Batman vs Superman
Masa on the way pegi keje, kitaorang dengo la
radio. Sempena tayangan movie Batman vs Superman kat panggung, ada satu slot
kat radio Mix FM dok bincangkan topic ‘superhero yang mana yang akan dipilih
menjadi side kick korang’, lebih kurang camtuh la tajuknya.
Den tak dengaq la apa yang digebangkan coz
den dah sampai opis. Buong sempat la dengaq diskusi pasal topic tuh sampai
abis.
So malam tuh masa kitaorang melepak
berehat-berehat:
Buong : Tadi kan papa dengo sembang-sembang
pasal Batman dengan Superman tuh sampai abis. Best jugak.
Den : So...sape yang menang? Batman ke
Superman yang lagi ramai orang suka?
Buong : Ramai orang suka Batman.
Den : Pasai pa Batman menang? (Dalam hati dok
musykil pasai pa orang dok pilih Ben Affleck daripada Henry Cavill. Memang
dasar cougar tak sedaq diri nih).
Buong : Mungkin la kot sebab ramai orang rasa
Batman tuh memang terror sebab dia orang biasa. Dia takde kuasa superhero tapi
dia kaya raya, pandai dan kreatif buat macam-macam gajet sampai dia boleh jadi
superhero. Dia berlatih bersungguh-sungguh nak jadi superhero, berkungfu la,
macam-macam la dia buat. Lagi pun dia kaji setiap jenayah yang dok ada dan cara
camne nak kalahkan penjahat tuh.
Den : Tapi Superman lagi handsome. (Nampak
sangat cetek pemikiran..haish).
Buong : Superman tuh cuma bergantung kat
kuasa alien dia je. Kalo takde super power tuh, dia macam takde apa-apa.
Den : Mungkin la kot (dalam hati masih tak puas
hati la tuh hahahhahahhaa).
Den dengan buong memang suka sembang benda-benda
lagho camnih.
Ntah
dapat ke idok nak tengok movie tuh kat panggung. Kalo tak dapat, kita cari dvd
nye je la nanti.Habaq mai kat celah mana Batman lagi meletops daripada Superman hheehehehhe. Sumber gambo appleza.co.za. |
0 Comments