Passionate
Amboi tajuk tak menahan
yek. Macam nak cerita yang bukan-bukan je yek padahal nak cerita pasal reja je
pun.
Semua tiga orang pembentang
masa bengkel kelip-kelip tuh jatuh dalam kategori saintis @ penyelidik la sebab
depa dok mengkaji pasal kelip-kelip nih. Macam-macam la depa dok kaji.
Nak ceritanya depa sangat
bersungguh-sungguh dan minat dengan reja depa k.
Dr yang cerita pasal
populasi kelip-kelip tuh memang jelas kelihatan risau sebab kalo ikut kajian
dia untuk beberapa tahun jumlah kelip-kelip dah menurun hampir 37%. Antara
factor utama yang menyebabkan penurunan populasi nih katanya disebabkan oleh
kemusnahan habitat (eh terasa macam saintis plak cakap camnih hahahahhahaha) @
kemusnahan pokok-pokok rumbia dan sago tempat siput duduk akibat penebangan
kawasan pokok-pokok nih untuk pelbagai tujuan camtuh. Kalo siput takde, larvae
kelip-kelip takde la makanan. Tak makan depa pun mati. Dah mati macam mana nak
jadi kelip-kelip kan?
Tuan daripada Malaysia
Genom Institute pun memang nampak sangat happy ceite pasal reja-reja di makmal
yang depa buat berkaitan genetik nih. Serious excited gila dia ceite pasal
peralatan termasuklah mesin-mesin yang dok ada kat makmal tuh. Serious dia
happy k dengan reja dia.
Den pernah buat praktikal
hampir 3 bulan di makmal Palm Oil Research Institute Malaysia (PORIM). Den dok
buat analisis pasal kandungan logam berat dan unsur surih (saintis abis la nih
heheheheheheh) kat dalam tanah dan daun kelapa sawit. Munta darah tahap hijau k
dok buat the same analysis over and over untuk satu-satu sampel. Masa tuh den
dah tau den memang akan sakit jiwa kalo reja kat makmal. Alhamdulillah so far
den belum kena reja dengan makmal lagi.
Pembentang ketiga, Dr
daripada FRIM cerita pasal nak buat kajian lanjut untuk tengok kelip-kelip
dewasa makan apa. So antara prosedur yang dia kena buat termasuk la membelah
perut kelip-kelip untuk tengok isi kandungan perut kelip-kelip tuh. Kelip-kelip
tuh cenonet sangat kot. Rasanye tak sampai 1 cm panjang dia. Nak belah perut,
etc sure la perlukan ketelitian dan minat yang sangat tinggi.
Ketiga-tiga orang
pembentang yang den jumpa masa bengkel tuh sangat-sangat ethutiastic dengan
reja depa. Kita boleh nampak daripada cara depa bercerita, body language depa,
etc. Serious sangat passionate dengan reja depa.
So kita semua pun patut ada
feeling macam tuh jugak la sebenaqnya. Tak kira la kita buat bisnes ka kita
reja makan gaji ka, kita sangat perlu passionate dengan reja kita supaya kita
akan secara tak langsung dapat buat reja secara bersungguh-sungguh dan happy.
Happy tuh yang terpaling
penting den rasa sebab kalo kita tak happy dengan reja kita, ia memang akan
beri kesan yang tak best dalam hidup kita.
Kalo pun kita masih belum
jumpa button passionate dalam reja kita, kita masih tetap kena buat reja kita
bersungguh-sungguh sebab tuh amanah kot. So bila den ada terdengaq-dengaq
orang dok cakap ‘ala kalo kita buat reja bersungguh-sungguh pun, gaji kita
takat tuh jugak, etc’, deep down in my heart ada rasa sedih skit sebab kita as
orang Islam kan kena berpegang pada konsep reja tuh ibadah.
p/s
den nih passionate pasal retis, movies dan buku je. So den nih patut reja apa
sebenaqnye nih? Nak jadi pengulas filem atau buku, tatabahasa bagai cemerlang
sangat. Nak jadi gossip reporter, den adalah introvert. So berangan je la yek.
2 Comments
Nak citer passionate pasal kerja ni terdapat la jgk satu masalah.
ReplyDeleteTak tau hang kot pernah jumpa..
Kita yg beria-ia kerja dgn penuh semangat..dgn berbagai idea kreatif dan membangun.. Tapi dpt org atasan (boss) yg jumud.. Tak berani ke depan.. Tak suka berfikir jauh.. Finally..dia kata " keep your ideas to yourself" ..aduhaiiii
Boss jenih ini la spatutnya dah lama di baham buaya..
Uihhhh....hat nih ka? Boss lagu nih memang besa dok ada. Kalo den rajin esok-esok den buat satu entry yang tajuk nye '5 people you wish to assassinated' camtuh. Baham-baham boya nih mungkin disebabkan faktor dah tak dak food kat habitat boya. Boss camnih memang elok kita pi upah Ninja Assassin ja kasik abih teruih.
Delete