Den tengok movie nih dengan buong kat tv9.


Movie tahun 2012.


Ceite kelako sebenarnya tapi banyak pengajaran yang kita bley dapat daripada ceite nih.

Ceite pasal satu kumpulan rakyat jelata yang nak menumpaskan menteri-menteri yang korup pada zaman Dinasti Joseon. Ais batu pada masa tuh merupakan satu komoditi yang sangat berharga daripada emas.

Menteri-menteri yang korup nih menganiaya pegawal yang bertugas untuk menguruskan kerja-kerja memotong ais & mengedarkannya mengikut arahan kerajaan. Lepas pengawal tuh dipenjarakan atas sebab tidak memastikan tahap keselamatan kawasan ais nak diharvest tuh, menteri-menteri yang korup nih mencadangkan supaya pengurusan ais batu nih diswastakan.

Penswastaan pengurusan ais batu nih dihandle oleh menteri-menteri yang korup nih & depa berjaya memonopoli harga ais.

So rakyat 11 orang nih pemikir, ex-pengawal ais, penyamar, pakar buat bom, pakar menggali & mencuri, etc bersama-sama nak curi ais yang disimpan di istana bagi membongkar kejahatan menteri-menteri yang korup tuh.

Depa siap lukis pelan kat mana nak buat terowong, buat kiraan camne nak alihkan bertan-tan blok ais dalam masa 1 malam, kiraan nak sambungkan terusan dengan sungai supaya blok-blok ais dapat terapung & mengalir terus ke kawasan kampung, jumlah air kencing yang diperlukan untuk buat bom, etc.

Walopun memang penuh dengan gelak ketawa, movie nih ada info architecture, engineering, chemistry, etc dalam ceite nih. Real sangat depa buat k.

Happy ending. Depa berjaya laksanakan plan depa walopun hampir-hampir gagal. Menteri-menteri yang jahat tuh kena hukum.

3.5 stars. Bley tengok lagi ceite nih. Memang best. Malaysia tak nak buat ceite camni ke? Boleh dibuat berdasarkan fakta sebenar kot Hahahahahahahaha.

0 Comments