The Kite Runner by Khaled Hosseini
Buku nih diterbitkan pada 2003.
Ceite pasal persahabatan antara Amir dan Hassan (anak orang gaji) yang sangat erat tapi terputus di tengah jalan akibat satu tragedi yang berlaku. Buku nih jugak ceite pasal hubungan antara Amir dan ayahnya.
Ceite nih 70% berlaku di Afganistan dan 30% berlaku di US.
Amir & Hassan nih partner in crime bersama-sama camtuh. Selalu idea menakal datang daripada Amir tapi yang menanggung kesalahan adalah Hassan. Hassan selalu back up Amir.
Dah
boleh cross checklist 'a book you've been meaning to read'.
p/s ada movie yang diadaptasi dari buku nih yang dibuat tahun 2007 tapi den tak berpeluang tengok lagi movie nye.
Ceite pasal persahabatan antara Amir dan Hassan (anak orang gaji) yang sangat erat tapi terputus di tengah jalan akibat satu tragedi yang berlaku. Buku nih jugak ceite pasal hubungan antara Amir dan ayahnya.
Ceite nih 70% berlaku di Afganistan dan 30% berlaku di US.
Amir & Hassan nih partner in crime bersama-sama camtuh. Selalu idea menakal datang daripada Amir tapi yang menanggung kesalahan adalah Hassan. Hassan selalu back up Amir.
Depa berdua nih selalu main
& bertanding layang-layang sama-sama.
Sekali tuh ada tragedi yang
berlaku yang memisahkan depa & memutuskan persahabatan depa. Masa umur depa
12 tahun, Amir nampak Hassan kena liwat dengan Aseef tapi dia tak tolong coz
dia takut dia diapa-apakan. Amir buat-buat macam dia tak nampak apa berlaku.
Hassan tau Amir nampak apa yang terjadi tapi dia tak cakap apa-apa.
Lepas kejadian tuh, Amir
rasa tak tentu arah, dia rasa bersalah, etc. Akhirnya dia tuduh Hassan curi jam
& duit dia. Hassan & bapanya Ali akhirnya pindah balik ke kampung.
Amir & ayahnya migrated
ke US due to penjajahan oleh Russia ke atas Afganistan.
Amir akhirnya berkahwin
& bermastautin di US. Bapa Amir meninggal dunia tak lama lepas dia kawin.
A phone call daripada kawan
lama, Rahim Khan menyebabkan Amir kembali semula ke Kabul.
Amir diberitahu satu rahsia
besar iaitu Hassan adalah abangnya. Bapa Amir telah 'tidur' dengan isteri orang
gajinya, Ali. Hassan adalah anak daripada hubungan tersebut.
Hassan telah meninggal
dunia sebab ditembak oleh Taliban & dia mempunyai seorang anak lelaki,
Shorab berumur dalam 13 tahun camtuh. Hassan tak tau pun yang dia dan Amir
adalah adik beradik.
Amir berusaha
bersungguh-sungguh mencari Shorab. Macam-macam dia kena tempuh untuk mencari
Shorab. Akhirnya dia berjaya bawa mengambil Shorab yang berada dalam tahanan
Aseef selepas separuh mati dia dibelasah oleh Aseef.
Akhirnya dia berjaya bawa
Shorab balik dengan dia ke US. Shorab yang terlalu trauma dengan kehidupannya
di Kabul tidak bercakap selama setahun di US.
Cerita nih diakhiri dengan
Shorab tersenyum masa Amir ajak dia main layang-layang.
Ceite pasal kehidupan di
bawah pemerintahan Taliban di Afganistan agak ngeri dipaparkan dalam novel nih.
4 stars. Walopun buku nih
tak heavy ia agak traumatizing bagi den especially masa ceite pasal
pemerintahan Taliban yang kalo ikut pemahaman den berdasarkan ceite dalam buku
nih, memang tatau kat celah mana dia praktiskan pemerintahan Islam nya.
Den rasa buku nih 70% ceite
yang agak tragis dan sedih & 30% je ceite yang happy. Camne pun bak kata
antara quote dalam buku nih “Life goes on, unmindful of beginning, end…crisis
or catharsis, moving forward like a slow, dusty caravan of kochis (nomads).”
Den baca buku nih dalam
masa 1 hari setengah. Mula baca dari hari sabtu (mula journey ke Kokdiang dari
Kuala Selangor dalam kul 1130 pagi). Dapat baca 3/4 buku sampai kul 6 pm.
Den abiskan baca buku nih
petang nih masa dalam perjalanan dari Kokdiang ke Marang.
Rasanya macam tak akan baca
lagi kot buku nih coz penat la baca buku yang realitinya suram dan pedih.
p/s ada movie yang diadaptasi dari buku nih yang dibuat tahun 2007 tapi den tak berpeluang tengok lagi movie nye.
0 Comments