Dah
alang-alang datang Melaka nih, kita kena la makan ikan bakar. A few years back
dah pernah makan kat Umbai, so nak coba makan kat Serkam plak coz ada orang
kata sedap jugak ikan bakar kat sini.
Lepas
selesai bermandi manda di taman tema air, kitaorang teruih je pi cari ikan
bakar Serkam nih. Memang tak check in dulu sebab kalo dah masuk bilik hotel,
sure la harapan nak keluar makan tuh macam takde.
Dari
Bayou Lagoon Park Resort ke Medan Ikan Bakar Serkam nih dalam 20 km tapi
disebabkan kitaorang tak jumpa sign board dan pakai GPS yang hidup segan mati
tamau tuh dalam 40 minit jugak la baru kami sampai kat Medan Ikan Bakar Serkam
tuh.
By
the time kami sampai, hujan renyai-renyai tapi kami redah jugak la. Ada
beberapa kedai ikan bakar kat sini. Kami tak perasan plak ada kedai yang
lampunya macam gempak tuh. Dah order makanan kat kedai yang kami duduk tuh,
baru perasan ada kedai yang nampak kachaks dari kejauhan. Tapi takpe je la kan
coz semua kedai pun kat Medan Ikan Bakar Serkam.
|
Pilih je semua binatang laut yang berkenan di hati |
|
Pepahat |
Kitaorang
amik ikan siakap, 2 ekor sotong dan sebekas pepahat. Ikan dan sotong dibakar.
Pepahat dimasak sambal (boleh jugak masak goreng cili api. Ada dua pilihan
masakannye).
Sementara
tunggu food siap dimasak, budak-budak nih sakan la makan jajan coz memang
terbentang depan mata camtuh. Depa makan berketoi-ketoi sumi dan keropok super
ring.
|
Kedai yang nampak lagi meriah dari kejauhan tuh |
Ada
plak kucing yang banyak kat situ. Memang suka la depa perati kucing-kucing tuh.
Walopun depa dua orang nih ada darah Jawa sekupang kan tapi disebabkan duduk
kat apartment di bandar, memang la super excited kalo nampak kucing. Kesian
jugak depa kan. Den dulu masa kecik siap bela kucing nama Tompok dan Comot.
Siap tido dengan kucing-kucing tuh dan masukkan depa dalam buaian suruh tido
hehehehehehhe. Kesian jugak tengok budak-budak nih sebab paling hampir depa
dengan kucing adalah setakat tengok-tengok je.
|
Si tembun nih memang kurang takut skit. Si F duduk jauh sepelaung daripada anak kucing nih. |
|
The boys wit the cats. Tengok la F tuh duduk jauh berdepa-depa daripada kucing tuh. |
Ikan
siakap bakar dia memang best. Sotong tuh je cam terpelik skit sebab bakar
camtuh je takde kunyit ke ape tapi abis jugak la kitaorang makan hhehehehhe.
Pepahat tuh sedap jugak rupanya. 38 tahun hidup kat muka bumi nih, first time
makan pepahat.
|
Untuk cicah |
|
Sotong dan ikan siakap bakar |
|
Pepahat yang super sedap |
Untuk
ikan siakap + 2 sotong + pepahat + ayaq laici + ayaq teh o ais + ayaq kopi o
panas + ayaq sejuk + jajans (sumi & super ring) RM 48 je. Murah la jugak
kan.
Kalo
sapa-sapa yang dah biasa makan ikan bakaq kat Umbai, boleh la bertukar selera
makan ikan bakaq kat Serkam plak k.
0 Comments