Seminar Mudahnya Meniaga 24 April 2016 IDCC Shah Alam
Den
daftar untuk hadir seminar nih RM 10. A half day seminar.
Pendaftaran
mula pukoi 730 am. Den sampai dalam 8 am. Punya ramainya manusia nak hadir
seminar nih. Serious berenyut-renyut orang k.
Seperti
biasa la kan den pi mana-mana seminar memang sorang-sorang sebab dah ajak
kawan-kawan depa tak mau ikut. Buong tuh boleh je la kalo nak paksa dia pi kan
tapi dua orang anak ketipang payung tuh takde sapa nak jaga.
Comei
je Dr Azizan tuh rupanya. Bulat memang bulat tapi tak la sebulat yang den
bayangkan hahhaahahhaa. Muda lagi. Dalam 42 tahun.
So
den coba la senaraikan secara ringkas apa yang den dapat daripada seminar nih.
3
tahun pertama meniaga patut dah boleh capai RM 1 juta yang pertama. Nih boleh
dibuat bila ada mentor, strategi dan ilmu yang betoi.
Fokus
pada core business.
Mesti
faham pasaran. Fokus pada priority market.
3
perkara utama yang perlu dilihat pada business kita adalah:
1. Expendable
(boleh dikembangkan/dibesarkan, etc);
2. Sustainable
(bertahan lama); dan
3. Repeatable.
Ada
3 saiz business:
1. Kurang
RM 500 K/tahun;
2. RM
500 K - RM 10 juta/tahun; dan
3. Lebih
RM 10 juta/tahun.
Apa
kita fikir, rasa, cakap dan buat adalah doa.
5
sebab orang nak ubah hidup:
1. Tahu
dan sedar ada masalah kewangan yang kritikal;
2. Risau
cabaran ekonomi dan cabaran bisnes yang mendatang;
3. Perbaiki
tahap dan gaya hidup dan kewangan;
4. Membahagiakan
orang tersayang; dan’
5. Nak
capai banyak impian.
15
Formula Untuk Berjaya:
1. Mentality
2. Matlamat
yang jelas dalam 1 - 3 Tahun
3. Mentor
yang terbukti berjaya
4. Your
big WHY
5. Tiru
orang yang lebih berjaya
6. Mesti
berjaya vs Patut Berjaya
7. Mastery
(kuasai potensi diri, hidup, masa, wang, kerjaya/bisnes)
8. ELMU
(emosi diri dan ilmu)
9. Bersyukur
10. Strategi
dan system yang terbaik
11. Tindakan
luar biasa
12. Tindakan
berani
13. Tindakan
konsisten (istiqamah)
14. Niat
yang jelas dan betoi
15. Impian
yang jelas dan besar
LUCK
L -
Logistic (kena tukar kawan-kawan dan environment kita)
U -
Upgrade (cara kita berfikir, ilmu, niat, etc)
C -
Commitment
K -
Kinesthetic (pergerakan, buat apa diajar)
Komitment
akan datang dengan 10 halangan:
1. Ego
2. Sceptical
3. Takut
4. Rasa
tak layak
5. Tak
yakin
6. Suka
bertangguh
7. Bagi
alasan
8. Tunggu
dulu
9. Tertarik
dengan orang yang negative
10. Tidak
bersungguh-sungguh
11. Menyalahakan
agama
Eh pasai pa 11 plak kan? heeehehhee.
Masa
Dr Azizan Osman dok bagi tips, nasihat, etc, dia ada selitkan la cerita pasal
pengalaman jatuh bangun hidup dia dalam business.
Banyak
la dia ceite, den kadang-kadang terkesima sampai lupa nak amik notes
hehehehehhe.
Hidup
kita seharusnya memberikan nilai tambah dalam kehidupan orang lain.
Beliau
dok pesan suruh menjadi hamba Allah yang bersyukur. Jaga solat. Sentiasa
bersedekah. Berjaya di dunia patutnya menjadikan kita lebih berjaya di akhirat.
Beliau
jugak shared info beberapa orang anak-anak murid dia yang dah berjaya.
Antaranya:
Mood
Republic (asalnya ada RM 20, lepas jadi anak murid Dr Azizan, pendapatan
sekarang RM 10 juta setahun).
Nuraisya
Beauty ke ape (asalnya jualan RM50K/sebulan, pendapatan terkini RM
900K/sebulan).
King
Char Keaw Tiaw PD (asalnya RM1,000/hari, sekarang RM 12,000/hari).
X-gomen
staff. Sekarang bisnes grooming (gaji gomen RM 3,500/sebulan, sekarang RM
120K/sebulan).
Kosmetik
apa den tak ingat (asalnya jualan RM100K/sebulan, pendapatan yang terkini RM
7.8 juta/tahun).
Ada
ramai lagi la anak murid dia yang dia kongsikan kejayaan depa.
Untuk
den yang gaji biasa-biasa nih (tapi masih bersyukur tau sebab ada reja), memang
la kan den terkesima tengok pendapatan bulanan anak-anak murid Dr Azizan melebihi
yang terlebih-lebih daripada pendapatan den 10 tahun camtuh. Kalo den pencen
pun, jumlah keseluruhan pendapatan selama 33 tahun berkhidmat dengan gomen tak
akan dapat mencecah walo suku pendapatan anak-anak murid Dr Azizan huhuhuhuhu.
Memang
terror la depa kan.
Dr
Azizan jugak habaq pasai SEED Business College di Seksyen 13, Shah Alam.
Sapa-sapa nak tengok info pasal kolej nih bley tengok kat web depa k http://www.seed.edu.my
My
verdict seminar nih is totally worth it. RM 10 je untuk dengaq talk oleh
seorang jutawan pasai macam mana nak betoikan mind set untuk meniaga. RM 10 je kot.
Siap dapat buku Mudahnya Meniaga yang worth RM 45.
Zaman
la nih, den lunch kat kedai di sekitar opis nih pun dalam RM 8. Tuh makan nasi
putih + 1 lauk + 1 sayoq + teh o ais. So memang sangat berbaloi k.
Den dah abis baca buku nih dalam masa 1 hari. Nanti den ceite kalo den sempat k |
Mungkin
la kan apa yang Dr Azizan cakap dalam seminar nih dah diupload dalam youtube dan
ada info yang kita boleh dapat dalam macam-macam buku motivasi, etc. Cumanya
bila kita pi seminar nih, kita dapat input tuh secara langsung daripada beliau
& maklumbalas daripada peserta memang happening menyebabkan keterujaan tuh berganda-ganda.
Seminar
setengah hari memang cenggitu la input yang beliau sempat bagi. Memang tak
boleh complaint la kan. Dah la bayaq murah, masa pun singkat, memang camtuh la
input dia. Kita nih kadang-kadang memang terlupa daratan kan.
Ada
kelas yang lebih detail dalam Intesif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang
akan dibuat pada 6 - 8 Mei di IDCC Shah Alam. Info lagi meletops, lagi
terperinci akan diberikan dalam program nih. General seats dalam RM 350 camtuh.
Sebenaqnya murah sangat dah tuh sebab 3 hari 2 malam kot programnya.
Kalo
ikutkan hati den memang nak joint IMKK tuh tapi 4 - 6 Mei tuh den ada program
opis kat Johor dan Melaka. Hari tuh masa pi Seminar Gelombang Hartanah tuh dah
ponteng satu program opis.
Nih
kalo dok asyik ponteng program opis karang kena katok plak dengan boss. Tak
kena gaya kena tindakan tatatertib plak. So den kena la sedaq diri no. Selagi
mana den reja makan gaji, selagi tuh la den kena utamakan reja den dulu sebab
den dah sign akujanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik..eh…chewah.
Sebenaqnya kena sedaq diri tuh amanah yang memang kena dibuat.
Pada
sapa-sapa yang berminat nak dengaq apa Dr Azizan berletiaq boleh la check info
pasal Seminar Mudahnya Meniaga di website www.klinikusahawan.com Kalo sapa-sapa berminat nak tau
dengan details pasal IMKK tuh bley tengok website www.azizanosman.com/imkk/
Depa
memang happy den ada rejki nak pi seminar nih.
0 Comments