Festival Buku dan Kanak-Kanak, SACC Mall, 20-24 April 2016
La nih di SACC Mall ada Festival Buku dan
Kanak-Kanak yang bermula dari 20 sampai 24 April 2016.
Ada macam-macam aktiviti jugaknya selain
daripada pameran dan jualan buku-buku tuh sendiri.
Ada slot untuk ceramah agama, permainan
keluarga membina ‘tower’, karaoke, etc yang dibuat mengikut masa yang
ditetapkan dan pada tarikh-tarikh tertentu.
Booths jualan buku ada dalam 15 buah dekat
ruang legar SACC Mall tuh depan kedai Primavera.
Buku-buku untuk dewasa dan kanak-kanak
semuanya ada. Rege buku untuk budak-budak adalah serendah RM 3.90. Buku-buku
dalam Bahasa Melayu dan English. Buku-buku kerja untuk budak-budak pun ada
jugak. Buku-buku motivasi dan buku-buku agama turut ada.
Den sempat tengok novels daripada Judith
McNaught, Sophie Kinsella dan John Grisham. Novels daripada John Grisham tuh
memang takde rasa nak beli sebab in sya Allah dah ada semua novels dia.
Hati macam teruja nak beli novels daripada
Judith McNaught dan Sophie Kinsella tapi memandangkan rege jualan setiap novel
tuh adalah RM 37, rege biasa kalo kita pi beli kat mana-mana kedai buku waktu
takde sale, terbantut la hasrat den nak beli buku-buku daripada both authors
nih.
Ada jugak satu booth yang kita boleh buat
wakaf Al-Quran dan telekung dengan RM10 untuk satu bahagian.
So pada peminat-peminat buku dan parents yang
tatau nak pi mana weekend nih boleh la bawa anak-anak tengok buku-buku menarik
kat sini.
p/s
sejak-sejak Popular ada buat Fiesta RM5 untuk setiap novel dan BookExcess.com
jual novel dalam rege RM 17 untuk setiap novel, den memang la agak berkira skit
nak beli novel chick lit rege asal RM 35.90 camtuh.
0 Comments