Senin lepas den pergi Bengkel Pemuliharaan Genetik Kelip-Kelip Sungai Selangor dekat DePalma Kuala Selangor anjuran Forest Research Institute Malaysia (FRIM) dan Malaysia Genom Institute (MGI).

Mula-mulanya nak habaq den tatau pun wujudnya MGI tuh padahal umoq depa dah lebih 10 tahun. Memang jelas la ilmu di dada memang sangat kurang. So toksah dok berlagak sangat la kan...eh...

Ada 3 pembentangan pasal Kelip-Kelip Pteroptyx tener. Antara info yang terlekat kat kepala den yang gold fish memory nih:

1. kelip-kelip nih berkelip 3.7 kali dalam masa 1 saat;
2. depa berkelip-kelip secara serentak (bersinkroni);
3. larvae kelip-kelip makan sejenis siput yang banyak dijumpai kat pokok rumbia dan pokok sagu;
4. kelip-kelip jantan berkelip-kelip sebab nak mengorat kelip-kelip betina;
5.kelipan tuh adalah daripada hujung abdomen (badan) kelip-kelip;
6.kelip-kelip boleh bertahan selama 4 jam bila bersenggama (amboi....ingat sungguh no info nih); dan
7. kelip-kelip spesies Pteroptyx tener nih boleh ditemui di Selangor, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Tuh je la pun info yang den masih ingat. Kalo nak tau details especially fakta-fakta saintifik, kena pi cari sendiri la no.

Dalam bengkel nih dibagitau bahawa kunang-kunang tuh adalah kelip-kelip cumanya kunang-kunang tuh dijumpai di dalam belukar @ hutan di daratan. Kelip-kelip tuh dijumpai di kawasan pokok di tepi-tepi sungai. Dulu masa den kecik-kecik, Mak Ngah den kata kunang-kunang tuh berasal daripada kuku orang mati. Memang mampuih takut ketaq-ketaq bila terjumpa kunang-kunang dalam rumah. Punya la ilmu manusia (den la nih) cetek sangat, dah lebih 30 tahun baru la tau fakta kunang-kunang nih.

Malam lepas abis bengkel tuh, kitaorang dibawa menengok kelip-kelip Kampung Kuantan. Kat Kuala Selangor nih, ada 2 jeti dan tempat untuk kita tengok kelip-kelip. Satu di Kampung Kuantan dan lagi satu kat Bukit Belimbing.

Di kedua-dua tempat nih kelip-kelipnya sama je spesies Pteroptyx tener dan sungai pun sama iaitu Sungai Selangor. Yang membezakannya adalah pengurusannya. Jeti kelip-kelip Kampung Kuantan diuruskan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). So ada kemudahan yang lain skit la macam dewan kecik yang ada disediakan tayangan video kelip-kelip (video yang dibuat dengan TNB), ada playground dan ianye bersebelah dengan masjid. Sampan yang nak bawa kita tengok kelip-kelip tuh digerakkan menggunakan pendayung. Very au de natura gittew.

Jeti kelip-kelip Bukit Belimbing diuruskan oleh swasta. Kat sini ada disediakan chalet. Bot kat sini menggunakan enjin.

Sapa-sapa yang nak datang in group especially kalo reja gomen, budak-budak sekolah atau syarikat, sesuai la kot datang kat Kelip-Kelip Kampung Kuantan sebab boleh berurusan dengan MDKS untuk tengok tayangan video pasal kelip-kelip dan mungkin jugak boleh tanya kot-kot boleh dapat diskaun sebab mai in group kan. Tapi kalo nak pi Kelip-Kelip Bukit Belimbing pun okay je.

Mula-mula kami ditunjukkan video pasal kelip-kelip. Tak sampai 10 minit pun video tuh. Lepas tuh ada taklimat skit oleh FRIM. Then taklimat keselamatan oleh Bomba. Baru la den tau kalo kita naik bot berbumbung, boleh tak pakai life jacket sebab kalo bot terbalik lagi susah diselamatkan camtuh la (eh ke den nih telinga pekak badak tersalah dengo info).

Masa lepas abang sado Bomba bagi taklimat keselamatan, dia tanya la ada soklan tak. Ada sorang mamat nih tanya ‘ada buaya tak dalam sungai tuh’. Mujoq je la kan den nih pi atas nama opis, kalo den pi sendiri nak je den katok dia. Kita nak naik sampan tak sampai 10 minit lagi, boleh plak hang pi tanya soklan tuh. Langsung la kan terkaget abang bomba tuh k. Dia cuma senyum je.

Satu sampan boleh muat 4 orang dewasa. So den naik sekali dengan dua orang lecturers from UNISEL dan sorang mamat Korea ke China den pun tak sure yang tengah buat post doctorate kat UPM.

Tengok kelip-kelip dok berkelip-kelip secara berirama tuh kena duduk senyap-senyap dan focus sebab tak semua pokok berembang kelip-kelip hinggap. Memang cantik la nampak kelip-kelip tuh dok berkelip-kelip macam kita pasang lampu lip lap lip lap kat pokok krismas. Memang macam magical camtuh.

Diizinkan untuk amik gambo kelip-kelip tuh dengan syarat tak boleh ada flash.

Masa yang sesuai nak tengok kelip-kelip adalah masa bulan tak terang (bulan sabit) sebab masa tuh la kita nampak jelas kelip-kelip tuh.

Pasukan bomba 8 orang naik bot berenjin la. Kalo dia pun nak kena naik sampan yang didayung, kalo ada kecemasan sampan terbalik ke ape macam mana la kan dia nak selamatkan kita.

Dalam 15 minit la naik sampan tengok kelip-kelip tuh. Kalo nak tau cerita details pasal kelip-kelip tuh daripada pandangan penduduk yang memang duduk kat situ, boleh la sembang dengan abang @ pakcik yang mendayung sampan masa kita tengok kelip-kelip tuh.
Dewan tayangan video kelip-kelip dari kejauhan
Makluman kawasan kelip-kelip nih dah diwartakan sebagai Zon Perlindungan. So kalo nak buat apa-apa ada peraturannya gittew.
Souvenirs

Den gumbira jugak dapat tengok kelip-kelip kali nih. Last sekali den tengok kelip-kelip nih 7 tahun lepas masa preknen kat F padahal umah family in law dengan kelip-kelip nih dalam 10 minit je kot hehehhehehee.

Kalo nak bawa budak-budak pun boleh jugak cumanya macam anak-anak den yang suka sangat bergelinjangan tuh, den tak beberapa berani nak bawak sebab nanti kita dok sakan tengok kelip-kelip, depa dok kalut nak mandi sungai.

So pada sesapa yang tak pernah tengok kelip-kelip nih, disarankan untuk rasa pengalaman nih at least once in a lifetime.

p/s kalo weekend, memang biasa je ada 2,3 bas masuk ke kawasan kelip-kelip dengan membawa pelancong dari luar Negara.

0 Comments