Hotel Berjaya Times Square
Ada rejki nak menginap di hotel nih selama 3
hari 2 malam disebabkan ada seminar dari 7–9 Mac. Punya la mahai nye rege bilik
yang paling murah kat hotel nih sampai den kena top up duit sendiri coz rege
bilik tuh melebihi elaun bilik hotel untuk staff macam den nih.
Tapi den okay je la coz dapat bawa the whole
family bercoti secara tak dirancang camtuh hehehhehehee.
Den booking bilik superior yang terpaling
murah through agoda.com. RM 587 untuk dua malam dah termasuk GST dan servis
perkhidmatan. So dalam RM 293.50/malam. Kelayakan den adalah RM 220/malam. Tuh
rega bilik je k tidak termasuk breakfast.
Tapi in sya Allah niat yang baik biasanya
Allah permudahkan.
Masa check in pada 7 Mac petang tuh, staff
kat kaunter yang entertained den tuh baik dan lemah lembut sangat, Norasyikin
kalo tak silap namanya. Disebabkan katanya bilik hotel agak penuh, dia upgrade
bilik den katanya coz den nak bilik yang non-smoking.
Den bajet dia upgrade daripada Superior
kepada Deluxe tapi rupa-rupanya dia upgrade pada Junior Suite agaknya.
Serious bilik dia besaq k. Kalo nak
diikut-ikut bilik tuh dah almost ¾ besaq umah den. Budak-budak memang happy la
kan berlari ke hulu ke hilir. Yang paling meletops of coz la bilik ayaq dia.
Ada shower room yang sangat kuat pressure ayaq dia. Seperate room untuk toilet.
Sinki sampai dua. Yang terpaling best adalah bath tub. Nampak-nampak je bath
tub, sakan la budak-budak nih nak berendam dalam tub. Memang depa berendam
sampai lebam la.
Ada almari & peti besi kat satu ruang
lagi. Disediakan juga iron & iron board. Flat screen tv dia besaq sungguh,
tatau la 50 inci ke apa.
Favourite budak-budak. Berendam sampai biru-biru mulut & kecut-kecut badan |
First time la den duduk hotel, disediakan
welcoming fruits dalam bilik di samping 3 botol ayaq mineral. Budak-budak la
yang happy kan. Makan abis epal, lai & tak perasan lagi dua biji buah tuh
buah apa coz tengok-tengok dah licin dah depa dua orang makan. Padahal kalo kat
umah tuh, jenuh jugak nak makan buah sampai abis depa tuh. Persekitaran
mempengaruhi perangai gamaknya.
Hotel nih memang dalam satu building yang
sama dengan Berjaya Times Square shopping mall tuh sendiri. Ada 7-Eleven bagai.
Sebelah hotel, seberang jalan dalam 5 minit ada deretan kedai makan. Ada kedai
mamak (kat mana-mana ada je depa yek), Arab food, kedai makanan tom yam, etc.
Buong kalo mengambik gambo....cenggini la hasilnya hehehehhehe |
Dekat 10 minit melayan budak-budak kat sini sebab depa nak bergerak bila lampu hijau je |
Sekarang nih kalo makan kat kedai, depa dua-dua orang nak jadik tukang amik order |
Disebabkan dah alang-alang duduk hotel, den
top up duit untuk breakfast sebab dia offer RM 29/orang setiap hari. Breakfast
spread dia sederhana. Rasa makanan dia pun biasa-biasa je. Tatau la sebab
memang food tuh rasa biasa or den dan buong yang dah takde rasa sangat nak
makan.
the only gambo yang sempat diamik |
Swimming pool & children playground kat
tingkat 15. The last day before check out baru la kami dapat pergi kat sini
sekejap sebab jadual den penuh dok pi seminar tuh. Nak harap buong bawa budak
dua orang yang dok dalam fasa ‘mari kita berlari dan melompat dengan jayanya
bagi buong sakit jantung’ memang la tak payah.
Happy sungguh depa dapat mandi pool termasuk la dengan bapak depa sekali |
Playground yang bley main sampai kul 8 am |
So setiap kali den pergi seminar, buong dan
budak-budak memang lepak kat bilik. Luckily ada bath tub, memang reja
budak-budak tuh especially F berendam dalam tuh sampai biru-biru mulut. Lepas
dah kecut-kecut badan, depa dua orang makan jajan plak sambil tengok kartuh.
Memang tuh je la reja depa.
Hotel nih memang nampak mewah la serba serbi.
Daripada ruang lobi, bilik seminar, bilik penginapan, etc semuanya nampak meletops.
View from our room, 23rd floor |
Lobi |
Kalo
booking hotel dengan duit sendiri memang den tak akan booking la kot hotel nih
coz mahai la ikut standard den dan buong. Kitaorang punya rate yang mampu milik
adalah bawah RM 200 je. Tapi kalo sapa-sapa yang nak menginap kat hotel yang
ada shopping complex dan taman teman indoor di KL nih, boleh la duduk kat sini.
0 Comments