LASIK Mata
Ada
3 orang konco-konco di ofis telah membuat LASIK mata a few months back. Serious
depa dah makin comei tak payah pakai cermin mata lagi.
LASIK
stands for Laser Assisted In Situ Keratomileusis. Tergeliat lidah nak menyebut
perkataan terakhir tuh.
So
den saja je la pegi check mata den kat tempat yang depa buat LASIK tuh di
Advance Vission Eye Specialist Centre di Damansara Utara.
Masa
den sampai kat klinik tuh serious ramai gila orang k. Ramai rupanya orang tak
mau pakai cermin mata.
Den
diminta mengisi borang maklumat diri termasuk berapa lama dah pakai cermin mata
(baru tersedar diri dah lama gila kot den pakai cermin mata dalam 25 tahun..jubli
perak gittew), ada penyakit apa, allergic ubat apa, etc.
Lepas
isi borang tuh, tak sampai 5 minit den dipanggil untuk periksa mata yang macam
kat kedai mata tuh, baca nombor dengan tutup mata sebelah dan check mata guna
machine.
Lepas
tuh den lepak dalam 5 - 7 minit, den masuk plak bilik lain untuk periksa kornea
mata.
Dalam
10 minit lepas periksa kornea mata, adik manis yang entertained den tuh (lupa
plak tanye nama dia) panggil den duduk dan terangkan tentang proses LASIK nih.
Dia
kata bukan semua orang sesuai buat LASIK. Antaranya, mata ada katarak, baki
tisu mata tidak mencukupi, mata ada kecederaan, etc.
Adik
manis cakap LASIK adalah untuk merawat rabun jauh dan silau. Ia tidak boleh
merawat rabun dekat. So sapa yang lebih 50 tahun ke atas tak digalakkan buat
LASIK coz kebarangkalian untuk mendapat rabun dekat bila umur meningkat nih
adalah tinggi. Rabun dekat setakat nih memang kena pakai cermin mata.
Untuk
buat LASIK, kena tengok ketebalan kornea, baki tisu, power cermin mata dan
silau. Baki tisu adalah anggaran kiraan selepas LASIK dibuat bagi memastikan
tisu mencukupi sekiranya perlu buat LASIK lagi sekali atas sebab-sebab yang
tidak dapat dielakkan.
Ada
2 jenis LASIK. Standard LASIK harga dalam RM 2888 bagi mata yang biasa. Kalo
mata kornea tak cukup tebal, silau dan power yang tinggi, etc dicadangkan untuk
buat Custom LASIK dengan rege RM 5,888.
Coba
teka den disarankan untuk buat LASIK yang mana? Haruslah kan yang paling mahai
dok ada dalam pakej sebab den memang special gittew. Adik manis sarankan den
buat Custom LASIK sebab walopun kornea den tebal, power cermin mata dan silau den
adalah sangat tinggi ala-ala mengalahkan cermin mata dan silau mata Cyclops gittew.
Katanya
ada 3 bahagian untuk buat LASIK nih:
Bahagian 1 : Check mata macam den buat nih. Tengok sesuai ke tak untuk buat
LASIK. Free of charge.
Bahagian 2 : Jumpa Doktor Mata. Dr akan check secara terperinci sama ada
mata kita ada kecederaan atau sebagainya yang boleh menyebabkan kita tidak
sesuai untuk membuat LASIK nih. Caj perundingan RM 80. Kalo setuju nak buat
LASIK, kena bayar deposit RM 400 (cash) masa booking tarikh untuk buat LASIK.
Bahagian 3 : Hari buat LASIK tuh itself. Sehari atau dua hari sebelum buat
LASIK, perlu jelaskan baki bayaran samada dengan tunai, debit card atau kad
kredit (ada beberapa kad kredit yang kita boleh buat installment payment plan
with 0 interest camtuh).
Adik
manis kata setiap perkara yang dibuat dalam hidup memang ada risiko termasuklah
LASIK nih. Tiga risiko yang terutama adalah:
1. Flap
complication (flap tuh adalah lapisan yang dipotong oleh Doktor untuk
membolehkan LASIK dibuat);
2. Jangkitan.
Kalo kita tak jaga betoi-betoi mata kita lepas LASIK, kemungkinan ada jangkitan
tuh tinggi.
3. Regeneration.
Penambahan power mata sedikit (eh dah lupa plak apa adik manis ceite pasal nih).
Adik
manis juga terangkan dengan terperinci tentang proses LASIK, penjagaan mata
lepas LASIK, etc.
Katanye
LASIK biasanya amik masa 5 minit je untuk laser tuh tembak mata kita (dengan
syarat mata kita tak bergerak-gerak masa proses tuh) tapi proses nak sediakan
mata kita untuk diLASIK (masukkan ubat, letakkan alat sengkang mata, etc) amik
masa dalam 30 minit.
The
first 3 weeks memang kena jaga betoi-betoi tak boleh kasi apa-apa pun termasuk
dalam mata termasuklah air. Tak dibenarkan mandi pool, bersukan (sebab takut
peluh masuk mata), etc.
Ada
beberapa siri pemeriksaan susulan lepas buat LASIK.
Setiap
orang mempunyai tempoh kesembuhan (dapat melihat dengan jelas) yang
berbeza-beza. Ada yang dapat tengok dengan jelas dalam tempoh 3 minggu. Ada
yang sebulan lebih. Ada jugak more than that.
Lepas
LASIK, diharapkan kita tidak membuat aktiviti yang memberi tekanan berlebihan
kepada mata kita termasuklah terlalu lama mengadap computer, membaca buku dalam
gelap@kurang cahaya (eh…sapa la yang selalu buat perangai nih kan?), tengok
handphone dan tab dalam gelap (sapa la nih), etc.
Lama
jugak adik manis bercerita pasal LASIK nih dalam 20 minit.
Kepada
sapa-sapa yang pakai cermin mata atau contact lense berumur bawah 30 tahun,
berbaloi den rasa buat LASIK nih coz dah tak perlu buat cermin mata sampai
bila-bila in sya Allah.
Untuk
den yang dah nak mencecah usia senja nih kena pikir banyak kali jugak kot coz
den nih selalu je la suka baca buku dalam keadaan cahaya suram coz tak nak
budak-budak terjaga dari tidoq, etc. Kalo dah spend almost RM 6K, harus la kena
coba sedaya upaya memastikan pelaburan tuh berbaloi-baloi.
Setakat
nih den belum buat keputusan lagi nak buat LASIK nih ke tak. Yang penting kena
menabung dulu dalam tabung Apple sebanyak RM 5,888. Dah cukup dana esok baru
den pertimbangkan semula.
Godaan
untuk hidup tanpa cermin mata memang sangat mengujakan. Seronok sangat rasanya
kalo bangun tido pagi-pagi tak teraba-raba cari cermin mata, nak main futsal atau
apa-apa sports pun takde kekangan, nak berenang-renang ke ketepian pun best
(walopun berenang tuh 3 tahun sekali), kebarangkalian untuk tercedera akibat
cermin mata bila kiddos sepak bole kena muka pun kurang, etc. Tempting sangat
kan? Haishhh…
Kepada
sapa-sapa yang nak memeriksa mata atau mendapatkan maklumat lanjut tentang
LASIK nih boleh la tengok website http://www.advancevision.net.my/.
2 Comments
Brape power and silau your eyes.
ReplyDeleteSorry baru perasan komennya. Power 700. Silau tinggi x ingat berapa
Delete