The Drama
Pelakon A -
member den @ tuan umah apartment.
Pelakon B -
den.
Pelakon C -
penyewa apartment member den yang tak bayaq sewa dah 2 bulan.
7.00 pm -
den & member den planned nak buka je mangga gril & letakkan
barang-barang penyewa dekat koridor. Lepas sakit kaki naik tangga ke tingkat 4
bangunan apartment uh, kitaorang found out penyewa tukar mangga.
7.15 pm -
lepak kat playground bawah apartment. Penyewa tak angkat tepon & jawab
whatsapp walopun dah berkali-kali member den call & wasap. Den decided
untuk tepon tukang kunci untuk pecahkan mangga.
7.30 pm -
den bawak tukang kunci yang handsome, Mr Wong (sempat lagi memiangkan diri
walopun dah penat) potong mangga guna cutter tak sampai seminit dengan kos RM
70.
7.35 pm -
den & member den masuk dalam umah tengok keadaan umah & barang-barang
penyewa. Tiba-tiba guard datang bagitau Pengerusi Persatuan Penduduk nak jumpa
sebab kitaorang pecah masuk umah.
7.40 pm –
Pengerusi Persatuan Penduduk dan pembantunya advised untuk report polis sebelum
pecahkan mangga untuk elakkan masalah di kemudian hari. Tuan Pengerusi minta
member den diskus baik-baik dengan penyewa camne nak settle.
7.50 pm –
Penyewa telefon lepas member den wasap dia cakap barang-barang dia diletakkan
di koridor (padahal kitaorang tak usik pun barang dia). Dia cakap dia akan
sampai dalam kul 830 pm untuk berbincang.
A : Dia
tepon aku tadi menangis-nangis mintak tangguh untuk pindah sampai esok. Dia
kata dia boleh bayaq RM 300 malam nih, dia nak duduk sampai ujung bulan.
B : Dah tuh
macam mana?
A : Kesian
la plak kan?
B : Pasai pa
plak nak kesian? Dia tak bayaq sewa dah dua bulan. Deposit semua dah abis. Siap
negative lagi payment dia. Tambah lagi kos RM 70 untuk potong mangga.
A : Tau tapi
macam kesian la jugak. Dia nak tido mana malam nih?
B :
Takde...takde...malam nih jugak suruh dia kemas barang dia. Amik balik kunci
semua. Cakap kat dia guna RM 300 tuh pi tidoq Hotel Budget. Kalo hang bagi muka
lagi sampai hujung bulan, sure la dia tak bayaq jugak. Hang akan facing the
same problem macam sekarang nih. Aku dah tak larat nak teman nko layan tenant
perangai camnih.
A : Okay la
tapi nanti hang cakap dengan dia k.
8.00 pm -
Den & member den dinner dulu sementara tunggu tenant sampai.
A : Ke aku
bagi dia option?
B : Option
apa lagi? (sakit hati sebab penat otak dan badan).
A : Kalo dia
boleh bayaq RM 1500 malam nih aku bagi dia stay sampai ujung bulan.
B : Fine.
Ikut hang la umah hang. Esok-esok dia tak mau keluaq umah jangan ajak aku teman
lagi nak suruh dia keluaq umah.
9.30 pm -
tenant sampai dengan housemate dia (katanya la) tapi dalam hati den ada musykil
skit pasai pa si C yang umoq dalam 20an nih housemate dia umoq 40an.
C : Saya
merayu sangat-sangat sekurang-kurangnya bagi saya masa sampai esok untuk kemas
barang.
B :
Takde...takde...kemas barang malam nih jugak. Kitaorang tunggu. Malam nih jugak
settlekan angkut barang or at least letak semua barang hang kat koridor.
Naik ke
apartment. Den duduk bersila kat ruang tamu sementara tunggu mamat tuh
berkemas. Sambil dok kumpul barang-barang tuh dia dok merayu-rayu jugak untuk
diberikan masa sampai esok untuk dia kemas barang. Den yang dah menyol-menyol
otak sebab letih memang la kan tak layan.
Mamat yang
penyewa kata housemate tuh koba kat den & member den yang dia tatau apa-apa
pun sebab penyewa call dia mintak tolong anto ke apartment je. Dia memang
confirm bukan housemate mamat nih.
10.00 pm
C : Saya
letak barang-barang nih kat luar koridor dulu.
A : Banyak
lagi barang-barang hang nih. Keluaqkan la letak kat koridor.
C : Takpe
la. Saya nak barang-barang nih je. Yang lain tuh takpe la buang la.
B :
Kitaorang kemas dan buang semua?
C : Haah.
A : Betoi
tak nak semua barang nih?
C : Haah.
Disebabkan
memang dah penat, dah tak lalu nak argue pasai kenapa plak kitaorang yang kena
kemas barang dia, sewa yang tertunggak, etc. Yang penting member den nak mamat
nih cepat-cepat keluar dari apartment & depa parted ways camtuh.
Lepas dia
pulangkan kunci dan pass card, den & member den duduk jap terklepet
kepenatan.
Then
kitaorang kemaskan skit barang-barang yang dok ada masukkan dalam plastic
sampah hitam dalam 4 karung sebelum bawa buang ke tong sampah besar.
On the way
balik umah:
A : Nih la
perkara paling kejam aku buat dalam tahun 2016 nih. Halau tenant aku.
B : Apa plak
kejam? Dah banyak kali bagi chance kot. Memang dia kena keluar umah la kalo dah
tak bayar sewa. Tipu lagi cakap nak bayar esok la, malam nih la, minggu depan
la, ujung bulan la. Dah la call & wasap tak jawab.
A : Aku tak
boleh la. Aku tak macam nko. Nko memang kejam.
Den senyap
je coz malas nak layan. Kalo den katok dia karang, dah lambat plak nak sampai
umah.
By the time
den sampai umah, dah almost 11 pm. Serious penat pengsan.
Moral of the
story:
Tenant yang
bermasalah camnih memang la menyusahkan. Dah la tak bayar sewa, tak nak kemas barang
yang dia tak nak plak tuh, tak jawab call, penuh beralasan, etc. Ianya memang
akan menyebabkan otak dan badan kita penat nak melayan.
So kalo
sapa-sapa yang terada tenants camnih, sila la terminate dari awal-awal lagi.
Sebaik-baiknya pilih tenant betoi-betoi dari mula-mula lagi. Screen your
potential tenant.
Kepada
penyewa, tolong la berkelakuan sewajarnya. Dah sewa umah orang, sila la bayar
on time k coz tuan umah tuh nak kena bayar monthly installment kat bank k. Jika
nak pindah keluar, tolong la kemas umah tuh sebersih mungkin sebagaimana
mula-mula kita masuk umah tuh.
Dan tolong
la cari umah sewa yang kita mampu bayar. Kalo sewa apartment tuh RM 1 K/bulan,
gaji hang plak RM 2K/bulan memang la tak logic hang nak duduk sorang-sorang kat
apartment tuh dan bayaq dat kind of rental. Please la ukur baju di badan
sendiri okay supaya tak menyusahkan diri sendiri dan tuan umah.
Tuan umah
tolong la bertegas. Wajib bertegas at day one lagi supaya tenant tak mengambik
kesempatan. Bertimbang rasa dan kesian perlu ada had. Kalo tuan umah memang
kaya kayak takde masalah nak bayo monthly installment kat bank takpe la.
Kalo dok
lembut hati macam member den nih ha, memang mendapat la menguruskan macam-macam
hal. Nak halau tenant pun, masih nak berlembut hati. Please be very strict with
your own property.
p/s 1 my
friend spend almost 2 days kemaskan barang-barang yang ditinggalkan penyewa.
Dia kena turun naik tingkat 4 apartment tuh almost 10 times untuk buang
barang-barang tuh. Tak ke sakit jiwa dibuatnya.
p/s 2 to my good friend,
the land lord, kalo next time nko ada perangai lemah lembut lagi dengan tenants
yang bermasalah, sila uruskan sendiri. Tak kuasa dah den nak melayan hang
tolong halau tenats cenggini. And you owe me big this time. A fully sponsored
trip to Bali sounds great right hehhehehehehheheehe.
I know I can always count on you eventhough you are a paranoid kind of friend |
0 Comments