The Little Coffee Shop of Kabul by Deborah Rodriguez
Buku nih
jalan ceitenye simple tapi menarik. Ceite pasal Sunny, orang putih dari Amerika
berumoq 38 tahun yang membuka kedai kopi di Kabul, Afganistan lepas dia
frustrated dengan life dia di Amerika.
Pekerja kat
kedai dia ada 4 orang. Bashir Hadi, seorang tukang masak. Ahmed, guard yang
jaga pintu masuk kat kedai tuh. Halajan (emak Ahmed), waitress dan tukang
kemas. Yazmina, tukang kemas.
Setiap orang
pekerja dia ada ceite tersendiri.
Yazmina,
mengandung tapi suaminya meninggal dunia kena bom dengan Taliban.
Halajan, 60
tahun pernah hidup di zaman pre-Taliban. So dia a bit moden dan a bit
rebellious. Dia hisap rokok.
Ahmed,
sorang mamat yang sangat berpegang pada tradisi.
Sunny buat
kedai kopi kecik nih macam-macam untuk menarik orang datang ke kedai tuh. Dia
pasang tv besar. Buat sambutan Krismas dan Easter. Panggil Dr daripada United
Nation untuk bagi talk bagi isu kesihatan wanita dan talk oleh pejuang human
rights.
Ceite nih
berkisar pasal life diaorang dekat kedai kopi tuh.
Of coz ceite
nih happy ending walopun ada tragedies along the way.
Buku nih
ceite a few stuff pasal tradisi dan adat orang Afganistan. Antaranya:
1. Orang
perempuan pergi mana-mana even pergi pasar pun kena ditemani oleh orang lelaki
yang muhrim depa.
2. Perempuan
dan lelaki yang bukan tak boleh berkomunikasi secara terbuka.
3. Purdah wajib
dipakai apabila perempuan keluar dari rumah.
4. Rumah, kedai
dan sekolah dibom diterima macam perkara rutin di Kabul. Lepas mana-mana tempat
dibom, depa bersihkan kawasan tuh, hantaq orang yang cedera pegi spital &
depa teruskan hidup macam biasa.
5. Perempuan
yang mengandung tapi suaminya meninggal atau mengandung sebab dirogol atau
dihalau dari umah keluarga suaminya biasanya akan dibunuh.
6. Kebanyakan budak
lelaki akan dilatih untuk joint Taliban.
7. Kebanyakan
budak perempuan samada akan dibunuh masa kecik atau end up jadi pengemis dan
pelacur.
8. Prostitution
is a reality.
9. Industry
opium (poppy field) adalah industry terbesar di Afganistan. Ibu-ibu yang ada
babies dan toddlers akan hembus asap dadah nih ke muka anak-anak depa supaya
depa lalok dan tak kacau mak depa buat keje. So depa dah memang didedahkan
dengan dadah daripada kecik lagi. Sebab tuh ramai penduduk Afganistan addicted
to dadah (dah banyak documentaries dan articles pasal nih pernah dibuat).
10. Seorang balu
boleh berkahwin semula sekiranya anak lelakinya bersetuju dan menguruskan
perkahwinan tuh.
A great
read. 3.5 stars.
Den dah baca
buku nih bulan lepas kot cuma tak sempat-sempat nak buat review. Cumanya bila
nak tulis entry nih, den ala-ala terbaca lagi sekali buku nih sebab ianya best
+ den dah agak-agak terlupa apa ceitenye hehehehhehe.
p/s 1 baca
buku nih buat den rasa bersyukur sebab dilahirkan dan membesar kat Malaysia.
0 Comments