Murtabak Cheese dan Kacang Pool, Johor
Ada rejki menziarah kawan baik, Dr Zurriati
sekeluarga di UiTM Pasir Gudang. Serious chantek sangat-sangat
bangunan-bangunan di UiTM Pasir Gudang tuh coz depa kawasan pembangunan baru.
Atas bukit lagi. Memang nyaman la.
Dok sakan mengupdate gossip coz dah lama gila
tak jumpa langsung la kan terlupa sangat-sangat nak amik even sekupang gambaq
UiTM Pasir Gudang tuh. Haishhh….
Dr Zurriati sekeluarga bawa den makan
murtabak cheese dekat mana den pun tatau apa nama tempatnya. Gerai tepi jalan.
Murtabaknya memang sedap.
Nih first time den makan murtabak cheese.
Sekeping murtabak cheese kongsi dengan Zue. Sorang makan 2 potong la. Tapi
jenoh sungguh la nak menghabiskan 2 bahagian tuh pun coz serious kenyang
sangat-sangat sebab cheese tuh. Memang tak boleh makan banyak-banyak sebab
termuak pasai cheese tuh heavy sangat.
Cheese dia meriah sangat-sangat |
Kongsi dua orang makan pun jenuh nak abis |
Zue pesan suruh den pi makan kacang pool
sebelum balik ke Shah Alam nanti. Dia kata rasa kacang pool tuh macam rasa
Coney Hotdog A&W.
Lepas check out on the last day, terjumpa la
Restoran Kacang Pool Haji. Tatau la nih ke restoran ex-husband pelakon Wan
Maimunah yang pernah masuk Majalah 3 tuh.
Den makan set kacang pool lembu. 1 set nih
dia ada 1 mangkuk kacang pool + 1 keping roti. Nampak macam eh kenyang ke tak
nih tapi memang kenyang sangat. Memang serious rasa dia macam Coney Hotdog
A&W.
Tapi den rasa kacang pool kambing lagi sedap
daripada kacang pool lembu. Nih ikut rasa tekak den la.
Kacang pool |
Set kacang pool (tak termasuk ayaq teh o ais sedap tuh) |
Nak makan food lain ada jugak. Lempeng tuh macam menarik tapi perut dah kenyang sangat lepaih makan kacang pool. Tak dan nak rasa lempeng tuh. |
Yang tak sempat makan durian je. Masa on the
way nak pergi Forest City ternampak orang juai durian 4 biji RM 20. Isi durian
tuh kuning sangat. Memang menggoda. Lepas makan kacang pool tuh coba cari jugak
durian tuh tapi dah tak jumpa.
p/s
best k tengok Zue pi reja jalan kaki je k coz fakulti tempat dia mengajaq &
umah dia dalam 10 minit je jalan kaki. Terima kasih atas layanan yang sangat
meletops masa den datang melawat hang no.
2 Comments
next time dtg lagi..hari tu ko mai sekejap sgt...
ReplyDeleteIn sya Allah next time den mai dengan budak-budak plak
Delete