Opis den dijemput untuk joint event latihan menembak senjata kecil anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). So 4 orang wakil dari opis den diminta oleh big boss untuk joint event nih termasuklah den.

Kalo ikutkan hati memang maleh sebab den memang la tak suka aktiviti-aktiviti outdoor nih tapi dah big boss suruh pegi kita pi la no. Sat nih dia bagi markah LNPT rendah plak sebab ingkar arahan hehehehehehe.

Program dijalankan di Lapang Sasar Tentera Darat di Jugra Kuala Langat bermula pukul 2 petang.
Lokasi kejadian
Lapang sasar
Senjata-senjata yang dok ada termasuk M16. Den berat pungkok nak bangun amik gambaq dekat-dekat
Kalo nak diikutkan ada ramai jemputan untuk joint event tuh tapi yang hadir cuma daripada tentera, opis kitaorang & media.

Lepas lunch, kami semua dibagi taklimat oleh jurulatih menembak APMM tentang cara nak handle 3 jenis pistol, cara nak masukkan peluru, nak kena tekan/picit punat mana la, nak kunci pistol la, langkah-langkah keselamatan, cara nak pegang pistol, etc. 

Tiga jenis pistol tuh adalah Glock, CZ dan CZ Shadow (kalo tak silap dengaq masa taklimat tuh).

Kata jurulatih menembak tuh, 2 jenis pistol (CZ) dibuat di Checz Republic & lagi 1 jenis (Glock) dibuat di Austria. Nih kalo tak silap dengaq la masa taklimat tuh.

Tuan jurulatih juga ajaq cara nak menembak. Kena tarik nafas, tahan nafas, etc. Masa taklimat den macam paham tapi masa menembak tuh den pun terlupa den tahan napas ke bernapas bersungguh-sungguh ke apa. Memang fail sungguh.

Dengaq taklimat pun den dah sakit jantung sebab den mana la pernah guna senjata (tengok senjata pun tak pernah), pastuh dikobakan pulak peluru yang digunakan peluru hidup, memang la tercopot-copot jantung kan.

Yang sebenaqnya den takut den kena katok dengan orang APMM sebab dok terkelembap-terkelembap masa menembak tuh nanti huhuhuhuhu.

Tapi baguih la depa APMM nih, depa pun paham kita tak pernah tengok senjata pun, lagi-lagi guna senjata. So depa bagi tunjuk ajar dari mula sampai abis. Dari mula nak masukkan peluru sampai la nak keluaqkan sarung peluru tuh lepas selesai menembak.

Untuk event nih, depa bagi jarak sasaran untuk tembakan dalam 15 meter. Jauh sangat dah untuk den nih ha.

Walopun dah pakai penutup/pelindung telinga tuh, still bising jugak bunyinya bila kita menembak tuh.

Masa den mula-mula nak menembak 1st round (untuk pemanasan katanya), masa den mula-mula angkat pistol nak masukkan peluru tuh, terus den rasa macam ‘berat nak mampuih pistol nih’. Masa menembak tuh memang la pistol tuh macam jerking. Tembak 5 peluru masa tuh. 

2nd round, tembak 10 peluru.

Lepas tuh bertanding dengan kumpulan media untuk tembak plates, 3 rounds. Setiap satu round tuh 10 peluru.

Toksah tanya la kan den punya tembakan kena sasaran ke tak sebab member den kata dengan nilai mata den tuh, memang la jatuh dalam kategori gagal terus hahahahahahhaa.
Den dok masukkan peluru
Gaya dah macam okay tapi hasil memang nan hado
Dah selesai menembak 1 round
Den berkesempatan guna pistol Glock & CZ (tatau CZ shadow ke tak). Untuk den yang first time pegang senjata nih, Glock tuh lebih ringan tapi CZ tuh lebih senang skit nak guna kot. Tuh perasaan den la.

Tengok depa-depa abam-abam APMM (termasuklah the ladies) & anggota tentera menembak memang seronok la sebab depa memang terror kot. Yang tembak sebelah tangan pun dok ada. Kalo den tembak sebelah tangan mampuih la pistol tuh terpelanting teruih. Den tembak guna dua belah tangan pun dah caca merba.

APMM dan tentera dok menembak dengan terrornya
Tentera & APMM dok kutip casing peluru lepas program menembak untuk dilupuskan ikut peraturan yang dah ditetapkan. Its a standard SOP. So memang toksah dok berangan nak bawak sebutir casing peluru pun sebagai souvenir sebab ia memang dilarang.
Kesimpulannya, memang tak rugi la den joint event menembak nih walopun mula-mula macam malas sangat nak joint.

Bukan semua orang ada peluang nak merasa belajar menembak.

Orang APMM memang baguih-baguih semua. Baik hati sangat dok layan kami especially den yang tatau apa-apa pun pasai menembak. Dok explain dan guide kami dengan penuh kesabaran. Terima kasih no.

Kerja-kerja berkaitan penguatkuasaan yang melibatkan senjata api samada tentera ka polis ka APMM ka & others yang den maybe tatau sememangnya berbahaya & memerlukan skill yang sangat tinggi. 

Walopun nampak dalam movies & drama Gerak Khas tuh macam sempoi je nak menggunakan pistol, etc, in real life it’s really not easy.

Memang la depa-depa nih ada jadual latihan menembak depa untuk memperkasakan skill depa but still bukan semua orang mampu yang buat kerja macam nih.

So untuk semua anggota penguatkuasa yang menggunakan senjata api, hats off to you guys.

Di kala zaman sekarang yang crime rates makin tinggi, senjata api pun macam dok ada kat merata-rata, etc, den rasa kita kena berterima kasih kepada semua penguatkuasa yang terlibat nih sebab berusaha bersungguh-sungguh menjaga keamanan kita semua sebaik mungkin.

p/s 1 pasai pa APMM kemas minuman petang tuh cepat sangat. Tak sempat nak makan popia & kuih apa ntah yang macam sedap tuh.

p/s 2 kalo ada program menembak lagi, boleh la ajak den lagi no.

0 Comments