Medan Steamboat Luton Van, Dataran Johor Bharu
Malam
sebelum bertolak ke Melaka, kitaorang dibawa berjalan-jalan kat Dataran Johor
Bharu nih oleh urusetia lawatan teknikal opis den.
Banyak
van yang menjual macam-macam makanan macam steamboat, otak-otak, tauhu bakar,
rojak buah, kerang bakar, aneka mee, ketiaw, etc.
Nama
Luton Van rasa macam foreign sangat kan. Ala-ala Louis Vuitton gittew.
Meriah
orang ramai datang makan kat sini. Mungkin sebab esoknya coti, so ramai orang
amik kesempatan bawa family menjamu selera kat sini.
Ramai
bloggers kata makan kat Steamboat Majidee (van nombor 19) coz sedap tapi masa
kami pi tuh penuh orang kat meja kat situ. So disebabkan kitaorang dibagi masa
dalam sejam je untuk melepak kat situ, kami makan je la kat meja mana yang
kosong.
Kak Long kawasan membuat justifikasi lauk mana yang nak dipilih |
Walopun gambo nih blur den nak letak jugak sebab mula-mula den dok terpikiaq, nape ada daun pandan gulung-gulung kat sini. Alih-alih peniaga tuh cakap 'tuh kangkung ball kak'. Jakunnye la den nih ha |
Rasa
makanan memang okay. Harga pun boleh tahan. Rasa makanan lagi sedap bila kita
makan dengan kawan-kawan yang boleh bergossipan bersama.
Lepas
makan kami pegi tengok orang main roller blades kat dataran tuh. Memang trend
sekarang gamaknya orang main roller blades nih. Chantek la bila nampak mainan
especially yang glow in the dark bergemerlapan malam tuh.
Ada
layar gergasi jugak kat dataran nih. Tatau la kalo ada perlawanan bola ke apa
depa tayangkan kat sini jugak.
Sapa-sapa
nak bersantai bergebang-gebang boleh la lepak sini sambil makan macam-macam
sambil tengok budak-budak main roller blades.
Meriah sungguh aktiviti kat Dataran nih |
p/s
kalo ada orang jual kacang phool kat sini best jugak kan coz tak semua orang
berpeluang nak berjalan-jalan makan kacang phool kat Larkin tuh. Eh tatau la
kan kalo memang ada orang jual tapi kami yang tak jumpa cari.
2 Comments
bila kejadian ni berlaku?aku x pernah lg makan steamboat kat sana...biasa la najib kalau malam2..x suka berlibur
ReplyDelete5 Mei lepas. Opis buat technical visit. Kena coba sekali zue. Sedap-sedap makanannya
Delete