KSL Resort nih terletak betoi-betoi kat
bandar Johor Bharu. Dekat-dekat dia ada Holiday Inn yang baru sangat-sangat
dibuat dan beberapa hotel lagi.
Disebabkan trip ke Johor nih almost tak jadi
due to lots of reason, den terblur lalu langsung terlupa nak amik gambo bilik
hotel nih.
|
Antara dinosaur yang ada kat pool area |
Tema KSL Resort nih macam Berjaya Times
Square, Bukit Bintang. Dalam bangunan hotel ada shopping mall yang ada
macam-macam kedai. Ada panggung wayang, spa, kedai hp, dvds, clothing, etc. Ada
TESCO jugak. So macam one stop centre camtuh. Bley berseminar or berbengkel or
berehat-rehat kat hotel. Lepas tuh bley je shopping dekat shopping mall tuh.
Bilik hotel dia normal cam hotel-hotel lain
dan masih chantek sebab hotel nih pun baru lagi. Bilik air ada bath tab. Tatau
kenapa terlupa sungguh nak amik gambaq.
Breakfast buffet dia sederhana tapi semua
ada. Dah umoq-umoq camnih makan pun tak banyak sangat so kira okay sangat la
kan. Dining area dia besaq sungguh. Boleh muat dalam 70 persons at one round
rasanya.
Pekerjanya setakat yang den berurusan
daripada check in, housekeeping sampai la nak check out memang ramah tamah dan
bersopan santun camtuh. Dah la baju seragam depa ada tema songket skit, den
memang suka la.
|
View dari bilik den. Hotel nih dikelilingi oleh kawasan perumahan lama |
|
the night view |
Cumanya bila dapat during weekend macam nih
ha, hampir 97% KSL resort dan shopping complex nya diconquer oleh Chinese
Singaporean. Kiosk makanan halal dalam shopping complex tuh pun ada dalam 4,5
kioks/kedai je. Nak makan kat restoran yang ada kat sekeliling hotel tuh dengan
berjalan kaki je macam tak jumpa plak kedai makanan melayu. Yang banyak dok ada
restoran Bak Kut Teh je.
Masa den jalan-jalan kat shopping complex nih
den jumpa tak sampai 10 orang melayu yang datang situ. Dah terasa macam den dok
bercoti kat Negara China plak hehehehehehehe.
Kat hotel nih jugak disediakan macam-macam
pakej pelancongan. Ada trip ke beberapa kawasan pelancongan menarik di Johor
Bharu macam Legoland, JB Heritage Tour (pi tengok museum, tokong, etc),
Kelip-kelip Kota Tinggi (den tatau pun ada kelip-kelip kat Johor) dan beberapa tempat
di Singapore macam Night Safari dan Sea Aquarium. Disediakan kaunter untuk kita
booking trip ke tempat-tempat nih.
|
Antara pakej pelancongan yang disediakan |
Disebabkan den mai JB nih pun kelam kabut coz
mula-mula macam tak jadi pergi lepas tuh jadi pergi pulak, so memang la tak ada
rancang apa-apa langsung. So dengan masa yang sekupang dua yang terada tuh
memang la tak sempat nak pi mana sangat pun. In sya Allah next time kita plan
proper holiday ke sini.
Dengan rate gomen RM 238/malam den rasa
berbaloi la duduk hotel nih. Dengan rege tuh dapat breakfast for two. Free
entrance untuk two adults and two kids untuk Dinosaur Alive Wet Park @ swimming
pool yang ada 2 slides dan dikelilingi oleh 5,6 ekor dinosaurs yang boleh
bergerak-gerak dan ada bunyi.
Kalo nak bayaq untuk mandi kat pool yang ada
dinosaur nih, RM50/person untuk adult dan RM30/person untuk budak-budak. Mahai
la jugak kalo kita nak bayaq untuk masuk pool nih je. Tapi kalo kita memang dah
check in kat sini okay la dapat free entrance.
|
Pools dari tingkat 19 |
|
Entrance ke Dinosaur Alive Theme Park |
|
Walopun gelongsor dia pendek je, den tetap gayat naik nih |
|
The dinos |
|
Info pasal spesies dinosaur |
|
Bley order makanan ringan masa lepaking kat pool nih |
|
Dinosaurs lagi |
|
Nampak tak ayaq pancut keluaq dari mulut dino nih. Budak-budak suka la tunggu kena simbah dengan ayaq nih. |
Kalo bawa budak-budak memang best la mandi
kat pool yang ada dinosaurs tuh. Sedih plak the kiddos takde coz depa sure akan
sangat gumbira kalo dapat mandi kat sini. In sya Allah next time bila ada rejki
kita mai sini yek.
Sempat jugak la den mandi pool dia. Dah lama
tak berenang rasa macam penat gila kot walopun berenang tenggelam timbul je.
Nampak sangat stamina terpleot.
|
pool yang den sempat berenang sekupang tuh |
Pada
sapa-sapa especially yang ada anak-anak yang minat dinosaur, bley bawak depa
mai duduk kat hotel nih. In sya Allah berbaloi.
0 Comments