Intensif Gelombang Hartanah (IGH) oleh Naza Baharom Group (NBG) 26 Mac 2016
In sya Allah den coba ceritakan seterperinci
semampu mungkin info yang den dapat kat Seminar IGH selama dua hari (26-27 Mac
2016) dengan sedaya upaya melindungi hak cipta terpelihara maklumat-maklumat
oleh NBG tuh ye.
Seminar 2 hari nih adalah antara seminar yang
den boleh hadir sebab den dah bayar yuran sekali seumur hidup masa 10 Januari
lepas.
Dalam 300 orang peserta gak la yang attended
2 days seminar nih. Memang penuh dewan.
Hari pertama seminar dibuat di Service Apartment
Alam Sanjung , Batu 3, Shah Alam.
Childcare services disediakan untuk semua
peserta seminar yang bawa anak-anak.
Masa pendaftaran, semua peserta diberi satu
buku nota yang dalamnya dah ada beberapa maklumat macam:
1. Proses membeli rumah subsale (rumah daripada
owner atau agen yang mewakili owner) secara umum.
2. Jadual kemampuan untuk membuat pinjaman
berdasarkan jumlah gaji kasar.
3. Anggaran kos yang terlibat dalam transaksi
pembelian umah.
4. Insentif terkini yang boleh digunakan untuk
pembelian Rumah Pertama (diskaun duti setem dan pinjaman Skim Rumah Pertamaku).
5. Senarai dokumen yang diperlukan untuk memohon
pinjaman bank.
6. Cara memohon cetakan CCRIS Online.
7. 101 cara bagaimana nak tingkatkan nilai
hartanah (seriously ada 101 cara k).
Buong cakap kat den, orang berjaya dan kaya nih memang biasanya handsome yek hehhehhee |
Then ada a few pages yang ditinggalkan kosong
untuk peserta catatkan nota.
Den nih kan bab menyalin nota kan excited
gila coz ala-ala PA wannabe camtuh. Seminar pada 26 Mac tuh den salin penuh
nota 2 muka surat.
Antara intipati seminar:
Nota keramat |
1. 20 strategi hartanah.
2. 10 jenis rumah.
Umah Masih Dalam Pembinaan
Tuan Naza ceite macam-macam pasal beli umah yang
masih under construction nih termasuklah cara nak mendapatkan cash back
daripada pembelian umah camnih. Bab nih den memang dengaq sambil mata tak
berkelip coz I am mata duitan like that hahaahahaha.
Den tak reti nak ceite kat sini macam mana
prosedurnye coz it’s beyond my knowledge. Memang sifu yang ada experience macam
Tuan Naza je la yang tau selok belok camne nak jadikan perkara nih kenyataan.
Bak kata dia ‘by right cannot, by left can maa….’ hahahahahaa.
Kelebihan membeli umah yang masih under
construction (bergantung kepada pakej yang dioffer oleh pemaju).
Things to do kalo nak beli umah yang masih
under construction:
1. Harga rumah 1 kaki persegi.
2. Bandingkan dengan harga projek di sekitarnya.
3. Semak profile pemaju di
http://www.kpkt.gov.my/
4. Semak sejarah pemaju dan senarai projek yang
telah dibina.
5. Senarai panel bank yang terlibat.
6. Maintenance fee.
7. Tarikh mula, tarikh siap, permit, rekabentuk
umah, etc.
8. Wajib buat lawatan tapak projek.
9. Ambil tahu tentang komen daripada orang yang
dah pernah beli rumah di kawasan yang sama.
#den yang dah pernah beli umah pun tak buat
nih semua. Memang main bantai je beli umah dulu (another story at another time).
So memang banyak la soalan yang ditanya oleh
peserta sampai den cakap dalam hati ‘eh…korang semua nih memang tak lapaq yek
dok bersungguh-sungguh tanye soklan’.
Den nih memang sejak dulu agak-agak tersegan
bab-bab tanya soklan nih. So bila orang tanye soklan, den bley la tumpang dengo
jawapan Tuan Naza yang secara tak langsung memberi pengetahuan kat den jugak.
Serious sungguh sifu seorang ini. Sumber gambo fb NBG |
Lepas lunch, kitaorang diberi tazkirah oleh
Ustaz Umar dalam masa lebih kurang 40 minit camtuh. Nih den akan buat entry
yang lain yek coz Ustaz Umar memang comel…eh…bukan…
Pembelian Umah Sub Sale
Then Tuan Naza ceite macam mana nak beli umah
subsale.
Ayat keramatnya adalah membeli rumah daripada
tuan umah atau agen di bawah harga pasaran. Tuh adalah matlamatnye.
Tuan Naza ajar pasal nak dapatkan lebihan
wang daripada pembelian umah subsale nih. Nih memang la kena belajar dengan
sifu kan coz tak reti den nak explain in writing. Karang terbagi ajaran sesat
mampoih kena katok dengan orang.
Tapi yang terpaling penting pesan Tuan Naza
adalah kena minta agen atau lawyer tulis atas kertas booking pembelian umah
subsale tuh yang ‘pembelian umah adalah tertakluk kepada kelulusan pinjaman perumahan
bank sebanyak 90%. Sekiranya pinjaman bank tidak diluluskan atau diluluskan
kurang daripada 90%, duit deposit 10% hendaklah dipulangkan kembali kepada
pembeli’.
Sebelum buat apa-apa kena pastikan CCRIS
clear supaya loan bank boleh diluluskan.
Jaga credit card payment. Opppsss nih den dah
terkantoi. Haishhh.
Sila jangan ada ASB Loan coz ianya memang
akan memberi kesan apabila kita nak apply loan rumah nanti.
Kena rajin jugak cari jurunilai (valuer) yang
sudi nak bagi harga hartanah yang kita dah target.
Bagi umah bertingkat (apartment, condo, flat,
etc), pastikan umah yang nak dibeli secara subsale nih dah ada strata tittle.
Ada juga diberikan senarai website yang kita
boleh cari hartanah subsale untuk dijual. Yang sangat pemes of coz la mudah.my.
Yang lain yang disenaraikan adalah property guru, iproperty, Brickz dan Durian
property. Dalam senarai yang dibagi tuh, den cuma pernah tengok mudah.my dan
iproperty je.
Berenyut-renyut peserta. Sumber gambo fb NBG |
Tuan Naza selalu tekankan yang hartanah nih
adalah slowly but surely coz macam-macam kot kita nak kena buat untuk beli
hartanah tuh itself, nak maximize profit, etc.
Seminar ditamatkan around 6 pm camtuh.
My verdict :
Totally worth the one off in a life time fee yang den bayaq.
p/s 1 kudos 2 my frenz, En A dan Ustaz N coz
berjaya menghadirkan diri ke Seminar Hartanah Free oleh NBG pada 3 April lepas.
Hope it was worth for both of you.
p/s 2 in sya Allah nanti den ceite pasal hari
kedua (27 Mac 2016) plak ye. Entry ilmiah camnih memang la amik masa panjang
skit nak karang coz nak pastikan faktanya betoi (sebenaqnya den yang maleh
heheheheh).
p/s
Lagu simple exercise oleh NBG nih iaitu Bara Bara Bere Bere (by Alex Ferrari) nih
berhantu sungguh tau. Den sampai terbawak-bawak nyanyi kat umah. Haish. F cakap
nape mama nyanyi lagu kambing biri-biri hehehehehhee.
3 Comments
Ni la punca tempat kitiorg kt alam sanjung jem giler..skli lg wt kt cni memng cri nahas
ReplyDeleteRasanye lepas nih memang dah tak buat kat situ. Tempat tetap adalah macam di Laman Seri Sect 13.
DeleteSalam... Puan, pernah pergi seminar dan ada apply rumah bawah tuan naza ker? Just nak dapat testimoni...
ReplyDelete