Ustaz Umar nih merupakan salah seorang ahli NBG. Beliau merupakan seorang imam Masjid MyWay, founder tahfiz Mudir Mataku, seorang perunding hartanah dan seorang penceramah.

Antara intipati ceramah dia selepas lunch masa IGH 26 Mac 2016 tuh adalah:

Kita tidak mampu nak bayar setiap nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Nikmat yang paling besar adalah iman dalam Islam.

Jalan untuk kita bersatu adalah agama.

Bumi yang pertama sekali adalah di Mekah. Tanah yang paling mahal di dunia adalah di Mekah.

Ibu segala maksiat/dosa adalah cinta dunia.

Segala apa yang kita buat sepatutnya kerana Allah.

Perlu sentiasa jaga hati dan niat.

Mencintai kemasyhuran adalah lebih bahaya daripada mencintai kekayaan.

3 syarat sahabat Nabi Muhammad s.a.w (golongan yang diampunkan dan dijamin syurga) adalah:

1. Mereka yang pernah berjumpa Nabi Muhammad s.a.w semasa Baginda masih hidup.
2. Beriman.
3. Meninggal dunia dalam Islam.

1 hari akhirat = 1000 tahun di dunia.

Ada 5 jenis doa:

1. Allah kabulkan doa pada ketika itu juga.
2. Allah terima doa kita tetapi Allah tangguhkan pemberiannya.
3. Allah tukarkan doa kita kepada yang lebih baik.
4. Allah simpan doa kita untuk hari akhirat.
5. Doa yang tidak diterima adalah doa yang tiada keyakinan (keimanan).

Untuk menguatkan doa kita perlu:

1. Kuatkan keimanan (yakin dengan Allah).
2. Betulkan ibadah (solat, fardhu ain, fardhu kifayah, sunat, etc).
3. Muamalat (jual beli, etc).
4. Hukum dalam Islam.
5. Akhlak (hubungan sesame manusia).

Harap kita sama-sama dapat mengambil sedikit sebanyak manfaat daripada tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Umar yang comel nih...eh. 
sumber weheartit.com

0 Comments