Rindu
Semua perbualan nih berlaku pada satu ketika dahulu.
Duit Raya
Masa den tepon dia di pagi Aidilfitri, raya
pertama. Den kursus so tak dapat balik raya.
Den : Sedih pulak tak dapat balik raya.
Atok : Sedih buat pe nye. Raya kan setiap
tahun ada. Bukan selalu dapat pi kursus camtuh. Lagi pun save la skit duit hang
sebab tak payah bagi duit raya tahun nih.
Den : Hahahahhahaha.
Ceite duit raya dalam family den memang ngeri k coz family kitaorang
besaq so nilai RM yang kena disediakan pun besaq. Siap ada jadual dalam excel
lagi untuk bagi duit raya nih. Nama wajib ditulis pada sampul supaya takde yang
tercicir.
Aaliyah
Masa den dok baca paper kat sebelah dia yang
tengah tengok tv.
Atok : Kesian muda-muda dah mati.
Den : Sapa mati tok?
Atok : Tuh dalam paper cakap penyanyi tuh
mati sebab kapal terbang dia meletop. Sapa nama dia? Ana ke apa ntah?
Den : Aaliyah ke tok?
Atok : Agaknye la.
Ha...atok den memang rock okay. Bila dia baca
paper, almost semua bahagian dia baca. Sebab tuh dia tau macam-macam ceite.
Hantaran
Masa den nak kawin.
Den : Esok atok jangan la mintak hantaran
mahai-mahai pulak.
Atok : Ishh...kena la mintak
mahai-mahai...dah lama tak buat kenduri kawin.
Den : Mampuih la nanti kitaorang takdak duit
nak makan lepas kawin kalo hantaran mahai sangat.
Atok : Hahahahhaha.
p/s : Alhamdulillah hantaran den sederhana.
Atok bagi separuh duit hantaran tuh kat kitaorang lepas kenduri.
Pak Lah
Masa dok tengok Pak Lah berucap dalam event
apa ntah dalam Buletin Utama.
Den : Ramai orang complaint kata Pak Lah nih
suka tidoq.
Atok : Jadi Perdana Menteri tuh kerja berat.
Dia penat sangat tuh banyak sangat pikiaq.
Den : Betoi ke banyak pikiaq? Dia kan ada
menteri semua. Ntah-ntah dia dah memang suka tidoq.
Atok : Memang la ada menteri semua tapi
keputusan akhir masih dia kena buat. Dia banyak pikiaq tuh. Kita kena hormat
pemimpin kita.
Atok selalu cakap pasal pemimpin dengan penuh
semangat sebab dia dok terkenang-kenang zaman nak mendapatkan kemerdekaan.
Menari
Masa dok tengok movie lama hitam putih, tak
ingat ceite apa. Scene penari-penari dok menari depan Sultan.
Atok : Tengok orang dulu-dulu. Cantik je
menari. Lemah lembut je.
Den : Orang sekarang menari tak cantik ke?
Atok : Cantik apa dok melompat-lompat macam
ulat cempedak tuh.
Den : Haahahhahahahahaa.
Siti Nurhaliza
Masa dok tengok Siti Nurhaliza menyanyi dalam
siaran apa tak ingat.
Den : Tok suka ke tengok Siti menyanyi?
Atok : Suka. Siti nih suara dia sedap. Boleh
nyanyi lagu-lagu lama. Pastuh baju dia pun sopan-sopan. Dia boleh nyanyi sambil
senyum. Manis je rupanya.
Tapi atok tak berkenan masa Siti kawin dengan
Dato K. Katanya Siti deserves better ahhahahhaaha.
Barang Hantaran
Masa dok bincang nak buat berapa dulang
barang hantaran.
Atok : Hang tok sah la dok mintak hantaran barang
make up dengan minyak wangi.
Den : Pasai pa tok?
Atok : Hang tuh bedak pun tak pakai. Minyak
wangi pun takdak. Bukan hang pakai semua tuh. Membazir je.
Den : .....terkebil-kebil...
Tapi betoi la apa atok cakap. Dari dulu
sampai sekarang den memang tak pakai make up & minyak wangi.
Mengundi
Masa PRU yang lepas.
Den : Atok mesti la undi UMNO tuh.
Atok : Undi adalah rahsia. Mana boleh cakap.
Den : Tak cakap pun dah tau dah. Mesti undi
BN la tuh.
Atok : Hehehehehee.
0 Comments