Akhirnya setelah hampir bertahun-tahun den tak bersenam, den berjaya joint kelas Zumba setelah beberapa kali rancangan nak berzumba tuh tak jadi due to lots of reason. Yang terutamanya adalah sebab den dok tunggu kawan nak pi berzumba tuh.
Terberangan nak berzumba lepas tengok cousin sakan dok upload gambo dia berzumba + terpesona dengan lagu bara bara bara bere bere bere tuh (ada orang berzumba dengan lagu tuh)

Semalam den paksa jugak diri pergi berzumba walopun sorang diri takde kenai sapa-sapa. Dalam hidup nih memang kadang-kadang ada beberapa perkara yang memang kita end up buat sendiri takde kawan nak joint.
So den gunapakai la motto 'just do it' dan 'fast action, fast result' gittew untuk berzumba semalam.

Alhamdulillah okay je la walopun tak kenai sapa-sapa pun kat kelas zumba tuh. Sempat berkenalan sekupang dua dengan beberapa orang yang memang dah bertahun-tahun joint kelas zumba tuh. Ada sorang tuh dah 2 tahun joint. Den nih baru tergedik-gedik nak mula bersenam.

1 jam kelas RM 10. Mula pukoi 9 pm abis kul 10 pm.

Dalam 10 steps yang teacher tuh berzumba, memang ada la 3,4 steps yang den tak beberapa reti nak ikut. Kena sedaq diri la no. Dah bertahun-tahun tak bersenam, tiba-tiba berzumba memang la terpleot di sana sini. Towards the last 15 minutes, den dah tak larat nak angkat kaki pun coz macam letih gila dan tapak kaki sebelah kiri dah macam cramp. Memang dasar sangat nih.

Zumba nih macam menari la pada den. So memang la Jennifer Lopez, Beyonce, Britney Spears & sapa-sapa penyanyi yang menari tuh sangat terror k sebab depa menari guna kasut tinggi yang haluih sangat heelnye + depa kena menyanyi lagi. Perlu stamina yang sangat meletop kot.

Den nih ha baru berzumba sekupang dengan sport shoes pun siap terplecok lagi sekupang. Haru sungguh la kan.

Tapi sungguh la banyak perkara kalo dibuat secara berjemaah nih lebih best. Seronok je la den rasa berzumba ramai-ramai walopun langkah den sumbang. 

Tapi tuh la kan, disebabkan den selalu blur, den pergi zumba semalam sehelai sepinggang + hp + duit RM10. Tuh je. Ayaq pun tak bawak. Nko hado pergi bersenam tak bawak bekai ayaq? So bila ada break between zumba, melopong je la tengok semua orang dok minum ayaq. Yang lagi best, kunci umah & pass card pun tak bawak. Mujoq la guard yang bertugas semalam tuh guard yang den pernah sembang, so dia bukakan pintu kat den tanpa banyak soal.
Harap-harapnya den dapat berzumba beramai-ramai lagi di masa akan datang. Nak kena jadikan aktiviti mingguan supaya lebih sihat camtuh. Tapi kalo tak dapat berzumba, main bola sepak dengan budak-budak tuh pun boleh jugak.

p/s 1 balik umah F dah tetido tunggu mama tak balik-balik. Nih yang buat den sedih coz bila den keluaq pergi berjimba, balik umah the kiddos dah tidoq. Rasa macam terbersalah tak dapat jumpa depa sebelum depa tidoq. Mums dilemma gittew la gamaknya ye.

p/s 2 turun tangga pagi tadi lepas punch card, peha & lutut adalah sakit. Penangan zumba.


0 Comments