Crash Course Undang-Undang Untuk Perniagaan - Hari Pertama Part 1
Nak buat summary untuk
kursus 3 hari yang sangat pack dalam satu entry memang la reja yang agak
mustahil coz ada banyak sangat info yang nak share sebenaqnya. Tapi disebabkan
den malaih nak karang banyak dan korang pun maybe akan boring membacanya, den
coba la sedaya upaya untuk meringkaskan apa yang dah den belajaq dalam masa 3
hari tuh (from my point of view la yek).
Hari Pertama (1 Mac 2016, Selasa)
Jenis-jenis Perniagaan
1. Ada 4 jenis perniagaan iaitu enterprise (pemilik tunggal),
perkongsian, perkongsian liability terhad (LLT atau PLT) dan syarikat (sdn
bhd).
2. Jenis perniagaan dan rancangan perniagaan (blue print) mesti
disediakan.
3. Perbezaan antara 4 jenis perniagaan (mengikut pemahaman den):
Bil
|
Perkara
|
Enterprise
|
Perkongsian
|
PLT
|
Sdn Bhd
|
1
|
Pemilik
|
Seorang
|
Min : 2 orang
Max : 20 orang
|
Min : 2 orang
Max : 20 orang
|
Min : 2 orang pemegang saham
Max : 50 orang pemegang saham
|
2
|
Cara penubuhan
|
Mudah dan murah
|
Mudah dan murah
|
Mudah dan sederhana
|
Rumit dan mahal. Kena guna Company
Secretary.
|
3
|
Modal
|
Kecil
|
Bergantung kepada rakan kongsi
|
Bergantung kepada rakan kongsi
|
Bergantung kepada rakan kongsi.
1 share = RM 1
|
4
|
Sumber Kewangan
|
Terhad
|
Bergantung kepada rakan kongsi
|
Bergantung kepada rakan kongsi
|
Bergantung kepada rakan kongsi
|
5
|
Pengurusan Perniagaan
|
Senang
|
Senang
|
Senang
|
Mencabar
|
6
|
Kepakaran
|
Terhad
|
Pelbagai bergantung kepada rakan kongsi
|
Pelbagai bergantung kepada rakan kongsi
|
Pelbagai bergantung kepada rakan kongsi
|
7
|
Akaun perniagaan
|
Tak perlu disediakan & tak perlu
diaudit
|
Tak perlu disediakan & tak perlu
diaudit
|
Tak perlu disediakan & tak perlu
diaudit
|
Perlu disediakan dan diserahkan kepada SSM.
Akaun perlu diaudit.
|
8
|
Untung
|
Boleh diambil sepenuhnya oleh pemilik
|
Perlu kongsi di antara rakan kongsi
|
Perlu kongsi di antara rakan kongsi
|
Ada dividen saham.
|
9
|
Kerugian
|
Ditanggung sepenuhnya oleh pemilik
|
Boleh ditanggung bersama oleh rakan kongsi
|
Rakan kongsi tidak perlu bayar secara
peribadi hutang PLT
|
Hutang syarikat tidak boleh dituntut
daripada pemegang saham
|
10
|
Liabiliti
|
Tidak terhad
|
Tidak terhad
|
Terhad
|
Terhad
|
11
|
Cukai Pendapatan
|
Dikira pada kadar individu
|
Dikira pada kadar individu
|
Dikira pada kadar individu
|
Cukai korporat
|
12
|
Hayat Operasi
|
Sepanjang hayat pemilik. Sekiranya pemilik
meninggal dunia, enterprise tertutup secara automatic.
|
Perkongsian tamat jika rakan kongsi tarik
diri, mati atau bangkrap.
|
Kekal turun temurun.
|
Boleh berterusan selama-lamanya tidak
bergantung kepada hayat pemegang saham.
|
13
|
Catatan
|
Aset enterprise = aset pemilik
Hutang enterprise = hutang pemilik
Harta peribadi pemilik boleh diambil untuk
selesaikan hutang enterprise
|
Tindakan sorang rakan kongsi boleh wujudkan
liability pada rakan kongsi lain.
Hutang perniagaan boleh dituntut daripada
rakan kongsi.
Perlu sediakan terma perjanjian perkongsian
|
Hutang ditanggung oleh PLT dan bukan rakan
kongsi.
|
Perlu adakan Annual General Meeting.
Perlu lantik Pengarah, Setiausaha Syarikat
dan Juruaudit.
2 dokumen Perlembagaan Syarikat adalah
Memorandum & Artikel Syarikat yang akan disediakan oleh Company Secretary
|
4. Cara nak mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), borang
apa yang kena isi, berapa yearly fees bley check sendiri k kat website SSM.
5. Perjanjian adalah sangat perlu (kalo ikut interpretasi den, ia
adalah wajib) bagi semua perkara termasuk perjanjian antara rakan kongsi,
sewaan hartanah, etc.
6. Setiap perkara di dalam perjanjian perlu diterangkan secara sangat
terperinci termasuklah tugas setiap rakan kongsi, pembahagian keuntungan, etc.
7. 90% perkongsian akan mempunyai masalah.
8. Tempoh perkongsian dicadangkan antara 2 atau 3 tahun.
9. Modal bukan semata sumber kewangan. Modal boleh juga merangkumi
masa, talents (marketing, accounts, projections, etc), etc.
10. Mesti sediakan akaun yang paling ringkas walopun perniagaan kita
bukan sdn bhd. Akaun dalam buku 555 pun memadai dengan syarat kita jelas
tentang wang masuk keluar.
11. Akaun adalah salah satu indicator kepada perniagaan. Boleh lihat
untung rugi. To justify either the business is thriving or not. Seterusnya kita
boleh decide apa perlu dibuat kepada perniagaan kita berdasarkan akaun
(tambahbaik atau tutup perniagaan, etc).
12. Company Secretary adalah kerjaya. Ia adalah berbeza dengan company
secretary pejabat yang bertugas menjaga hal ehwal boss.
13. Tugas Company Secretary adalah menubuhkan syarikat. Company
Secretary perlu mempunyai lesen.
14. Syarikat yang ditubuhkan oleh Companya Secretary dipanggil shelf
company.
15. Menurut undang-undang, seseorang akan diisytiharkan mati selepas 7
tahun menghilangkan diri.
p/s 1 lepas belajo pasal
jenis perniagaan baru la den paham shelf company tuh apa. Masa tengok ceite
Suits dulu, bila Harvey Spector dok sebut-sebut pasal shelf company den dok
blur je.
p/s 2 baru la den paham
jugak Company Secretary tuh apa. Sebelum kelas nih, dek dok musykil pasai pa
mahkamah dok minta info syarikat daripada Company Secretary kalo ada kes yang
berkaitan dengan perniagaan di mahkamah. Dek dok terpikiaq ‘pasai pa la depa
nih dok tanya secretary pasal details syarikat dan perniagaan. Nape tak tanya
pengarah syarikat. Secretary kan take care of the big boss. Macam mana
secretary nak tau banyak perkara pasal syarikat.
0 Comments