Tertau pasal kedai peliharaan kucing nih kat FB. Tak ingat sape yang shared info pasal nih.

Kedainya terletak betoi-betoi tepi jalan besar dekat bangunan baru Vista Alam di Seksyen 14, berdepan dengan bangunan Umno Selangor, KWSP dan PNSB.

Parking so far memang banyak coz tak banyak lagi kedai bukak kat kawasan tuh.
Kedainya tiga tingkat. Tingkat bawah ada aquarium menempatkan kucing-kucing dan barang-barang aksesori kucing. Tingkat 1 adalah kawasan untuk kucing-kucing bermain. Tingkat 2 adalah maternity ward tempat kucing bersalin, etc.

Ingatkan boleh bagi budak-budak pegang kucing, dats why la bawak depa ke sini.

Rupa-rupanya kucing-kucing yang dok ada kat premis tuh semua dah ada pemilik dan depa yang boleh main dengan kucing-kucing depa. Cumanya sekali sekala bila owner business tuh lepaskan kucing dia sendiri, boleh la kot tumpang kasih pegang kucing owner tuh.
Semuanya dah ada pemilik
Den ingatkan kucing RM 2 ribu ke RM 3 ribu dah mahai sangat dah tapi kucing-kucing yang dok ada kat sini regenye paling murah kat sini adalah RM 30 K. Yupp you heard me right, RM 30 ribu k. Baka kucing adalah dari Eropah. Ada pelbagai spesies.

Den terkebil-kebil & super duper terkesima dengaq rege kucing tuh camtuh. Langsung la kan secara automatik & tindakan refleks, den tak bagi budak-budak la tuh pegang pun aquarium yang menempatkan kucing-kucing tuh.
Sebelum den tau rege kucing nih den bagi la depa pi dekat-dekat aquarium tuh
Gila takut & terkujat kot dengan rege kucing camtuh. Kalo budak-budak nih tercalarkan kucing-kucing tuh mampuih la den kena gadai emas den yang nan seurat tuh den nak membayo ganti rugi.

Kedai nih boleh la den katakan sebagai one stop centre untuk peminat kucing terutamanya orang yang memang bela kucing sebab macam-macam aksesori kucing dok ada kat sini.
Macam-macam aksesori dok ada
Kaunter yang comei
Sekali pandang barang-barang kucing yang dok ada kat sini dah macam barang-barang baby dan toddlers plak. Serious banyak dan beraneka k barang-barang untuk kucing nih.
Lounge untuk kucing dah macam ruang tamu orang ado-ado yang masuk majalah 
Pekerja yang layan den & kiddos tuh baik sangat-sangat padahal dia sure la bley nampak dengan jelas & sahih yang den nih memang la bukan dalam kategori peminat kucing or mempunyai kemampuan untuk beli even anak kucing pun kalo anak kucing tuh dah regenye RM 10 K seko. Lupa plak nak tanye nama dia ape.

Sapa-sapa peminat kucing boleh la mai tengok kucing kat sini. Walopun regenye macam tak masuk akal den tapi still la kan its an experience dapat tengok kucing yang super duper mahal tuh. Maybe sapa-sapa nak buat different kind of investment boleh jugak mai sini. In sya Allah den akan ceite pasal nih dalam next post k.

0 Comments