Crash Course Undang-Undang Untuk Perniagaan - Apa Yang Den Dapat
Untuk orang yang baru mula nak berjinak-jinak
dengan dunia keusahawan (chewahhh...statement tak mau kalah no heheheehe) +
orang yang pernah belajaq pasal undang-undang perniagaan, kursus nih memang
banyak memberi nilai tambah dalam hidup den.
1. Dengan investment RM 50 + tol, minyak kereta
+ masa buong anto dan fetch den balik untuk 3 hari dari Shah Alam ke Seremban
vice versa, memang la sangat berbaloi-baloi kursus nih untuk den.
2. Den dapat senaskah buku Undang-Undang
Perniagaan karya Dato Azlin. Buku nih kat luaq berharga RM 50/buku. Yang paling
sweet buku nih ditandatangan oleh Dato sendiri.
3. Den jugak dapat CD soft copy contoh
perjanjian rakan kongsi, sewa hartanah, etc dalam Microsoft Word.
4. Den dapat berkenalan dengan peserta kursus
daripada pelbagai jenis business. Dengar cerita pasal semangat kental depa
mengharungi jatuh bangun dalam bisnes memang boleh meremang bulu roma k.
5. Den paham rancangan perniagaan is a must.
6. Den belajaq ways to do reduce income tax but
in the same time to boost your staffs’ morale & spirit.
7. Den memandang insurans/takaful daripada
perspektif yang sangat berbeza selepas mendengar taklimat tentang Pengurusan
Risiko Perniagaan di mana ianya adalah sebagai pelaburan dengan caruman yang
mampu milik yang dapat menyediakan tunai dalam masa singkat apabila berlaku
kematian, hilang upaya kekal dan penyakit kritikal.
Sebenarnya kalo kita tak meniaga pun, selepas
kursus nih, den berpendapat mencarum takaful/insurans adalah sangat penting
untuk semua ahli keluarga kita supaya ianya dapat membantu kita apabila berlaku
musibah. Terubat la jugak dilemma dalam diri den coz sebelum dengar taklimat
nih, dek dok terkebil-kebil jugak la membayar caruman bulanan takaful untuk
den, buong & dua orang anak den tuh.
Lepas dengar taklimat nih, den pun ceite kat
buong. Alhamdulillah dia macam paham apa den explain. So den & buong dah
berbincang & bersetuju nak tingkatkan caruman takaful kitaorang bila rejki
nanti, in sya Allah.
8. Disebabkan den memang tak mengamalkan makan
kismis minda dan makanan sunnah yang lain + umoq pun dah menghampiri senja +
dah lama gila tinggalkan dunia belajaq nih, memang la otak agak terpleot &
mata berpinar-pinar nak menerima ilmu baru yang diajar. Tapi disebabkan dua
orang tenaga pengajar, Dato Azlin dan Puan Latifah yang mengajar dengan
meletops dabomm + ramai peserta dok tanya macam-macam soalan, etc, den sangat
happy dapat terima ilmu yang sangat bermanfaat daripada kursus nih.
Banyak lagi rasanya manfaat kursus nih tapi
setakat nih, nih je la yang den dapat ingat.
p/s
walopun kursus 3 hari nih sangat pack dan berinformasi, Alhamdulillah den tak
migraine walopun sekali. Maybe sebab den belajaq dengan happy so ilmu pun mudah
skit nak masuk & den tak rasa stress. Mujoq la kan tak migraine sebab den
memang lupa langsung nak bawak ubat.
0 Comments