Crash Course Undang-Undang Untuk Perniagaan - Hari Ketiga (Hari Terakhir)
3 Mac 2016
(Khamis)
1. Pengurusan risiko
perniagaan adalah sangat penting.
2. Profit vs Liquidity
(Kecairan Tunai).
3. Liquidity adalah lebih
penting berbanding profit (keuntungan).
4. Liquidity sangat kritikal.
Penting untuk kembangkan bisnes termasuk untuk dapatkan loan.
5. Risiko kehidupan di luar
kawalan kita adalah meninggal dunia, hilang upaya kekal atau sakit kritikal.
6. Liquidity fund atau inject
capital di dalam sesuatu perniagaan.
7. Personal guarantee boleh
sebabkan harta peribadi (hartanah, etc) boleh dilelong.
8. Benefit kepada kakitangan
mesti seiring dengan perkembangan/peningkatan syarikat.
9. Misi, visi syarikat perlu
dikongsi bersama dengan kakitangan.
10. Bila nak tegur staff, kena
panggil one to one.
11. Melalui takaful atau
insurans, kita boleh sediakan Tabung Kecemasan Perniagaan atau Akaun Kecairan
Tunai.
12. Nilai maksima caruman KWSP
oleh majikan adalah sehingga 19% dan ianya boleh mendapat pelepasan cukai
penuh. Caruman KWSP majikan yang wajib adalah 13%.
13. 6% tuh boleh dimasukkan di
dalam takaful/insurans perlindungan hayat/perlindungan kemalangan/medical card
di mana pemilik polisi adalah syarikat, orang yang mendapat manfaat adalah
kakitangan.
14. Orang penting adalah orang
penting di dalam keluarga, perniagaan, etc.
15. Orang penting perlu menilai
kepentingan atau value diri sendiri dan menginsurankannya bagi tujuan
perlindungan.
#Baru la den paham kenapa
Jennifer Lopez menginsurankan her booty dan Beyonce menginsurankan kakinya
kerana di situ depa meletakkan nilai diri mereka yang paling mahal.
16. Apabila membeli sebarang
hartanah, sila amik Mortage Life Term Takaful (MLTT) daripada MRTT (Mortage
Reducing Term Takaful) atau Mortage Reducing Term Assurance (MRTA) kerana MRTT
dan MRTA hanya akan cover bayaran loan hartanah tersebut sekiranya kita
meninggal dunia tetapi sekiranya kita cacat kekal atau kena penyakit kritikal,
kita akan tetap perlu bayar bayaran bulanan pinjaman tersebut.
17. Dana Kecemasan Perniagaan
boleh dicipta melalui:
Simpanan sendiri;
Pinjaman bank;
Hartanah;
Komoditi emas atau perak;
Unit amanah; dan
Takaful atau insurans.
Seharusnya usahawan ada
kesemua jenis dana kecemasan supaya ianya lebih lengkap tapi sekiranya tidak
mampu, usahawan kena prioritize jenis sumber yang penting.
18. Ada 2 jenis simpanan:
a. Simpan dan cipta di mana
kita simpan secara bulanan sebanyak RM 500 selama 10 tahun.
Cipta RM 600K kemudian.
Simpanan berisiko.
b. Cipta dan simpan dalam
bentuk coverage Takaful atau insurans.
Cipta RM 600,000.00 DAHULU.
Simpanan bebas risiko.
Perlindungan kematian/cacat
kekal/penyakit kritikal.
Keluarkan tunai fleksibel.
Kecairan 100%.
19. Harta yang hendak dihibah
hendaklah harta yang 100% milik sendiri (tiada hutang).
20. Hibah, faraid dan wasiat
boleh berjalan serentak tapi kalo ada percanggahan, the final say adalah
faraid.
21. Boleh hibah harta kepada
anak kurang 18 tahun tetapi mesti ada pemegang amanah (samada individu atau
institusi).
22. Bussiness owner tidak perlu
mencarum KWSP. Oleh itu, business owner sediakan pelan pesaraan dengan return
of investment yang tinggi tetapi boleh keluarkan duit tersebut pada bila-bila
masa sahaja.
0 Comments