3719 Whatsapps
Tuh adalah jumlah whatsapps
yang den terima dalam masa 1 minggu tab den rosak. Handphone pun rosak jugak
dalam masa yang sama. 2 in 1 sangat depa dua ekoq tuh tau. Rosak bersama-sama.
40% whatsapps promosi bisnes.
30% whatsapps keje.
20% whatsapp gossips, kawan-kawan, family.
10% whatsapps sekolah anak.
Masa tauke kedai cakap perlu 1 minggu (20 -
27 March) untuk repair tab & handphone den, den risau gak camne la den nak
go through 1 week without gadjets nih. Tapi dah alang-alang memang den tak
boleh buat apa pun, moh la den mencabar diri den sendiri untuk hidup tanpa
gadgets selama 1 minggu.
So apa verdict cabaran life tanpa tab dan handphone
selama 1 minggu?
Honestly, surprisingly den okay je. Serious
den okay.
Den cuma risau satu perkara je masa takde
gadjets nih, maklumat yang tersangat penting macam ahli keluarga sakit tak
sampai kat den . Tuh je yang den risau.
Info pasal keje tuh den terpaling gumbira je la
den dapat tau lambat ke tak dapat tau langsung hahahahahhaha. Nampak sangat
ciri-ciri pekerja cemerlang kan.
Bila takde gadjets nih, den lebih pokos nak
buat keje sebab takde kalut nak update gossips or layan sesi luahan perasaan
kat whatsapp, den tak sibuk dok tengok fb here and then, tak ralit tengok video
clip sapa-sapa menyanyi, tak berkesempatan nak main candy crush, etc. Den nih
memang addicted dengan perkara lagho. So kalo takde sumber nak tengok or buat
perkara lagho tuh, den terpaksa la bekerja bersungguh-sungguh supaya tak
boring.
Disebabkan takde gadjets nih, masa on the way
pergi dan balik site visit dalam setengah hari, den sempat baca 50 muka surat
buku Aqua Shock Water In Crisis. Nih buku ilmiah yang dipinjamkan oleh sorang
consultant Dec 2015 lepas. Serious otak den terkujat-kujat baca buku spesies
ilmiah camnih. So disebabkan dah tak bley update gossips, tengok fb dan main
game, terpaksa la den baca buku nih dalam kete. Lagi 141 muka surat ntah bila
la nak abis baca hahahahhahaha.
Bila keluaq makan dengan kengkawan, den lebih
pokos pada cerita depa & food yang den makan.
Bila kat umah plak, den lebih pokos sembang
dengan buong & layan budak-budak main or tengok tv. Den baru berkesempatan
tengok ceite Lego Movie dan Cloudy With A Chance Of Meatballs 2 (of coz la kan
tengok ceite kartun kalo melayan budak-budak nih).
Hidup den lebih tenang gitteww sebab tak kalut
nak tengok tab & hp hahhahahahaha.
Tapi dah elok tab & hp nih den gumbira
jugak. Alhamdulillah dapat berhubungan semula dengan dunia luaq.
So memang semuanya terletak atas diri sendiri
la kan nak seimbangkan apa-apa benda pun dalam hidup termasuklah teknologi nih.
p/s 1 thanks lots pada kawan-kawan yang
concern tak dapat nak contact den sampai call opis & email. Thanks lots guys.
3 Comments
Disconnect to connect...
ReplyDeleteAdios
Memang betoi tuh cik yam
ReplyDeletexxx
ReplyDelete