Meru Riding Club
Member opis bagitau ada
tempat nih. Katanya dah quite some time jugak tempat nih beroperasi.
Disebabkan tengahari tadi,
budak-budak dengan bertabah hati meneman mama tengok pameran bunga EcoMajestic
Semenyih tuh, moh la mama upah jalan-jalan tengok kuda.
Dari simpang empat Pekan
Meru atau Kedai Kambing Bakar Sahara tuh, dalam 10-15 minit nak ke Meru Riding
Club yang berada di Jalan Dusun. Kalo dah masuk Jalan Dusun tuh, teruih je
sampai ternampak kain rentang kat simpang kecik berdepan dengan Tadika Kemas.
Dari sini tak sampai dua minit dah sampai ke Meru Riding Club.
Menunggang Kuda
Kawasan menunggang kuda ada
1. Bangsal kuda adalah 1 dengan 10 kandang camtuh. Masa kitaorang pegi kuda
dewasa ada dalam 7 ekor & kuda padi ada dalam 2 ekor.
Sekali naik kuda,
penjaganya akan bawa kita pusing 2 rounds. 2 rounds untuk RM 10. Boleh la kan
untuk bagi budak-budak happy. Orang dewasa pun boleh jugak naik kuda tapi den
tak naik la coz den memang penakut & den risau kuda tuh cedera or mengamuk
coz berat den yang sangat mantop nih.
Tak sangka si F nak naik
kuda coz dia tuh dengan semut pun dia takut. Alhamdulillah elok plak dia naik
kuda tuh 2 rounds. F dah beso or mama yang skeptical, ntah la….
My anak bujang menunggang kuda dengan happy nye |
Si budak kecik tuh tak
heboh nak naik tapi dia dok kalut melawat bangsal kuda tuh. Pegi dekat-dekat
plak tuh, awak nih risau kena gigit kuda je.
YB melawat kawasan |
Chantek kuda nih |
Memanah
Betoi-betoi berdepan dengan
kandang kuda nih ada disediakan kawasan untuk memanah.
RM5 untuk 10 batang anak
panah (dewasa) & RM3 untuk 10 batang anak panah (kanak-kanak).
Masa kitaorang tengok
tempat tuh, dok ada dalam 3 orang dok tengah memanah.
So sapa-sapa nak cuba
memanah boleh la datang sini.
Sapa jadik ahli boleh dapat
diskaun untuk memanah nih.
Others
Dekat sini jugak ada
kandang rusa. Dalam 20 ekor jugak rusa dia.
Ada ayam, itik & angsa.
Sakan dok ligan ayam-ayam tuh |
Dah macam mini zoo plak.
Budak-budak suka je la
tengok binatang nih semua.
Member kata ada landak tapi
tak jumpa plak masa kitaorang pegi hari tuh.
So untuk parents yang nak
bawa anak-anak jalan dengan bajet yang minima boleh la kot mai kat sini.
p/s
kalo depa tambahbaik dengan sediakan gerai jual ayaq pun baguih. Kalo jual
makanan ringan macam keropok leko, nuggets, fries, etc lagi meletops. Boleh la
parents relaks santai minum-minum sambil tengok anak-anak naik kuda, memanah,
etc.
0 Comments