Tatau nak kata apa pasal ceite 2 jam 10 minit nih.
Untuk den movie nih macam serba tak kena di sana sini. Demand sungguh den nih kan hehehehhehe.

Maybe jalan ceite tuh itself tak beberapa nak jelas or sebenaqnya tahap blur den nih dah semakin meningkat.

Sinopsis versi den adalah:

Batman (Ben Affleck) ala-ala kecewa sebab masa Superman (Henry Cavill) lawan Kapten Zod (masa movie Superman dulu), ianya menyebabkan kemusnahan kepada dunia gitu. Batman rasa Superman (makhluk asing) berlakon baik dok tolong penduduk bumi. Superman plak rasa dia dah sedaya upaya menggunapakai (perkataan gomen sangat nih) kuasa dia untuk membuat kebaikan di muka bumi.

Kerajaan US yang memang sentiasa paranoid ingat orang atau makhluk asing nak serang depa melalui Senator Kentucky nye (Holly Hunter) dok mempersoalkan samada Superman nih adalah hero atau ancaman kepada kesejahteraan ummah sejagat sebab ada insiden Superman nak menyelamatkan Lois Lane tapi menyebabkan kemusnahan lebih besar camtuh la.

Lex Luthor (Jeese Eisenberg) adalah saintis yang kaya gila babi yang nak buat senjata tentera konon-kononnya untuk menentang makhluk asing (termasuk Superman) apabila perlu. Padahal dia dok kumpul data base nak buat meta human camtuh.

Mak Superman (Diane Lane) dok la bersedih anak dia disalah sangka.

Lex Luthor culik mak Superman dan cakap dengan Superman kalo dia nak mak dia selamat dia kena bunuh Batman.

Batman plak salah sangka ingat Superman yang sebabkan ramai orang terbunuh kat Capitol City (eh ke kat mana kan hahaahaha) masa sesi pendengaran tentang motif Superman di dunia.

Batman lawan Superman sebab salah sangka. Mujoq sangat la ada Lois Lane mendamaikan depa.

Batman, Superman & Wonder Woman bergabung tenaga menentang makhluk asing (mutasi mayat Captain Zod yang dibuat oleh Lex Luthor). Superman akhirnya berjaya bunuh makhluk asing tuh walopun dia pun terbunuh sekali.

Semua orang bersedih Superman mati.

Camtuh je la synopsis den hahahhahahahaa.
Ben Affleck as Batman memang la tak dapat nak menandingi aura Christian Bale as Batman. Batman nih kalo nak diikutkan character nye adalah dark, brooding and mysterious camtuh la kan sebab dia kan macam ada masalah jiwa skit sebab dia trauma tengok parents dia kena bunuh depan mata.

Ben Affleck nih rupa dia manis. Walopun dia coba buat-buat serious dan moody, manis tuh masih tetap ada.

Walopun badan Ben Affleck sangat sado sampai tenggelamkan skit leher dia but still macam kurang ummppph dia as Batman. Christian Bale masa jadi Batman takde la sesado mana tapi aura dia tetap meletops.

Den tengok Ben Affleck den teringat plak movie Armageddon. Ben Affleck nih kan sangat la associated dengan romantic movies. Cuma lately je la dia berlakon or mengarah movies yang heavy macam The Town, Argo dan Gone Baby Gone.

Tapi den rasa the wow factor yang ada kat Christian Bale as Batman den tak dapat jumpa cari kat Ben Affleck.
Muka manis camnih elok bawak balik jumpa mak pak sebagai calon menantu
Nih I will trust him that he will protect me and the world gittew
Lagi tak membantu adalah costume Batman tuh sendiri. Tatau nape kale Batsuit dia tuh macam kelabu bukannya hitam (nih ikut mata den la. Kalo mata den kero, memang terpleot la kan). Pastuh macam ada garis-garis apa tatau kat Batsuit tuh. Maybe nak buatkan dia nampak lagi ganas la gamaknye yek. Cape dia pun den rasa macam kain kasa tatau keras tak beralun macam cape Superman. Dah macam nak ulas fashion plak yek.

Masa Batman lawan Superman of coz la kan dia kena pakai armour yang extra sebab nak lawan superhero kot tapi armour tuh mengingatkan den pada Robocop.
Ingatkan robocop tadi
Den rasa Ben Affleck dah give his best dah tapi tuh la kan kalo hero terdahulu sangat meletops dabommm memang payah la nak mereplikasikan watak tuh. Christian Bale dah letakkan benchmark yang tinggi sangat sebagai Batman. Patutnya depa bagi watak Batman nih kat a newcomer yang orang tak kenai langsung. Nih pendapat den je la.

Superman si Henry Cavill tuh macam lembik la plak den tengok. Tau la rasa tersisih sebab dah give all his best menyelamatkan penduduk dunia tapi tak dihargai dan diragui keikhlasan hatinya dan motifnya kan tapi tatau la kenapa den rasa dia macam lemau skit. Mungkin dia pun ada masalah jiwa jugak macam Batman atau mungkin sebab dia anak emak kot hahhhahahaaha. Kejap-kejap mengadu kat mak dia (Diane Lane). Kejap-kejap mengadu kat gepren dia (Amy Adams). Manja sangat tau rasa macam nak taboh je bagi macho skit.
Sohih la anak manja mak dah muka manis-manis camnih
Lepas tuh kan boleh pulak masa mak dia kena tangkap dengan penjahat dia takde rasa gerak hati. Masa Lois Lane ada kecelakaan je (kena tangkap dengan penjahat, hampir lemas, etc) boleh plak dia ada rasa gerak hati walopun sibuk dok berlawan dengan makhluk asing.

Maknanya adakah Superman lebih sayang kat gepren dia berbanding mak dia walopun Lex Luthor dok kata ‘every boy special woman in his life is his mother’. Den risau la kan sebab anak den dua-dua lelaki. Esok-esok depa sayang gepren depa lebih daripada den hahahahaha (okay….nih takdak kaitan la kan dengan movie nih tapi kalo dah superhero pun sayang gepren lebih daripada omaknye, apakah harapannya orang biasa akan sayang omak lebih daripada gepren walopun syorga bawah tapak kaki omak).

Superman nih den rasa mujoq je la kan dia ada kuasa superhero. Kalo dia orang biasa dan dok melembik macam tuh, memang orang buat bolayan je la kan. Dah la reja dok melawan boss je kat opis hehehhehehe.

Pasai pa Superman dah macam nak botak skit den tengok (receding hairline). Kalo ada movie Superman yang akan datang, memang Henry Cavill nih nak kena pi buat hair treatment dulu kat Yunnam ke ape. Pi tanam rambut ke ape ke.
Awat macam nak botak ja
#baru la den perasan spender Superman depa buat kale biru. So tak perasan sangat la kan dia pakai spender kat luar tight tuh. Kalo Superman dulu-dulu depa pakai spender merah di luar tight biru.

Henry Cavill nih mukanye pun manis jugak. Macam lemah lembut pun dok ada. So memang sesuai la kot dia tak terpilih bawak watak James Bond coz 007 tuh kena extra macho. Setakat nih Henry Cavill nih takde lagi la bawa watak meletops selain character Superman. Dia kena pelbagaikan watak la kalo nak jadi pelakon evergreen kat Hollywood. Kalo tak maybe dia akan diterlupakan kelak. Dia patut diversify watak dia at least macam Hugh Jackman (jadi superhero Wolverine pun best, jadi bapak yang stress dalam The Prisoners, ahli silap mata dalam Prestige, ceite ringan tapi best macam Real Steel, etc). Tapi tak pa la kan coz Henry Cavill nih baru 32 tahun. Muda belia lagi. Boleh perbaiki lagi skill berlakon dia.

Amy Adams as Lois Lane daripada movie Superman mula-mula dulu den tak beberapa berkenan sebab in real life dia nih dah 41 tahun. Si Henry Cavill tuh baru 32 tahun. So memang nampak jelas la jugak untuk mata den yang Amy Adams nih agak berumoq untuk Henry Cavill. Patutnya depa bagi la watak Lois Lane nih pelakon muda skit macam Minka Kelly, Olivia Wilde, Milla Kunis, etc. Ramai kot pelakon pompuan yang muda dan berbakat yang lebih sesuai untuk dipadankan dengan Henry Cavill tuh. Tapi Amy Adams berlakon as Lois Lane the journalist okay je la.

Jeese Eisenberg as Lex Luthor macam tak kena sebab dia nampak muda walopun dia 32 tahun. Dia nampak macam 20an, anak-anak ikan. Dia bawak watak Lex Luthor dah okay. Tapi bila Batman, Superman, Lois Lane & Wonder Woman nampak lebih matured daripada dia, Lex Luthor nampak tak intimidating sangat. Tak nampak sangat dia kejam. Lebih nampak macam dia tuh memang ada masalah jiwa akibat kekurangan kasih sayang akibat didera dek bapaknye. Lex Luthor dalam ceite Smallville tuh nampak lagi berkarisma rasanya. Tapi tatau la kan kalo esok-esok bila Jeese Eisenberg dah dibotakkan, dia akan jadi Lex Luthor yang lebih meletops.
Macam nak berlakon ceite The Wedding Planner je
Lex Luthor lepas masuk penjara
Lex Luthor Smallville
Penjahat Captain Zod yang telah dimutasikan menjadi ala-ala makhluk asing tuh buat den teringat pada makhluk mutasi dalam movie Hulk yang Edward Norton jadi hulk tuh. Macam lebih kurang je rupanya.
Doomsday, penjahat dalam Batman v Superman
Abomination, penjahat dalam The Incredible Hulk

Tapi secara logiknya, kalo nak buat penjahat yang boleh tentang superhero yang ada kuasa meletops macam Superman tuh, memang harus lah kan penjahatnye kena makhluk asing yang ada kuasa meletops jugak.

Den rasa den berkena dekat Gal Gadot as Wonder Woman. Walopun watak dia sekupang je tapi dia sajak la jadi Wonder Woman.
Memang tak tertanding la dengan Lois Lane kan
Tengok Jeremy Irons, Kevin Costner, Holly Hunter dan Diane Lane jadi watak sampingan macam pelik skit plak coz depa used to be the heroes and the heroines hehehehehhehe.

Ada jugak ye terselit Jason Momoa as Aquaman walopun scene nye tak sampai 15 saat. Macam seksi je dia as Aquaman hahahahahaha.
Hello sexy. Tengok lah tenungan matanya ittew.
Tapi kesimpulan yang terpaling jelas adalah baik hero orang biasa (Batman), superhero (Superman) dan penjahat (Lex Luthor), semuanya dibentuk atau dipengaruhi dengan cara didikan atau kejadian masa depa kecik-kecik.

Batman dok rasa macam sakit hati gila or berdendam dengan penjenayah sebab mak pak dia mati kena tembak. So dia pun berazam nak hapuskan penjahat atau kezaliman dengan kepakaran dan sumber kewangan yang dia ada.

Superman plak dibela dengan penuh kasih sayang oleh mak pak angkat dia kat bumi. So walopun mak pak dia dok kata ‘you don’t owe anything to the world’ dia still dok rasa dia kena membuat kebaikan di muka bumi sebab dah ditanam dalam diri dia sifat-sifat murni oleh mak pak dia yang sangat baik hati.

Lex Luthor nih nak jadi yang terbaik, lain daripada yang lain coz dia nak buktikan kat pak dia yang dia mampu berjaya dan nak pak dia berasa bangga ada anak cam dia. Dia nih kekurangan kasih sayang sebenaqnya.

So kita sebagai parents kena coba sedaya memberikan childhood yang terbaik untuk anak-anak kita supaya depa akan menjadi saham akhirat kita kelak, in sya Allah.

Tatau kenapa ulasan movie superhero kesimpulannya macam ceramah transformasi keibubapaan oleh LPPKN kan hahhahahhahaaha.

Movie nih bagi den okay je la. Sedang-sedang aja. 3 stars la kot. Kadang-kadang ramai sangat superhero dalam satu movie buat movie tuh macam caca merba coz banyak sangat nak cerita dalam masa yang singkat.

Walopun director movie nih adalah Zack Synder, co producer movie nih adalah Christopher Nolan dan almost 100% pelakonnye memang dah ada nama tapi still movie nih macam missing something somewhere.

Movie nih adalah salah satu movie yang sangat den tunggu-tunggu. Lepas tengok movie nih perumpamaannya adalah seperti membuat persiapan bersungguh-sungguh nak pergi honeymoon, dah booking chalet yang paling meletops kat Maldives, dah pesan dekat orang chalet tuh suruh bentukkan tuala jadi bentuk 2 ekor angsa membentuk love, roses petals ditabur dengan jayanye dari pintu bilik ke atas katil, dah beli Victoria Secret lingerie imported dari US, dah buat bikini wax bagai, etc tapi bila hang jejak ke kaki kat pintu bilik chalet tuh, hang terperiod. 

Begitu la perasaan den bila tengok movie nih. Keciwa. 

p/s 1 So kita tunggu la plak kot-kot lepas nih depa buat ceite Justice League plak kan.

p/2 depa-depa yang jejaka yang den tanya semuanya pilih Wonder Woman daripada Lois Lane. Memang kan depa tuh.

p/3 nko tengok la kan. Komen/ulasan benda-benda lagho sampai 3 pages. Coba komen pasal hal-hal ilmiah. Setengah muka surat pun dah sesak napas membuatnya. Dasar sangat nih.

4 Comments

  1. Diorg cakap bosan tgk cite ni kak..mujur den xtgok lg..kalu x rugi duit tiket den..hahahah

    ReplyDelete
  2. Memang ada rasa keciwa tengok movie nih. Tapi kalo nak menjamu mata tengok kesadoan Ben Affleck & Henry Cavill bley je pi tengok wayang movie nih:)))))

    ReplyDelete
  3. terhibur sgt bace ulasan ni, sementara buhsan menunggu budak2 jawab test kan.. double thumbs up =)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sebab sudi baca ulasan kita nih.

    ReplyDelete