Allah tahu hamba Nya yang seorang nih tak la sekuat mana, ada her own breaking point, etc.

Allah tetap sayang kat hamba Nya yang seorang ini walopun hamba Nya dah banyak melupakan Dia akhir-akhir ini, terlalu lagho dengan dunia & nafsu, terlalu tersasar dari landasan yang benar & lurus.

Lalu Allah menyediakan hamba Nya yang seorang ini untuk menerima antara berita terpaling sedih dalam hidup supaya hamba Nya yang seorang ini tidak terlalu patah hati, tidak terlampau sedih, tidak tersangat numb, etc.

Lalu Allah biarkan hamba Nya yang seorang ini menangis secara berfasa.

Isnin - masa on the way balik keje, Allah turunkan hujan di kala ayaq mata bergenang di mata hamba Nya yang seorang ini. Hujan untuk sama-sama menangis bersama hamba Nya yang berada dalam fasa 'too tired with almost every one & everything in life'. Lepas balik ke umah, Allah izinkan hamba Nya yang seorang ini untuk menangis 10 minit di dalam bilik air coz He knows its one of those days hamba Nya hendak berehat sebentar daripada cuba menjadi kuat seperti biasa.

Selasa - He sent two guarding angels to watch over me for a while. Selepas hamba Nya yang seorang ini menerima arahan tambahan keje & tiba-tiba terasa macam 'why its always me', Allah gerakkan hati hamba Nya yang seorang ini untuk pergi bersembang sebentar di bilik one of her good frenz at office. Allah benarkan hamba Nya yang seorang ini meluahkan perasaan sambil diringi air mata kepada sahabatnya yang alwiz never fail to be a good listener.

Disebabkan Allah Mengetahui hamba Nya yang seorang ini masih bersedih, Allah hantar seorang lagi a shoulder to cry on. Allah izinkan hamba Nya yang seorang ini berjumpa nombor telefon kawan lama yang telah tidak dihubungi selama setahun lebih. Allah mengkehendaki hamba Nya yang seorang ini untuk sedar bahawa ada ramai orang lagi yang mempunyai pelbagai cabaran dalam hidup but they keep going on coz thats what life is all about....teruskan hidup sehingga akhir hayat.

Rabu - Allah kurniakan kemurahan kasih sayang Nya memudahkan pemergian Allahyarham atok. Dalam masa lebih kurang 15 minit Allahyarham atok tidak sedarkan diri, nazak & meninggal dunia. Hamba Nya yang seorang ini tidak menitiskan walau setitik air mata selepas mendapat makluman Allahyarham Atok telah kembali kepada Nya. Allah telah berikan 2 hari berturut-turut kepada hamba Nya yang seorang ini untuk menangis kerana Allah Mengetahui itu lah yang terbaik buat hamba Nya.

Khamis - Allah kurniakan ehsan kepada hamba Nya yang seorang ini agar dapat melihat & mencium Allahyarham Atok buat kali yang terakhir dengan linangan air mata yang sangat minima. Allah kurniakan kekuatan hati kepada hamba Nya yang seorang ini agar menerima hakikat setiap yang bernyawa di dunia ini pasti akan meninggal dunia.

Allah sangat sayang kepada hamba Nya yang seorang ini dan menutup ruang di dalam hati & minda hamba Nya untuk berfikir tentang 'what if'. Allah kurniakan belas kasihan kepada hamba Nya yang seorang ini dengan memberikan ketenangan hati yang hamba Nya yang seorang ini telah coba buat yang terbaik semampu mungkin untuk menemani Allahyarham atok sepanjang hayatnya.

Allah tetap kasih dan sayang pada hamba Nya yang seorang ini.

Lalu 'nikmat Tuhan yang mana yang kamu dustakan' - Surah Ar Rahman.

Al Fatihah Allahyarham Hajah Rubaayah binti Ariffin, my beloved grandma.

0 Comments