad
Den terjumpa pasal buku nih kat fb. Tak ingat
sapa yang share. Langsung teruja nak baca coz untuk den yang memang tatau dan
tak beberapa amik tau sangat pasal politik Malaysia coz I am so lazy like that,
figura Abdul Taib Mahmud nih macam mysterious dan legend. Dia seolah-olah
untouchable walopun ada beberapa perkara yang dikaitkan dengan dia macam hal
pembalakan, etc.
Langsung terus den whatsapp penulis dan beli
buku nih. Amboi no...kalo buku camnih laju je den beli kan, kalo buku mari
mengaji tuh macam tak terperasan je. Dasar sungguh.
Den nih kalo pasal konspirasi or kontroversi
memang la den kadang-kadang tersuka nak baca. Sebab tuh den suka baca website
Vigilant Citizen ceite pasal Illuminati, One World Order, etc. Eh dah terkeluaq
topic plak.
Buku yang heavy untuk den yang suka baca buku
macam Knight In Shinning Armor oleh Jude Deveraux huhuhuhuhu. Ada beberapa
perenggan yang den kena ulang baca sebab tak beberapa nak paham. Orang cerdik
pandai memang camnih.
Lepas baca buku nih, den boleh buat
kesimpulan yang Abdul Taib Mahmud adalah seorang strategist yang cemerlang
gittew. Walopun dalam buku nih memang ada ceite pasal hal-hal pembalakan,
perniagaan, etc yang berlaku di zaman pemerintahan beliau sebagai Ketua Menteri
Sarawak, kita tak boleh menolak hakikat yang beliau berjaya mengekalkan
jawatannya selama 33 tahun kerana beliau berjaya menyusun strategi dengan
tersangat baik (samada strategi-strategi tersebut member kesan positif atau
negatif kepada rakyat).
Antara maklumat dalam buku nih yang
menyebabkan den rasa beliau adalah a great strategist adalah:
1. membawa masuk Parti Bansa Dayak Sarawak
(PBDS) bagi mengurangkan pengaruh Sarawak National Party (SNAP). Pergeseran
politik antara dua parti elit Dayak sebabkan depa tak dapat jadi kuasa yang
kuat untuk mencabar Abdul Taib Mahmud;
2. menghalang kemasukan UMNO ke dalam BN
Sarawak;
3. menjaga hubungan dengan memenuhi 5 tuntutan
Kerajaan Persekutuan;
4. menguasai ekonomi Sarawak melalui macam-macam
kaedah;
5. menubuhkan elit politik yang merangkumi
Effendy Norwawi, Adenan Satim, Abang Johari Openg, Alfred Jabu Numpang dan
Awang Tengah Ali Hassan;
6. menubuhkan elit perniagaan dalam macam-macam
bidang termasuklah pembalakan, Empangan Bakun, etc;
7. Sarawak sebagai Fixed Deposit kepada BN untuk
terus memerintah Malaysia;
banyak gila bisnes yang beliau terlibat
sebagai shareholders, etc dan
8. banyak lagi fakta sampai den pun
terpening-pening heheehehe.
Den baca buku nih dalam masa 3 hari masa on
the way pergi dan balik site.
3.5 stars walopun heavy la untuk den. Kena
baca sendiri la kot coz penuh fakta yang berat-berat belaka untuk den nih
hehheheheheh.
Kena baca kalo nak faham kenapa:
1. walopun Adenan Satim adalah Ketua Menteri
Sarawak sekarang tetapi kuasa pemerintahan sebenar masih dipegang oleh Abdul
Taib Mahmud;
2. BN memberikan peruntukan banyak gila kepada
Sarawak bagi menjamin kesinambungan pemerintahan BN di Malaysia;
3. Abdul Taib Mahmud tak ketengahkan
anak-anaknya sebagai pengganti dia (nih ada macam kelakar skit);
4. NGO Alam Sekitar tidak dapat membongkar
secara terperinci pasal isu pembalakan di Sarawak; etc.
Serious banyak fakta. Serious a heavy book. Matik la kan nak konon-konon buat review buku tapi macam tak reti nak review buku yang penuh berfakta yang serius camnih.
0 Comments