Mencuba nasib nak tengok bunga kat sini selepas diviralkan di fb ujung minggu lepas.

Perancangannya nak berada di situ dalam kul 10 am tapi biasa la janji Melayu. Pukul 1015 am baru tergedik-gedik nak keluaq rumah. Singgah breakfast dulu. Sampai je kat Semenyih dalam kul 1145 am, dah budak-budak tidoq pengsan plak. So singgah la minum kat kedai mamak dulu. 

By the time parking je kat kawasan yang ditetapkan tuh, dah dalam 1215 pm. Memang mampuih la kan menggelepiaq tergedik-gedik berjalan tengok taman bunga di kala panas merelit-relit macam tuh. Tapi disebabkan dah datang jauh-jauh kan, harus la jugak pergi tengok bunga walopun dapat tengok kelopak nan satu je.

Parking memang penuh. Ada yang parking sampai almost 1 km dari taman bunga tuh. Tapi ada disediakan shuttle dari taman ke kereta yang diparking jauh tuh cumanya kena bertabah hati la beratoq coz serious memang ramai gila manusia. Yang bawak babies, toddlers, yang bawa parents atas kerusi roda pun ada.

Memang ramai sangat orang walopun memang tengah panas terik sampai den pun terkaget-kaget coz dok pedo takut stroller kita terlanggaq orang, dok pesoh si F yang dok berlari ke hulu ke hilir, etc. 

Dari entrance ke tempat parking sampai la ke bangunan galeri kita memang boleh nampak rumah-rumah yang dah siap dan yang masih dalam pembinaan. Besaq kawasan nih k, 1089 ekar.

Mula-mula kita memang kena pergi dekat bangunan project gallery dia tuh coz kena amik wrist band. Kalo takde gelang tangan nih tak diijinkan masuk oleh petugas dekat entrance taman bunga tuh.

Lepas dah amik wrist bands untuk 3 orang, si A tak payah pakai sebab kecik lagi, kitaorang tengok-tengok dulu replica umah contoh yang diletakkan kat bangunan tuh. Nak duduk kat tempat aircond sekejap lepaskan lelah coz penat menapak 10 minit dari kete ke bangunan nih.
Kemudiannya bermula la aktiviti berjalan-jalan di taman bersama rakyat jelata yang lain yang sangat la ramainya.

Disebabkan terlalu ramai orang kitaorang amik gambo kat mana yang sempat je la. Memang tak dapat la kan nak pegang eifel tower ke ape ke. Ada tempat yang kitaorang tak sempat amik gambo pun coz serious orang sangat la ramai tatau nak cakap macam mana hahaahahahahaha.

Kawasan taman bunga nya nih kalo kita jalan cepat-cepat dalam 20 minit dah abis la jalan. Kalo jalan sekejap berhenti amik gambo tuh yang boleh makan masa 2 jam tuh. Tapi disebabkan orang terlalu ramai & kitaorang pun risau si budak tembun dalam stroller tuh mengamuk, kita jalan berlebih berkurang je la.

Tempatnya memang cantik. Ada tasik yang dikelilingi pokok-pokok bunga & replika-replika yang menarik macam windmill, eifel tower, tanglung, pondok telefon, etc. Ada jugak rumah-rumah contoh yang kita bley masuk tengok.

Memang kitaorang tak masuk ke rumah-rumah contoh tuh coz tak larat nak berasak-asak dengan orang ramai. Amik gambo pun kat mana yang sempat je la.
Sales gallery dia yang mewah. Kat sini la amik wrist band, tengok replika umah contoh & siap ada kaunter jual pokok bunga & baja
Papa kalo amik gambo memang cenggini
Entrance taman bunga tuh
Den dengan si tembun di depan salah satu taman bunga
Si F kata dia nak amik gambo dengan pokok nih je sebab tak ramai orang

Bley nampak umah-umah contoh yang kita boleh masuk di seberang tasik tuh. Anak orang tuh siap depa-depa tangan amik gambo. Anak den? Kalo dia nak amik gambo pun dah mujur sangat.
Dekat Shanghai katanya. Dipenuhi dengan tanglung.
Kitaorang banyak amik gambo kat tepi jalan camnih coz orang tak ramai
Spot yang orang tamau amik gambo
Den paling suka gambo nih coz macam chantek je. Angin dok bertiup & bley nampak riben yang diikat pada mangga tuh dok berkibaran. Depa nak buat macam mangga cinta dekat Korea tuh la gamaknya.
Nih den tatau motip 3 beranak dok belek-belek riben tuh
Jambatan chenta di mana semua mangga dikuncikan bersama riben di sini
Gambo Eifel Tower dari kejauhan je la coz berenyut-renyut manusia kat situ
The best photo of us kat Eifel Tower tuh
Berteduh kejap coz panas merelit-relit
Yang penting ada dinosaurs kat tangan. Nko dah kenapa dik posing ala-ala one eye symbol. Nko jangan macam-macam dik. Simbol illuminati tuh
Windmill dari kejauhan
Bergambo dengan windmill dari tepi je la coz ramai gila orang beratoq nak amik gambo kat situ.
My view
Rumah-rumah contoh yang kita boleh masuk
Rasanya gambo payung MBSA la yang paling menyerlah dalam gambo nih
Ada 3,4 bijik jugak telefon merah nih
Final photo sebelum kami balik coz tak tahan panas
Kesimpulan

Masih belum terhakis lagi perangai tulih blog macam buat site visit report. Haish…

Rumah

Rekabentuk umahnya kalo tanye den & buong, kami rasa macam tak menarik sangat. Macam design lama skit. Macam tak bersepadanan plak dengan regenya.

Tapi yalar dah nama kawasan perumahan nih pun EcoMajestic, den berspekulasi ianya ala-ala Majesty (raja) camtuh. So sebab tuh lah regenya mampu tengok je kot untuk den. Rege bermula dari RM 596 K - RM 1.5 juta (rumah teres dan semiD). Lot banglo pun ado tapi tatau la rege berapa.

90% orang yang dok tengok dengan bersungguh-sungguh info dekat pejabat/galeri jualan tuh adalah bukan orang Melayu. Maybe sebab harga umah adalah mampu tengok atau memang ramai yang datang hanya nak mengambil gambo di taman bunga.

Tapi disebabkan Kerajaan Selangor Kerajaan Berkebajikan…chewah…ada a few blocks of apartments yang akan dibangunkan sebagai Rumah Selangorku (kalo tengok dekat replika pembangunan keseluruhan kawasan tuh la). Kalo ikut info kat website nye, ada 4960 units of low-cost and medium cost apartments yang akan dibina. So rasanya pada siapa yang layak membeli Rumah Selangorku, apartment kos rendah & apartment kos sederhana, boleh jugak jengah-jengah kawasan nih kalo ianya bersesuaian.

Kawasan memang chantek cuma jarak kita nak ke tempat keje tuh la jauh ke idok isunye. Kalo keje dekat Kajang, Bangi, Serdang & Putrajaya macam okay lagi la beli dekat kawasan nih.

Taman Bunga

Memang chantek sangat. Kalo datang masa yang redup (pagi ke petang) & masa hari bekerja (masa orang tak ramai), in sya Allah dapat la amik gambo & menghayati pemandangan dengan jayanya.

Dikatakan kawasan nih masih open for public secara percuma sehingga 6 Mac 2016.

So sapa-sapa yang berkesempatan untuk datang ke sini moh la datang tengok bunga & amik gambo kat tempat menarik.

Ada disediakan food truck jual ayaq tapi sediakan je la RM10/cawan camtuh.

Untuk mak-mak budak sesuai la tempat nih. Untuk budak-budak macam anak den depa tak heran sangat la nak tengok bunga coz depa dok dalam fasa nak melompat & berlari je. Bapak budak lagi la tak minat kan hahahahahha tapi disebabkan malas nak layan omaknye membebel-bebel nak tengok bunga, dia tabahkan je la hati membawa kitaorang ke sini hehehehhehehehe.

0 Comments