The Last Witch Hunter
Kita take a
break sekejap la ye daripada perkara-perkara serius macam seminar dan kursus
yek. Den nak ceite pasal movie yang den akhirnya berkesempatan tengok Sabtu
lepas selepas sekian lama tak tengok movie coz pengurusan masa den yang sangat
cemerlang tuh.
Den beli dvd
nih sebab hero dia Vin Diesel. Full stop.
Den memang
berkenan kat Vin Diesel nih sebab dia adalah salah seorang hero yang den
kategorikan sebagai konon-konon macho dan gagah tapi sebenarnya macam sweet
sangat camtuh hahhahhaha. Lagi sorang hero dalam kategori nih adalah The Rock.
Nampak gagah badan sado berketoi-ketoi dan berlakon banyak filem aksi tapi bila
depa depa senyum den jadik macam alolololo, manisnya dan chanteknya gigi
hehehehehhee.
Eh nih nak
ceite pasal movie ke pasal heroes manis heheheheehhe. Ok moh kita kembali ke
pangkal jalan.
Cerita
straight forward. Tak payah pikiaq apa-apa.
Pada zaman
dahulu, hero Kaulder (Vin Diesel) merupakan pemburu ahli sihir. Masa dia bunuh
ketua ahli sihir (Queen), dia disumpah dek Queen tuh untuk mendapat hidup yang
kekal abadi dan kebal camtuh. Hero sedih sebab dia kena kekal hidup tapi dok
terkenang-kenang bini & anak perempuan dia yang mati dibunuh dek tukang
sihir tuh. Den tak kenai pun Vin Diesel masa nih k sebab dia berjanggut dan
berjambang bagai. Nampak lain sungguh.
Fast forward
800 tahun kengdian, di zaman kita nih, Kaulder masih menjadi pemburu ahli sihir
di bawah naugan The Axe and Cross. Ahli sihir hidup di kalangan manusia di
dunia (dah macam ceite Harry Potter plak kan di mana witches tinggal di
kalangan muggles). Manusia ada perjanjian dengan ahli sihir di mana hang tak
kacau hidup aku, aku tak kacau hidup hang camtuh. Ahli sihir bekerja dan ada
ahli sihir yang buka bisnes. Ahli sihir pun berniaga. Den nih ntah bila la nak
meniaga kan. Eh tersasar lagi hahahhahaa.
Ahli sihir
nih siap ada council depa. Semua ahli sihir yang jahat dan menakal yang
ditangkap oleh Kaulder akan dibicarakan dan dihukum oleh council nih.
Kaulder nih
macam ala-ala Wolverine pun ada. Dia boleh sembuhkan diri sendiri daripada
luka, etc. Dia memang seorang pemburu ahli sihir yang sangat terror nak mampuih
sampai semua ahli sihir takut kat dia.
Sejak dari
dulu si Kaulder nih dijaga dan dipantau jiwa dan kehidupannya oleh seorang Paderi,
Dolan bagi memastikan hero dapat buat keje dia sebagai pemburu ahli sihir
dengan cemerlang. Bila Dolan mati, akan ada lantikan Dolan baru.
Kaulder close
dengan Dolan ke 36 (Michael Caine). Serious Michael Caine dalam movie nih
nampak uzur gila. Nak bercakap pun macam tak lalu dah. Tak macam masa dia
berlakon ceite Miss Congeniality dan Batman trilogies. La....tersasar lagi
daripada penceritaan sebenar.
Bila si
Michael Caine nazak akibat digigit dek lebah sihir yang dianto oleh seorang
ahli sihir (Belial) yang berhasrat nak menghidupkan semula ketua ahli sihir
(Queen), hero hanya ada masa 2 hari untuk bunuh ahli sihir tuh supaya Michael
Caine sembuh.
Disebabkan
organisasi ingat Michael Caine dah mati, depa melantik Dolan ke 37 yang muda
belia iaitu (Elijah Wood, Frodo, Lord of The Ring) bagi membantu hero.
Hero mintak
tolong sorang ahli sihir yang chantek dan seksi, Chloe untuk kembalikan dia ke
zaman silam coz dia dok musykil pasai pa Queen tuh boleh dihidupkan semula
padahal dia dah bunuh Queen tuh 800 tahun yang lepas. Makwe nih adalah seorang
dream walker (dia boleh masuk dalam minda sapa-sapa dah ubah memori orang tuh).
Lepas dah
kembali ke zaman silam, baru la hero dapat tengok balik scene lepas dia
disumpah akan hidup kekal abadi tuh. Rupa-rupanya jantung Queen masih berdegup.
Bila Dolan pada masa tuh nak tikam jantung Queen, hero pun sakit sekali. Makna
kata, bila jantung Queen dimatikan, hero akan turut terbunuh.
So bila
kembali kat alam nyata, hero tanya si Dolan ke 37 pasal hal jantung Queen tuh.
Dolan ke 37 jawab memang semua Dolan yang pernah bekerja dengan hero termasuk
Michael Caine tau pasal perkara nih. Depa berpendapat adalah lebih baik jantung
tuh disimpan rapi supaya hero kekal sihat untuk menjaga keamanan dunia camtuh
ala-ala kadang kala kita terima hakikat kita perlu simpan sedikit kejahatan
bagi menghalang kuasa kejahatan yang lebih besar camtuh.
Bila hero,
Dolan ke 37 dan Chloe kembali ke zaman silam untuk membunuh Bellial dan coba
menghalang Queen daripada dihidupkan semula, depa terpaksa berlawan dengan
sekoq makhluk magic yang ala-ala labah-labah versi ala-ala robot transformers
camtuh. Of coz la lepas semua orang cedera, makhluk tuh berjaya dibunuh dek
hero.
Queen akhirnya
berjaya dihidupkan secara separa lepas seorang ahli sihir dikorbankan oleh ahli
sihir yang anto lebah tuh. Hero sempat bunuh Bellial sebelum dia ditangkap oleh
Queen yang akhirnya berjaya hidup secara total lepas mengambil kuasa daripada
hero.
Hero jadik
manusia biasa lepas kuasa dia diambil oleh Queen. Dalam dok kalut-kalut tuh
sempat la plak si Dolan ke 37 tuh berpaling tadah. Rupa-rupanya dia berdendam
dengan hero coz hero bunuh mak pak dia yang ahli sihir. Dia mintak Queen bagi
dia magic coz dia dilahirkan tanpa magic tapi dia dibunuh dek Queen coz Queen
kata ‘you can’t turn clay into gold. Without magic you are just a human’.
Jenoh jugak
la kan hero berlawan dengan Queen tuh dengan kudrat sebagai insan biasa. Cedera
parah jugak la tapi dah namanya hero, dia akhirnya berjaya bunuh Queen tuh.
Masa hero nak
tikam jantung Queen tuh, Chloe menghalangnya. Chloe kata dia dan dunia masih
perlukan hero.
So happy
ending. Dolan ke 36 hidup dan bersama-sama dengan hero dan makwe bergandingan
membanteras jenayah ahli sihir.
3 stars je
la coz jalan ceite yang biasa sangat. Kalo den nak tengok lagi pun ceite nih
sebab den nak tengok kemanisan Vin Diesel je la hahahahhhahaah. First time den
tengok Vin Diesel berlakon ceite berlawan pedang.
p/s ada je hero/penjahat yang tak perlukan badan berketoi-ketoi tapi mampu bagi aura yang mengerikan. Contoh macam Al Pacino dalam movie The Devils Advocate. Walopun kecik molek je orangnya, jelingan dia dalam ceite tuh pun dah buat den seriau. Johnny Deep dalam ceite Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street. Depa nih ada ayaq muka dark, haunting, ruthless & mysterious camtuh.
p/s ada je hero/penjahat yang tak perlukan badan berketoi-ketoi tapi mampu bagi aura yang mengerikan. Contoh macam Al Pacino dalam movie The Devils Advocate. Walopun kecik molek je orangnya, jelingan dia dalam ceite tuh pun dah buat den seriau. Johnny Deep dalam ceite Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street. Depa nih ada ayaq muka dark, haunting, ruthless & mysterious camtuh.
sumber google wikipedia |
0 Comments