Satu ketika dulu, memang enjoy atau berselera sangat-sangat bila makan walopun makanannya sangat sempoi. Sekarang nih dah tak beberapa lalu nak makan walopun pelbagai makanan yang terhidang di depan mata nampak sedap-sedap belaka.

#Patutnya dalam fasa tak lalu makan nih elok la menggantikan posa kan tapi tak jugak mula ganti posa yek. Sudahnya esok kena bayar fidyah lagi. Memang dasar kan den nih?

Satu ketika dulu, memang agak outspoken bila bagi pendapat dalam mesyuarat, perbincangan, etc. Sekarang nih bagi pendapat apabila terpaksa dan dipaksa tapi selalunya lebih suka diam dan dok cakap dalam hati ‘biarkan je.....diam je...tolonglah jangan cakap apa-apa’ kat diri sendiri walopun kadang-kadang terbagi jugak pendapat hahahahahaha.

Satu ketika dulu, cuba sedaya upaya nak memuaskan hati semua orang, baik keluarga atau kawan-kawan. Sekarang nih buat apa yang termampu je. Agak-agak tak lalu atau tak larat nak layan, den biorkan je.

Satu ketika dulu, dok risau orang cakap pasal kita. Sekarang nih coba sedaya upaya buat tak reti dan coba mengamalkan konsep ‘lantaklah nko labu’.

Satu ketika dulu, pantang ada movie baru kat panggung, mesti terkinja-kinja nak pergi tengok. Kalo boleh nak tengok hari pertama movie tuh ditayangkan. Sekarang nih tak amik pot pun ceite apa terkini yang ditayangkan. Esok-esok kalo rajin, den cari la movie tuh kat kedai dvd Seksyen 7.

#Eh...23 Mac nih movie Superman VS Batman mula tayang kat panggung kan? Harus kena tengok nih coz ada anak ikan si Henry Cavill tuh. Matanya...senyumannya...gigi taringnya...haish...

Satu ketika dulu, mesti dengo lagu-lagu masa dok buat keje kat opis. Sekarang nih lebih suka suasana sunyi sepi dalam bilik bila buat keje. Kadang-kadang je dengo lagu.

#Patutnya diganti la kan mendengar lagu-lagu tuh dengan mendengar bacaan Quran atau zikir atau paling kurang dengo la nasyid kan tapi payah beno gamaknye nak buat camtuh ye. Haish...bila la nak memperbaiki diri nih gamaknya kan.

Satu ketika dulu, sanggup bersengkang mata tunggu nak tengok movie best kat tv. Sekarang nih, selalunya pukoi 9 pm dah terlelap.

#Patutnya kalo dah tidoq pukul 9 pm, pasang la alarm bangun pukoi 3 am untuk solat sunat tahajud, etc tapi nan hado k. Dah nak masuk usia senja dah kak oiii...bila la nak menambah amalan nih. Haish.

Satu ketika dulu, sakan coba dok balas semua whatsapp atau sms hampir sepanjang masa. Sekarang nih, samada den balas bila perlu atau bila rajin atau off je tab dan handphone tuh pukul 9 pm, esok pagi je la den tengok semua whatsapps dan sms tuh hehehehehhee.

Satu ketika dulu, sangat suka nak pergi berjalan-jalan walopun pergi ke pasar malam. Sekarang nih, berjalan-jalan disebabkan kesian dekat anak-anak terperok kat umah. Kalo ikut hati, nak berehat-rehat je kat umah.

Satu ketika dulu, terkaget-kaget dan terkujat-kujat sampai ter speechless bila dengar orang memberi pendapat, bercerita, etc yang ntah apa-apa. Sekarang nih, den cuma tengok orang tuh sambil bagi pandangan ‘what the hell man/woman’.

Satu ketika dulu, rajin jugak dok ingat tarikh besday family members dan kawan-kawan terdekat. Sekarang nih, kadang-kadang tarikh besday sendiri pun terlupa hahahahahaha.

#tarikh nikah paling gagal nak ingat tatau kenapa. Selalu memang kena tengok kad nikah nak confirmkan bila tarikhnye tuh. Ntah apa-apa la kan.

Satu ketika dulu, kalo boleh nak pergi ke mana-mana macam suka sangat kalo ada berteman. Sekarang nih, kadang-kadang rasa okay je atau lebih suka je pergi ke mana-mana sorang-sorang.

Satu ketika dulu, suka jugak share cerita dengan keluarga dan kawan-kawan. Sekarang nih, kadang-kadang nak bercakap dengan orang pun malas hahahahhaha.

Satu ketika dulu, coba mengambilkira semua pendapat orang. Sekarang nih, banyak dengar pendapat sendiri hahahahhaha.

Satu ketika dulu, selalu dok extra terpenin or susah hati kalo ada beberapa perkara tak terlaksana seperti yang dirancangkan atau diberangankan. Sekarang nih, coba berlapang dada, anggap memang bukan rejki den, certain things are not meant to be, coba amik pengajaran atas setiap apa yang berlaku, etc. Chewah hahahhhaahhaha.

Satu ketika dulu, dok musykil pasai pa orang yang ntah apa-apa dapat naik pangkat, dapat benefits, dapat APC, etc. Sekarang nih, coba berlapang dada sebanyak mungkin tapi kalo dah tak bley tahan, rasa dada dah nak pecah, moh lah kita cari geng untuk mengumpat hahahhaahaha.

So tatau la kan kalo semua nih berlaku sejajar dengan peningkatan usia yang semakin tua atau den dah makin matang atau penyakit malas semakin berleluasa atau sel-sel otak langsung telah tidak berhubung atau memang ada ciri-ciri buang tebiat.

p/s satu ketika dulu, sangat suka baca gossips di people.com & us weekly. Sekarang nih, masih sangat suka lagi baca gossips di dua websites tuh hahahhahahahaha. Haish....lagho sungguh den nih. Bila la nak menginsafkan diri nih.

2 Comments

  1. Selalu terdapat sedikit konflik utk meninggalkan dunia bawaan dr zaman remaja &zaman d manja.

    Kita sering berfikir.. Dulu silap atau dulu betul sbb kita enjoy sewajarnya.

    Skrg kita silap.. Atau kita dah jumpa jln yg btul..

    As for me..

    History is always the best ref.
    Which way U take.. Let's history be the first lesson.

    The result : U'll be who U want to be..

    Have good day Mama..

    ReplyDelete
  2. Selalu terdapat sedikit konflik utk meninggalkan dunia bawaan dr zaman remaja &zaman d manja.

    Kita sering berfikir.. Dulu silap atau dulu betul sbb kita enjoy sewajarnya.

    Skrg kita silap.. Atau kita dah jumpa jln yg btul..

    As for me..

    History is always the best ref.
    Which way U take.. Let's history be the first lesson.

    The result : U'll be who U want to be..

    Have good day Mama..

    ReplyDelete