Polisi
BAGAIMANA MEMBUAT PESANAN
PEMBELIAN
Pembeli boleh membuat
pesanan pembelian melalui:
1. Whatsapp atau sms 013-2332254;
2. PM di fanpage DinoHauz; atau
3. PM di facebook Bidasari binti Bahashim.
Sila nyatakan dengan jelas
maklumat berikut:
1. Kod barang yang hendak dibeli;
2. Saiz barang yang hendak dibeli;
3. Kaedah pembayaran samada melalui maybank2u atau cimb click atas
nama Bidasari Bahashim;
5. Alamat lengkap untuk barangan tersebut dihantar/dipos.
HARGA DAN BAYARAN
Semua harga adalah di dalam
Ringgit Malaysia (MYR) dan boleh berubah tanpa notis. Buat masa ini kami hanya
menerima bayaran daripada Maybank2u dan CimbClicks.
KEPUASAN PELANGGAN
Kami di DinoHauz akan cuba
sedaya upaya untuk memastikan kepuasan pelanggan dipenuhi dan diutamakan. Kami
berharap dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dengan pembeli.
PENGHANTARAN ATAU PENGEPOSAN
Kami menggunakan Pos Laju
bagi perkhidmatan penghantaran/pengeposan barang-barang jualan kami.
PENGHANTARAN ATAU PENGEPOSAN DALAM MALAYSIA
Semua pesanan di dalam Semenanjung
Malaysia, Sabah and Sarawak dihantar/dipos menggunakan PosLaju. Poslaju adalah
perkhidmatan penghantaran cepat Malaysia yang menghantar barang dalam tempoh 2
-5 hari bekerja.
Tracking numbers akan
diberikan kepada pembeli selepas kami menghantar/mengepos bungkusan barangan
pembeli.
Setiap barang dikenakan caj
berdasarkan berat bungkusan barangan tersebut.
Tandatangan diperlukan
apabila bungkusan barangan diterima.
TEMPOH
PENGHANTARAN DALAM MALAYSIA (SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK)
PESANAN DIBUAT
|
PENGHANTARAN / PENGEPOSAN
|
MASA BARANG SAMPAI KEPADA
PEMBELI
|
Isnin - Jumaat, sebelum 6 petang
|
Anggaran tempoh penghantaran 1-5 hari
bekerja atau 7-14 hari bekerja bermula dari tarikh hari pesanan dibuat.
|
#Pesanan anda akan sampai
kepada anda di antara hari Isnin - Jumaat.
|
Isnin - Jumaat, selepas 6 petang
|
Anggaran tempoh penghantaran 1-5 hari
bekerja atau 7-14 hari bekerja bermula dari sehari selepas tarikh hari pesanan
dibuat.
|
#Pesanan anda akan sampai
kepada anda di antara hari Isnin - Jumaat.
|
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Selangor dan
Malaysia
|
Anggaran tempoh penghantaran 1-5 hari
bekerja atau 7-14 hari bekerja bermula dari hari bekerja selepas tarikh hari
pesanan dibuat.
|
#Pesanan anda akan sampai
kepada anda di antara hari Isnin - Jumaat.
|
PEMULANGAN DAN PERTUKARAN
BARANG
Sekiranya pembeli menerima
barang yang rosak atau terkoyak, pembeli boleh memulangkan barang tersebut
dalam tempoh tujuh (7) hari barang tersebut diterima kepada kami untuk
mendapatkan kembali jumlah wang bagi barang yang telah dibayar (tidak termasuk
kos penghantaran/pengeposan). Barang mestilah dipulangkan dalam keadaan barang
tersebut diterima oleh pelanggan (tag masih ada pada barangan dan dalam
bungkusan asal). Barangan hendaklah tidak termasuk di dalam kategori barangan
yang tidak boleh dipulangkan kembali atau ditukarkan atau dipulangkan kembali
wangnya.
Kos yang dipulangkan
kembali hanyalah ke atas barangan yang dibeli.
Kos penghantaran/pengeposan
dan caj perkhidmatan adalah tidak boleh dipulangkan (nonrefundable).
Kos penghantaran/pengeposan
bagi pemulangan semula barangan yang telah dibeli adalah ditanggung oleh
pembeli sendiri.
Checklist Pemulangan Barang
1. Adakah barang tersebut masih di
dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh diterima?
2. Adakah tag masih terlekat pada
barangan tersebut?
3. Adakah barang dalam keadaan asal
semasa barang diterima oleh pembeli?
4. Adakah barang di dalam bungkusan
asal semasa diterima seperti kotak kasut?
TEMPOH MASA PEMULANGAN SEMULA DUIT
Pemulangan
semula duit akan dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja selepas barang diterima
oleh penjual melalui pemindahan bank.
Silakan
kemukakan maklumat lengkap untuk pemulangan duit melalui pindahan bank:
1. Nama penuh
2. Nama bank
3. Nombor akaun
4. Email
5. Nombor telefon untuk dihubungi
Pemindahan
wang melalui bank : sehingga 3 hari bekerja
BOLEH ATAU TIDAK SAYA BUAT
PERUBAHAN ATAU MEMBATALKAN PEMBELIAN/TEMPAHAN SAYA?
Bagi memastikan semua
pelanggan menerima barangan yang telah ditempah/dibeli di dalam masa yang telah
ditetapkan, sebarang perubahan tau pembatalan pembelian/tempahan adalah tidak
dibenarkan.
TRACKING NUMBER MENGATAKAN
BAHAWA BARANGAN SAYA TELAH DIHANTAR TETAPI SAYA MASIH BELUM MENERIMANYA. APA
PERLU SAYA BUAT?
Sila
berhubung dengan syarikat pengeposan (shipping carrier) dengan
segera. Sila sediakan tracking number sebagai rujukan. Nombor PosLaju: 1-300-300-300
(tempatan).
WARNA
Kami cuba sedaya upaya
untuk menunjukkan warna barangan setepat yang mungkin. Walau bagaimanapun,
warna yang dipaparkan mungkin berbeza berdasarkan monitor yang anda lihat.
BARANG YANG TIDAK BOLEH DIPULANGKAN SEMULA (NON-REFUNDABLE ITEMS)
Sila ambil
maklum bahawa disebabkan perkara berkaitan kebersihan (hygiene concerns) dan penghabisan stok, beberapa
barang adalah tidak boleh dipulangkan (non-returnable), dipulangkan semula duit
(non-refundable) atau ditukarkan (non-exchangeable):
1. Barangan penghabisan stok
2. Sapu tangan
3. Tuala
4. Stokin
5. Pakaian mandi (swim trunks and
swimwear - bikini bottoms, bikini sets and 1-piece suits)
HUBUNGI KAMI
Jika ada sebarang
pertanyaan, boleh hubungi kami di 013-2332254 atau email kami di
dinohauz@gmail.com.
0 Comments