Macam-macam Program
Macam den ada ceite sebelum
nih, den bukanlah orang bisnes. Zaman den blajo, memang dinasihatkan untuk
kerja makan gaji. Makan gaji bukannya tak baguih cuma dalam hidup nih takpe je
kalo kita nak explore banyak options dalam hidup kita.
Den nih daripada beberapa
tahun sudah pernah je mengikuti macam-macam kursus & program yang akhirnya ke
arah mendapat kebebasan kewangan tuh.
Antara yang den masih ingat
adalah:
Public Mutual
Den pergi kelas-kelasnya di
Kelana Jaya beberapa bulan sampai la den amik exam nak jadi agen. Alhamdulillah
lulus. Tapi den proceed dengan satu sale pun sebab den pening baca banyak
sangat jenis Unit Trust yang dok ada dalam Public Mutual tuh muahahhahahaha.
Den yang tak berusaha lebih
untuk study setiap info pasal setiap Unit Trust yang ada. Bukan salah sapa-sapa
pun.
Amanah Raya
Den pergi kelas-kelasnya di
ofis sorang agen di Country Homes beberapa kali. Jadi jugak agennya (takde exam
apa pun). Den dapat cari tak sampai 10 orang untuk buat wasiat nih.
Disebabkan den nih memang
pemalas nak bernetworking bagai, memang jenoh la kan nak perkenalkan kat orang
ramai kepentingan wasiat especially orang Melayu. Bila kita cakap pasal wasiat,
most of them akan cakap ‘napa nak cerita pasal harta, faraid kan ada, etc’.
Emas
Den jadi ahli kepada kedai
emas dan menjual barang kemas kepada kawan-kawan. Nih den masih buat on &
off berdasarkan permintaan kawan-kawan. Tak buat all out pun sebab den adalah
tidak bernetworking sangat pun.
Tak pernah berkesempatan
pergi kelas yang dianjurkan pun.
Broker Hartanah
Nih adalah part time yang
paling lama den buat & den sangat minat.
Den pernah pergi kursus
anjuran Reapfield tapi tak joint depa pun.
Den pergi kursus talk pasal
hartanah di PKNS Shah Alam. Lepas tuh terus coba buat. Macam-macam den &
buong tempuh masa jadi broker hartanah nih.
Dalam masa 2 tahun lebih
den buat nih (dari 2010 - 2012), den & buong berjaya jual 6 biji umah &
sewakan 10 biji umah.
In sya Allah kalo ada rejki
nanti den akan kobakan pasal ceite broker hartanah.
p/s ejen hartanah adalah
ejen hartanah yang berdaftar tuh ye. Broker hartanah nih lebih kepada orang
tengah yang tak amik exam nak jadi ejen hartanah pun.
Nih yang den ingat la. Eh
terpanjang plak ceite. Next entry den ceite pasal berbaloi ke tak semua kursus
nih k.
p/s
kursus-kursus yang den ikut lepas den & buong berangan nak meniaga barangan
dinosaur tuh den akan ceite dalam entry yang ntah bila la ada masa nak
mengarangnya tuh.
0 Comments