Den nih bukan peminat tegar asam pedas. Buong yang minat sangat makan asam pedas.

Tadi lepas mesyuarat kat pekan Kuala Selangor, den ajak anak buah den cari kat mana kedai makan asam pedas Sungai Sembilang yang ramai budak-budak opis kata sedap tuh.

Sebenonye kalo balik umah mentua kat Kuala Selangor melalukan je jalan ke kedai asam pedas nih tapi tak pernah ada rezeki nak singgah.

Alhamdulillah memang dah rejki den tadi, dapat la merasa asam pedas tuh.
Kalo nak pergi sini cari sign board The Kabin. Dari The Kabin tuh terus je skit menghala ke Pengkalan Nelayan. Dalam 5 minit memang dah boleh nampak papan tanda Atok Asam Pedas.

Kedai nih bukak everyday dari kul 1 tengahari sampai 11 malam. Menurut pekerja kat sini, weekend memang penuh sangat la.

Den ingat nak makan asam pedas ikan sembilang tapi takde rejki sebab dah 2 hari berturut-turut kata pekerja tuh ikan sembilang takde. Yang ada hari nih hanya ikan kembung, ikan pari dan ikan cencaru.

So den amik la asam pedas ikan pari. Dia memang dibagi 1 set dengan nasi putih, telur masin dan timun. Asam pedas tuh diletakkan dalam claypot. Untuk asam pedas ikan pari, ikannya ada dua ketoi dalam satu claypot.

Memang best la kan makan asam pedas sambil ditiup angin. Nyaman sangat suasana rasanya.

Untuk 2 set nasi + ikan pari + 2 air botol + 1 air teh o ais + 1 asam pedas ikan pari (bungkus) rege RM 33. Okay la kot yek.

Untuk tekak den, den rasa asam pedas Sijangkang lebih ummphhh dan meletops walopun makan di kedai yang suasananya tidak senyaman di sini. Buong plak kata dua-dua asam pedas pun sedap.

p/s untuk my friend yang berasal dari kampung tapi ala-ala minda, body & soul sangat la beradaptasi dengan Bukit Bintang tuh, Sijangkang adalah di Banting okay. 
Environment memang cozy dan nyaman
Ayaq botoi menggamit kenangan dolu-dolu
Set asam pedas
Asam pedas ikan pari

0 Comments