Crash Course Undang-Undang Untuk Perniagaan - Hari Pertama Part 2
Panjangnya la plak info
pasal Jenis Perniagaan dalam Part 1 tuh ye. In sya Allah den coba sempoikan apa
yang diajar di dalam Kontrak Perniagaan.
Hari Pertama (1 Mac 2016, Selasa)
Kontrak Perniagaan
1. Terdapat 5 jenis kontrak
perniagaan iaitu jualan barangan, jualan langsung, agensi, francais dan
penyewaan/pembelian premis.
2. Kami diajar tentang kontrak
perniagaan yang detail bagi penyewaan/pembelian premis.
3. Untuk confirmkan status
tuan tanah/pemilik premis, kita boleh pastikan melalui geran, salinan
perjanjian jual beli (sale and purchase aggrement, s & p), cukai tanah,
cukai pintu atau buat carian di Pejabat Tanah.
4. Tempoh sewaan di dalam
perjanjian sewa mestilah tidak melebihi 3 tahun kerana berdasarkan
undang-undang, sewaan melebihi 3 tahun akan dikira sebagai pajakan.
5. Sekiranya kita tuan tanah,
kita perlu lindungi hak kita sebagai tuan tanah. Sekiranya kita penyewa, kita
perlu lindungi hak kita sebagai penyewa.
6. Boleh masukkan ayat berikut
di dalam perjanjian sewa sekiranya kita adalah penyewa ‘the landlord has the
right to increase the rental when aggrement being renewed at the maxima 10% of
the current rent’.
7. Tempoh siap premis:
a. umah atas tanah (landed
property) – perlu disiapkan dalam tempoh 2 tahun selepas perjanjian jual beli
ditandatangani;
b. apartment/kondominium/flat –
perlu disiapkan dalam tempoh 3 tahun selepas perjanjian jual beli
ditandatangani;
# tempoh siap kedua jenis hartanah
di atas tertakluk di bawah Housing Development Acts. Sekiranya hartanah tidak
dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan (pemaju tidak berikan kunci dan deliver
vacant possession), kita boleh claim refund at 10%/tahun daripada harga belian
hartanah daripada pemaju. Sekiranya pemaju tidak berikan refund, kita boleh
report kepada tribunal.
c. hartanah komersial
(commercial properties) macam rumah kedai tiada tempoh siap yang ditetapkan,
terpulang kepada pemaju kerana ianya tidak tertakluk di bawah Housing
Development Acts.
8. Sila apply bank loan dan dapatkan kelulusan terlebih dahulu
sebelum sign perjanjian jual beli hartanah.
Selepas lunch pada hari pertama, semua peserta dibahagikan kepada
5 group dan diberikan tugasan untuk membuat 2 perkara iaitu perjanjian rakan
kongsi dan perjanjian penyewaan premis.
Kumpulan den buat perjanjian sewa rumah kedai tiga tingkat bagi perniagaan
madu kelulut.
Memang happening la semua peserta.
Banyak yang dipelajari bila setiap kumpulan membuat pembentangan
hasil kerja masing-masing dan ada sesi soal jawab dan penjelasan daripada Dato
Azlin.
0 Comments